Bab 1
Sekilas Darriz Imdad mengerling jam yang melekat kemas di pergelangan tangan kiri. Hayunan langkah yang kemas dihala terus menuju ke elevator yang terletak di tengah-tengah ruang bangunan yang gah tinggi melangit. Suasana di lobby ini boleh dikatakan agak sibuk juga. Para pekerja dari pelbagai syarikat dilihat bergerak pantas menuju ke haluan masing-masing.Dalam pada melangkah ke depan, jari jemari Darriz Imdad masih ligat menatal email yang diterima sejak pagi tadi. Walaupun sudah beberapa minggu meletak jawatan di Lastarik Berhad, tak sangka dia masih menerima message daripada client yang menuntut perhatiannya. Padahal bukan mereka tak tahu dia sudah pun resigned. Malah pesanan dan ucapan penghargaan telah dikirim secara rasmi kepada client-clientnya.
Bukan dia nak berkira kalau pandangan dan nasihatnya ditagih oleh mereka. Cuma kadangkala hati ini gagal membendung perasaan rimas. Apa yang patut dia fokuskan sekarang ialah melapangkan otak demi menyerap input-input baru di sini. Bukan peningkan kepala dengan kerja-kerja yang dah dia tinggalkan.
They're not my responsible anymore. Fullstop.Ketika berdiri betul-betul di depan pintu elevator, Darriz Imdad masih leka membelek telefon bimbit. Tertunduk saja mukanya. Orang ramai yang ikut sama berdiri di ruang ini langsung tidak mampu mengalih perhatiannya. Dia tak berminat nak melihat sesiapa. Padahal bukan dia tak perasan ada beberapa cupak mata begitu galak mengerling dan mencuri pandang ke arahnya. Biasalah tu, bukan dia tak biasa dengan perhatian begini.
Ting!
Pintu elevator terbuka luas. Setapak Darriz Imdad mengundur ke belakang. Memberi laluan kepada kaum wanita untuk melangkah masuk terlebih dulu. Sikap gentleman yang tak perlu dipaksa atau dia pura-purakan. Tatkala pandangan berlaga dengan mata-mata yang ceria memandangnya, dia mengangguk sekali. Menunjuk rasa hormat. Sedikit senyuman turut dilirik sekadar untuk membalas senyuman mereka.
Tidak menunggu lama, Darriz Imdad terus menekan butang menuju ke tingkat 19. Dia kemudian mengambil tempat di ruang belakang memandangkan aras pejabatnya masih jauh di atas. Lebih mudah untuk orang lain keluar terlebih dulu. Anak matanya kembali dipusatkan kepada skrin telefon bimbit di tangan.
Pintu elevator yang hampir tertutup rapat kembali terlapang luas. Kerana ada tangan mulus dihiasi jari jemari runcing menghalang dari luar."Sorry, thanks."
Suara lembut yang meminta maaf itu tiba-tiba saja mencuit tumpuan Darriz Imdad. Dia yang sejak tadi menunduk, perlahan-lahan mengangkat muka. Melihat ada sesusuk tubuh berdiri di ruang paling depan, pandangannya melekat lama di situ. Anak mata mula melirik penuh nakal. Meneroka dari hujung rambut sampai ke hujung kaki.
Well, she looks amazing. Hati lelakinya mula berdegup kencang. Dengan rambut panjang mengurai, haruman perfume yang tersebar di segenap ruang sempit ini, dia benar-benar tertarik. Melihat gadis itu menggerak-gerakkan kepala sewaktu mencari sesuatu di dalam beg tangan, dia terpesona entah kenapa. Padahal raut wajah belum jelas kelihatan lagi.
Mata Darriz Imdad menjelajah pula pada tubuh langsing yang berbalut corporate attire itu. Sut lengan panjang berwarna putih dipadankan dengan pencil skirt separas lutut berwarna hitam. Great choice. Kerana rona warna gelap tersebut berjaya menyerlahkan kemulusan kulit si pemakai. Tampak kemas, bersih dan sangat attractive. Lagi-lagi bila stiletto setinggi tiga inci itu menjadi pelengkap gaya.
Melihat kesempurnaan di bahagian belakang, jiwa Darriz Imdad mula menuntut yang lainnya. Meronta-ronta dia ingin melihat raut wajah si pemilik tubuh itu. Yakin benar yang orangnya pasti cantik menawan. Apa boleh buat, memang dia mudah tertarik dengan wanita berpenampilan classy begini. Kena dan sangat sesuai dengan citarasanya.
Setelah melewati beberapa aras tingkat yang terdahulu, ruang di dalam elevator ini mulai lengang. Yang tertinggal hanyalah Darriz Imdad dan si gadis tadi. Sekali lagi anak matanya mengerling kepada deretan butang lift yang menyala pada angka 19 dan 20. Kalau dia nak ke tingkat 19, maknanya perempuan itu akan turun di tingkat 20.
YOU ARE READING
KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)
RomancePreorder novel kini dibuka. Print on demand. Siapa booked, dia dapat. Whatsapp 0126864917 80% rombakan dari manuskrip asal 2014.