Sofia tidak dapat tidur malam itu. Hatinya berat dan fikirannya bercelaru. Dia baru saja menerima panggilan telefon dari hospital berkenaan Alvin. Lelaki itu terlibat dalam kemalangan semasa pertembungan mereka dengan Khaleel beberapa hari lepas dan dimasukkan ke hospital. Dengan cepat, dia mencapai telefon bimbitnya dan menghubungi Emir.
"Emir, saya nak minta tolong, hantarkan saya ke hospital. Boleh? Semua orang tak available," kata Sofia dengan nada cemas.
"Awak sakitkah?"Emir bertanya.
"Tak... Alvin. Boleh tak? Saya risaukan dia,"rayu Sofia
Emir terdiam sejenak, tetapi dia tidak mampu menolak permintaan Sofia. "Baiklah, Sofi. Saya tunggu awak kat kereta,"
Mereka memandu ke hospital dalam suasana hening. Sesekali, Emir mengerling ke arah Sofia. 'Bukan main risau lagi dia,'bisik Emir dalam hati.
Setibanya di sana, Sofia terus berlari ke arah bilik Alvin ditahan. Dia melihat Alvin terbaring di atas katil dengan beberapa luka di tubuhnya. Air muka Sofia berubah, dia segera mendekati lelaki itu.
"Alvin, saya minta maaf. Ini semua salah saya," kata Sofia dengan suara tersekat-sekat. Lengan Alvin dipegang kejap.
Emir yang berdiri di belakang Sofia panas hati melihat adegan di hadapannya. 'Sofi, tak perlu kot pegang tangan dia macam tu," katanya dalam hati.
Alvin membuka matanya perlahan-lahan dan tersenyum ke arah Sofia. "Awak ni dah kenapa? Ingatkan awak cedera teruk!" Sofia memukul dada Alvin.
Alvin ketawa kecil. Dia teruja melihat kerisauan Sofia. Tangan Sofia ditepuk lembut. "Saya rasa dah sihat masa awak pegang tangan saya tadi,"
Sofia terkejut dan cepat-cepat menarik tangannya. "Sorry, Alvin. Saya tak sedar."
Alvin menarik semula tangan Sofia. Emir memandang mereka dengan tajam. "Tak perlu kot pegang-pegang. Dia ni bukan siapa-siapa dengan awak,"
Sofia cepat-cepat menarik tangannya semula. Dia menghela nafas panjang. "Emir, boleh awak keluar sekejap? Saya nam bercakap hal peribadi dengan Alvin."
Alvin senyum kemenangan. Emir tidak mahu, tetapi dia terpaksa menurut. "Baiklah, tapi jangan lama sangat. Tak elok berdua-duaan dengan bukan mahram,"
Emir keluar dengan wajah yang tiada perasaan, tetapi di dalam hatinya, dia marah. Sofia memandang Alvin dengan mata yang penuh dengan kekesalan.
"Alvin, I cannot do this any longer. Saya tak rasa saya boleh teruskan baki dua minggu kita bersama. Khaleel, dia unpredictable. Saya takut, esok lusa benda lain lagi dia buat awak," kata Sofia dengan nada sedih.
Alvin menggeleng kepala. "Saya tak mahu putus. Kita masih ada dua minggu lagi untuk percubaan hubungan kita. Awak tak perlu risau, saya tak akan biarkan Khaleel mengganggu kita."
Sofia terdiam sejenak sebelum bersuara. "Alvin, sejujurnya... saya masih tak ada perasaan kat awak. Saya hanya dapat anggap awak kawan baik saya. I'm so sorry,"
"Awak masih ada perasaan pada Emir?" Soal Alvin. Sofia tidak menjawab, matanya segera dilarikan mengelak pandangan mata Alvin.
Alvin terdiam, kekecewaan jelas terpancar di wajahnya. "Apa yang dia ada, saya tak ada?" soalnya dengan nada yang terluka.
![](https://img.wattpad.com/cover/338740922-288-k587857.jpg)
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...