Dia memisat-misat matanya menuju ke pintu. Ketukan pintu di biliknya menganggu tidur Sofia yang masih memakai telekung.
"Sofi, aku kena balik rumah ni. Ada masalah urgent aku kena settle kat office," kata Aidil sambil tersenyum.
"Itulah aku dah kata semalam, tak payah temankan aku. Kau pergilah selesaikan apa yang perlu,"
Wajah Aidil ditilik. "Tak payah risau. Aku dan anak-anak okay di sini,"
"Sini sana ada cctv senang nak tengok kalau aku hilang," usik Sofia.
Aidil mejentik dahi Sofia. "Mulut tu... Kalau ada apa-apa,, terus maklumkan kat aku,"
Sofia mengosok dahinya sambil mengangguk. Aidil masuk ke dalam bilik kemudian mengucup ubun-ubun Farish dan Irina sebelum meminta diri untuk balik.
Setelah Aidil pergi, Sofia membawa mengejutkan anak-anaknya. Aktiviti hari ini ialah ke mini zoo. Dia mengerling jam di telefonnya, jam 7.00 pagi.
"Bangunnnnn..." dia melabuhkan badannya di atas katil Farish.
"Ayish masih nak tidurlah mama," Farish menutup kepalanya dengan selimut.
"Rin... Bangun..." dia berpindah ke katil Irina.
Irina menarik selimut. Matanya masih terpejam. Sofia mengelikan pinggang Irina sehingga suara anak kecil itu bergema di dalam bilik.
"Mama geli... Mama..." mengekek ketawa Irina dan Sofia. Farish yang terganggu tidurnya duduk memandang mama dan adiknya.
"Rin.. Serang!" Sofia menarik tangan Irina berpindah ke katil Farish. Kegembiraan tiga beranak itu diganggu dengan ketukan di pintu bilik.
"Syhhh... Kita bising kot," Sofia melepaskan kedua-dua anaknya.
Dia menuju ke pintu. Sempat dia berdehem sebelum membuka pintu. "We are so..."
"Emir?" dahinya berkerut.
Mendengar nama Emir, Farish dan Irina berlari menuju ke pintu.
"Papa!" serentak mereka bersorak kemudian memeluk Emir. Emir membalas pelukan mereka sebelum dia mendekati Sofia berpura-pura hendak memeluk wanita itu.
"Yay! Bestnya papa kat sini!" Irina menepuk tangannya.
"Okay, jom bersiap! Ayah Dil kata kamu nak ke mini zoo hari ni," Emir bersuara. Kedua anak kembar mereka terus menuju ke bilik air.
"Apa awak buat kat sini?" Sofia separuh berbisik.
"Ganti Aidil," selamba Emir menjawab.
"I don't need a a babysitter, Emir. Saya boleh jaga diri sendiri dan anak-anak," Sofia menyilangkan tangannya.
Emir mengangguk. "Tak kisah awak tahu jaga diri ke tak, saya tetap nak ada kat sini untuk awak,"
Dahi Sofia berkerut. Pandangan matanya tidak lepas dari memandang lelaki di hadapannya itu.
"Kenapa pandang saya macam tu? Rasa menyesal tak nak kahwin dengan saya semula?" Emir menjongketkan keningnya.
Sofia mencebikkan bibirnya. "Perasan! Dahlah, saya nak bersiap!" Sofia terus menutup pintu. Emir ketawa kecil. Dia menuju ke biliknya yang terletak di sebelah bilik Sofia.
Usai bersiap dan sarapan, mereka berempat menuju ke mini zoo. Wajah teruja anak kembarnya mengukir senyuman manis di bibir Sofia. Emir yang dari tadi memandang Sofia turut tersenyum.
"Mama, tengok! Anak itik ni comel sangat!" kata Irina sambil mengusap anak itik di tangannya.
"Yalah Rin, comel aje anak itik ni," jawab Sofia dengan senyuman. "Ayish hati-hati dengan kambing tu, jangan bagi makan terlalu banyak."

ANDA SEDANG MEMBACA
Tak kan Pernah Ada (Completed)
RomanceSebaik mana manusia merancang, Tuhan jugalah perancang yang terbaik. Sofia Irdina punya rancangan sendiri tentang hidupnya. Tentang cita-cita dan impian. Bukan untuk hari ni tapi untuk satu hari nanti setelah usia remaja dikorbankan untuk melindungi...