Pagi itu di pejabat, Sofia tidak dapat menumpukan perhatiannya pada kerja. Ugutan Khaleel malam tadi umpama radio rosak, tanpa henti bergema dalam telinganya.Setelah beberapa lama berfikir, dia menghubungi Alvin.
"Alvin, saya nak bagitahu sesuatu," Sofia berkata dengan suara perlahan ketika mereka duduk berhadapan di bilik Sofia.
Alvin memandangnya dengan senyum manis. "Apa dia, Sofia?"
"Khaleel ... Semalam, dia ugut lagi. Saya risaulah, Alvin,"
"Saya risau dia akan buat sesuatu kat awak. Please, hati-hati ya," kata Sofia, cuba mengawal kegelisahannya.
Alvin senyum lebih lebar. Matanya tidak lepas dari memandang Sofia.
"Ada apa-apa kat muka sayakah?" Sofia meraba-raba mukanya.
Alvin ketawa kecil sambil mengeleng. "Awak kata awak masih tak ada perasaan kat saya. Tapi, awak risau macam ni buat hati saya berbunga-bunga,"
Sofia tersenyum canggung. "Saya cuma nak semua orang yang saya rapat, orang yang saya sayang untuk berhati-hati. Itu saja."
"So, saya ni yang mana?" Alvin mengetuk jarinya di belakang tangan Sofia.
Sofia lekas-lekas menarik tangannya. Dia sungguh tidak gemar disentuh-sentuh seperti itu.
"Saya yang mana satu? Yang awak rapat atau yang awak sayang?" Alvin menongkat dagunya memandang Sofia menanti jawapan.
Sofia tidak menjawab. "Saya laparlah, jom keluar makan,"
Sofia mengambil beg tangannya lalu menapak keluar dari perpustakaan. Alvin mengulum senyuman tipis. Dia mengekori wanita itu. Sebaik sahaja mereka tiba di restoran thai yang terletak tidak jauh dari pejabat mereka. Mata Sofia tertancap pada Emir dan Isha yang sedang makan bersama. Dia segera mengalihkan pandangannya.
"Saya nak pad kra pao satu," Sofia menyerahkan menu itu semula kepada pelayan.
"Awak makan ais krim aje?" Sofia menyoal tindakan lelaki itu memesan manisan tengah hari.
"Saya tak lapar sangat. Saya teman awak makan aje. Nah, awak nak rasa?" Alvin menyuakan sudu berisi air krim di mulut Sofia.
Mata Sofia membuntang memandang Alvin. "Just try, please..." rayu Alvin.
Sofia akhirnya membuka mulut dan Alvin menyuapkan manisan Thailand. Sofia dapat merasakan wajahnya bertukar merah dengan tingkah laku spontan Alvin.
"Sedap,kan?" Alvin menyuapkan sesudu ais krim ke dalam mulutnya.
Sofia menghela nafas. Pandangannya dikalihkan keseluruh pelusuk kedai itu tapi matanya tertancap pada meja Emir dan Isha. Tidak ingin melihat kemesraan mereka, dia terus menundukkan kepalanya.
Selang beberapa minit, makanan yang dipesannya tiba. Alvin memeluk tubuh memandang Sofia.
"Saya nak minta sikit boleh?" Alvin menjongketkan keningnya.
Terkebil-kebil Sofia mendengar permintaan Alvin. "Saya nak minta makanan awak," ulang Alvin
Sofia menolak pinggannya ke arah Alvin. Alvin memandang Sofia seketika. "Suapkan,"
Berkerut dahi Sofia. Dia memandang sekilas ke arah Emir dan Isha. Pasangan itu terlihat sangat bahagia.
"Eh, Sofia? Awak dengar tak apa saya cakap tadi?" Alvin menyedari Sofia yang nampak melilau fikirannya.
"Huh? Em... awak nak daging ke?" Sofia mencendok nasi dan daging cincang di atas pinggannya.
Segaris senyuman terukir di bibir Alvin selepas wanita itu menyuapnya.
![](https://img.wattpad.com/cover/338740922-288-k587857.jpg)
YOU ARE READING
Tak kan Pernah Ada
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...