Bab 10
Kepala yang berdenyut terasa semakin berat tatkala cahaya matahari menikam ke pandangan. Terasa berbahang bahagian atas kepalanya dek panas yang melampau. Zenia kecilkan mata dengan tangan kanan memayungi muka. Silau yang teramat! Peritnya seperti boleh tembus sampai ke tengkorak kepala.
Bukan tak biasa dengan cuaca Malaysia, memang dekat sinilah dia bernafas dari kecil sampai ke besar. Cuma sejak dari pagi tadi lagi Zenia dah rasa tak sedap badan. Puncanya simple saja, dia terskip breakfast. Bila perut dah masuk angin, mulalah diserang migraine. Tengah-tengah migraine, keluar pula berjemur dekat bawah matahari macam ni. Memang perfect combolah jawabnya.
Walaupun dia tak kuasa nak menuding jari kepada sesiapa, namun jauh di sudut hati Zenia tetap marahkan Fakhry. Kalau Fakhry bagitahu awal-awal takkan balik ke rumah, dia boleh ambil Grab atau teksi untuk ke pejabat. Ini last minute baru dia perasan Fakhry tak ada di dalam bilik. Entah tidur dekat mana entah, malas dia nak fikir. Cuma keadaan kelam kabut dan terkejar-kejar pagi tadi membuatkan dia tak sempat menjamah sarapan.
Sudahnya diri sendiri yang sakit!
Berkeluh kesah Zenia menahan sengatan di kepala. Walaupun kurang bertenaga, penuh berhati-hati dia menuruni tangga di depan bangunan pejabatnya. Gigih nak pergi tapau lunch dekat restoran mamak di seberang jalan. Kalau keluar bersama Nadzirah, boleh juga temannya dijadikan tempat berpaut. Tapi Nadzirah pula ada urusan lain di bank berdekatan.
Dalam setiap langkahnya, tak henti-henti tangan memicit dahi. Berdiri di tepi jalan yang agak sibuk itu, kaki digagahkan untuk terus melintas. Buat seketika dia berdiri di atas divider di tengah-tengah laluan tersebut. Ada satu lagi lorong perlu dilepasi untuk sampai ke seberang sana.
Dengan mata mengecil menahan silau mentari, Zenia menoleh ke kiri dan ke kanan. Saat ini dia cuma mahu duduk di dalam restoran mamak yang berhawa dingin itu secepat mungkin. Macam nak pecah dah kepalanya menanggung denyutan. Berasa kurang sabar, dia menoleh sekilas ke kiri. Yakin tidak ada kenderaan yang meluncur di situ, kaki diatur menuruni pembahagi jalan. Namun...
Pinnnnnnnn!!!
Bunyi hon yang membingitkan itu melontar diri Zenia ke dalam kekagetan. Kaku seluruh tubuhnya yang tiba-tiba tak mampu bergerak. Menyedari ada sebuah lori putih menderu laju ke arahnya, mata terus terbuntang. Dia panik, dia tahu ada bahaya yang menghampiri, tapi dia tetap tak mampu berganjak. Kesakitan di kepala seolah-olah gagal memproses situasi yang cukup genting begini. Ya Allah!
Satu rempuhan kuat membuatkan tubuh Zenia melayang beberapa kaki sebelum terhempas ke atas tanah. Serta merta badan terasa kebas. Terlalu sakit terutama sekali di bahagian belakang yang terhenyak kuat. Oh Tuhan, dia betul-betul dah dilanggar lori?
Walaupun dapat mendengar hiruk pikuk suara-suara cemas yang berlari ke mari, namun mata Zenia masih terpejam rapat. Tubuhnya juga mula menggigil akibat trauma dengan apa yang baru saja berlaku. Terdengar-dengar di telinga bunyi brake dan hon lori tadi. Ngeri sungguh!
"Zenia, are you okay? Hey, are you okay? For god sake, answer me!"
Dalam kekalutan, Zenia tergamam tatkala terdengar suara yang cemas menyoal itu. Suara garau, suara yang kedengaran agak dalam, suara husky. Tapi suara seperti itu cuma milik...
Perlahan-lahan kelopak matanya direnggangkan. Dan sekarang mulut pun ikut ternganga sekali. Tak berkelip dia menatap Darriz Imdad yang sangat hampir ke mukanya. Tinggal beberapa inci saja nak bersatu. Jantung Zenia semakin kencang berlari. Renungan penuh resah Darriz Imdad yang menjelajah ke seluruh wajahnya membuatkan dia terpanar. Keliru.
Dan dia baru tersedar Darriz Imdad sedang memeluk tubuhnya di bahu jalan ini. Oh, no! Jangan-jangan Darriz Imdad yang selamatkan dia dari dilanggar lori? Berasa kurang selesa, Zenia cuba menolak tubuh sasa lelaki itu agar menjauhi. Namun tenaga langsung tak bersisa di badan. Kesakitan di segenap sendi benar-benar membataskan pergerakannya.
YOU ARE READING
KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)
RomancePreorder novel kini dibuka. Print on demand. Siapa booked, dia dapat. Whatsapp 0126864917 80% rombakan dari manuskrip asal 2014.