BAB 5

4 0 0
                                    

LIYANA berkali-kali membelek fail laporan di atas meja. Namun, terdapat satu hal yang dia masih belum faham tentang laporan itu. Dia menuju ke arah meja Khairina. Malangnya Khairina menggeleng kepalanya menandakan dia juga tidak mengerti akan laporan yang telah disediakan itu.

"Macam mana ni? Saya akan menjelaskan segala kandungan laporan ni kepada Sir nanti. Habislah saya kalau saya tak faham beberapa part dalam laporan ni." Liyana mengeluh perlahan.

"Baru saya nak cadangkan untuk tanya terus kepada Sir. Rupanya awak kena present dekat dia. Saya pun tak pasti lah."

Farah mendekati mereka.

"Kenapa ni? Macam ada masalah je?"

"Farah, cuba awak tengok kandungan laporan ni? Boleh terangkan tak?" Pinta Liyana. Dia sudah tidak mempunyai banyak masa untuk memahami segala isi kandungan laporan itu.

Farah meneliti satu persatu isi kandungan itu.

"Saintifik sangat ni. Siapa yang sediakan laporan ni?"

"En. Syafiq."

"Oh jom kita pergi tanya dia."

"En. Syafiq tak ada sekarang ni. Dia keluar."

Farah cuba mencari idea lain namun dia masih kekosongan idea. Dia cuba untuk memahami isi kandungan itu yang begitu saintifik pada pandangannya.

"Farisya!" Farah memanggil Farisya yang kebetulan lalu di hadapan mereka.

"What?" Soalnya dengan sinis sambil berpeluk tubuh.

"Kau faham tak isi kandungan ni?" Farah menghulurkan fail tersebut kepada Farisya. Liyana sudah cuak dengan kehadiran Farisya.

Farisya mengerutkan keningnya.

"Kandungan saintifik sebegini pun kau tak tahu? Belajar Master buat apa kalau saintifik macam ni pun nak tanya orang?"

Tersentak Liyana dibuatnya. Dia sedikit terkesan dengan kata-kata yang dilontar oleh Farisya.

"Eh Farisya! Aku hanya nak tanya isi kandungan ni sahaja. Kalau nak hina si Liyana ni, baik tak payah." Farah merampas fail dari tangan Farisya. Bengang juga dia dengan sikap Farisya yang tidak pernah berubah.

"Farah." Liyana mengambil fail dari tangan Farah sambil menggelengkan kepalanya menandakan tidak perlu untuk bergaduh mulut dengan Farisya.

Selepas Farisya pergi dari tempat mereka, Farah mendengus kasar. "Geram betul aku dengan perempuan tu. Cili mulut tu kan baru tahu."

Khairina tergelak kecil. "Sepatutnya dari dulu lagi kau kena cili mulut dia tu. Suka sakitkan hati orang."

"Korang! Dah la tu. Mungkin dia pun tak tahu agaknya. Tak apalah, biar saya cuba fahamkan sendiri. In shaa Allah boleh." Liyana cuba meredakan amarah mereka.

LIYANA cuba menguatkan semangatnya untuk mengetuk pintu bilik pejabat Fattah. Fail laporan itu dipegang kemas. Dia berharap sangat agar penjelasannya berjalan lancar. Gerun juga dia kerana dia belum mengenali sikap Fattah yang seakan-akan sudah berubah. Dia semakin tegas.

"Masuk."

Liyana menghulurkan fail tersebut kepada Fattah.

"Ini laporan untuk yang semalam?"

"Iya."

Liyana memulakan penjelasannya mengenai laporan itu. Pada awalnya, penjelasannya berjalan dengan lancar namun tiba sahaja di bahagian yang dia tidak berapa, dia mula tergagap-gagap.

"Sir, susah lah saya nak sebut perkataan tu. Dan saya tak faham isi kandungan tu." Akhirnya Liyana Hayfa meluahkan juga ketidakfahamannya sambil mengeluh kecil.

HANYA KAMUWhere stories live. Discover now