"KENAPA?" Soal Fattah saat melihat Liyana seperti cacing kepanasan.
"Saya gementar. Ini kali pertama saya sertai mesyuarat besar seperti ni. Saya risau kalau saya tak fokus."
"Just relax. Biasa la tu. Saya ada bersama dengan awak, ok?"
Liyana mengangguk dan mengukir senyuman. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan berselawat agar hatinya tenang.
Mereka sudah berada di bilik mesyuarat yang dikelilingi oleh para doktor dan pegawai atasan. Sebentar lagi, mesyuarat akan bermula apabila ketibaan pengarah utama hospital itu tiba.
"ALHAMDULILLAH. Semuanya sudah selesai." Liyana memanjatkan rasa kesyukurannya kepada Illahi selepas keluar dari bilik mesyuarat.
"See, ok je kan?"
"Haah. Terima kasih sebab bagi saya peluang untuk sertai mesyuarat ni. Sekurang-kurangnya saya dapat pengalaman baru dan belajar daripada kesilapan melalui mesyuarat tadi."
"Bagus." Fattah memandang wajah ceria itu. Secara diam, hatinya mengukir senyuman lebar. Perwatakan wanita di hadapannya itu seperti tidak berubah sewaktu mereka sama-sama di alam universiti dahulu. Liyana gemar mengenakan tudung labuh dan baju yang tidak ketat. Wanita itu pandai menjaga aurat dan maruahnya. Wajahnya pula tidak mengenakan make up yang tebal. Hanya secalit bedak dan lipstick merah jambu. Liyana hanya berketinggian di paras bahu Fattah.
"Sir, saya pergi dulu ya?"
"Ok."
Fattah memandang sahaja langkah Liyana yang semakin menjauh. Dia mengukir senyuman nipis. Perasaan yang sangat bersyukur apabila dapat bertemu lagi dengan gadis itu. Liyana tiada banyak perubahan. Sikap cemas masih lagi ada dalam dirinya.
FATTAH memandang gambar pada skrin telefonnya. Gambar itu mengimbau kenangan bersama dengan ahli kumpulannya yang lain sewaktu menyiapkan projek tahun akhir.
***
"WEH Fattah, kau ada rasa something tak apa yang aku rasa?" Soal Amir kepada Fattah.
"Rasa something? Rasa apa?"
"Aku rasa ada seseorang yang sukakan kau."
"Hah? Apa kau merepek ni?"
"Tak adalah. Aku cuma teka je. Sebab aku tengok salah seorang member kita tu macam pelik je."
"Siapa?"
"Liyana. Aku rasa dia suka kau lah."
"Merepek lah kau ni. Liyana tu orangnya alim. Dia tahu batas ikhtilat. Jangan jadi fitnah pula. Kau tahu kan hukum fitnah tu macam mana?"
"Ish aku tahu lah. Takkan lah nak main fitnah pula. Aku cakap berdasarkan pemerhatian aku je."
"Berdasarkan pemerhatian lah boleh muncul fitnah tahu. Pemerhatian ni bukan dibuat secara eksperimen yang perlu dikaji dahulu, ambil ujian then decide. So, kena selidik dulu sebelum kau bagitahu aku."
"Yelah, yelah ustaz! Nanti aku selidik."
Fattah sekadar menggeleng kepalanya dengan sikap Amir.
Setelah selesai menulis laporan dalam buku laporan projek, Fattah melangkah ke bahagian eksperimen di belakang makmal. Dia menghampiri Liyana yang sedang tekun mencatat keputusan eksperimennya.
"Liyana, ini laporan ujian untuk pagi tadi." Fattah menghulurkan laporan itu kepada Liyana.
"Ohh terima kasih." Liyana mengukirkan senyumannya dan kembali meneliti laporan yang dihulurkan oleh Fattah.
Sesekali Fattah memandang Liyana yang sedang tekun itu. Sepanjang mereka berada dalam satu kuliah selama hampir empat sidang, ini baru kali pertama dia dapat bekerjasama dengan Liyana. Sebelum ini, dia belum pernah mengenali wanita muslimah itu namun hanya bertembung beberapa kali sahaja sekiranya berada dalam kelas tutorial yang sama.
YOU ARE READING
HANYA KAMU
RandomMemiliki perasaan suka dan cinta itu adalah fitrah bagi manusia. Cinta dalam diam sebagaimana layaknya cinta Saidatina Fatimah kepada Saidina Ali. Liyana Hayfa, seorang wanita muslimah yang berusaha menjaga maruah dan hatinya daripada tertarik kepa...