Bab 2 : Kerana Aku Untukmu (2024)

320 14 0
                                    

Bab 2

Tengahari ini suasana di finance department Palaco Group Berhad jelas berbeza dari waktu-waktu sebelumnya. Ralit Zenia memerhati. Nak tergelak pun ada juga. Mana taknya, semua rakan sekerja di department ini dilihat begitu tekun di workstation masing-masing. Badrul dan Izam yang kaki ponteng itu pun nampak cukup komited menghadap komputer. Tekan-tekan calculator pun lain macam semangatnya. Sampai nak berborak pun tak sempat!

Dan bagi Zenia pula, dia masih mampu bereaksi selamba. Buat rileks, cool, tak kuasa nak menggelabah tak tentu hala. Walaupun hari ini merupakan hari yang agak mendebarkan buat mereka semua, dia hanya mampu berdoa agar CFO baru nanti mampu memimpin sehebat Mr. Joseph. Bukan setakat memimpin saja, kebajikan serta keluh kesah para pekerja bawahan turut perlu diberi perhatian.   

Dan bila keriuhan di ruang depan sampai ke telinga Zenia, lehernya dipanjangkan sedikit. Terpandangkan isyarat tangan ketua jabatannya yang bernama Puan Mira, cepat-cepat dia ikut bangkit berdiri. Bersedia untuk menyambut kedatangan Chief Financial Officer yang sejak tadi dinanti oleh mereka semua.
Pandangan Zenia kini tertancap ke arah segerombolan manusia berpakaian kemas yang melangkah masuk ke department ini.

Kebanyakan wajah-wajah di situ memang sudah biasa dilihat kerana mereka semua adalah pekerja yang bertugas di deparment Human Resourse. Kakitangan Corporate and Communication pun turut ada mengekor sekali.

Dan tatkala anak matanya melekat kepada seorang lelaki yang memakai sut berwarna biru gelap yang melapisi kemeja putih di bahagian dalam, serta merta dada disapa debaran halus. Riak tenang namun bergaris sedikit serius itu seperti pernah dilihat sebelum ini. Tapi dekat mana ek? Hmmm.

Dan sesaat kemudian, otak Zenia segera menghantar jawapan yang dicari-cari. Insiden perlanggaran tanpa sengaja di dalam perut lift awal pagi tadi kembali tertayang jelas. Ya Tuhan, siapa sangka dia awal-awal dah berborak dengan CFO barunya. Hmm, ada tak dia cakap benda yang pelik-pelik tadi? Termarah ke, tersound ke, tapi rasanya macam tak ada. Hopefully!

Biarpun dada mula berdetak kencang, namun Zenia masih berusaha menunjuk sikap tenang bersahaja. Dari pemerhatiannya, dia lihat lelaki itu masih diiring ke setiap cubicle yang ada di sini untuk sesi suai kenal. Aduhai, nervous pulak nak tunggu sampai ke meja dia!

Walaupun menyapa dengan ramah, namun aura sebagai seorang big bos terlihat jelas dari gerak geri dan bahasa tubuh lelaki segak itu. Cara menghulur salam, cara memandang, tersenyum dan menganggukkan kepala memang nampak berbeza dari kebanyakan mereka di sini.

Mungkin lelaki itu cuba memberi isyarat dan gambaran yang perlu ada satu garis besar yang membataskan kedudukan diantara seorang ketua dan orang bawahannya. Memang perlu begitu supaya setiap kakitangan menunjuk rasa hormat dan tidak mengambil kesempatan terhadap majikan sendiri.

Dan ketika rombongan itu berada di tempat kerja Nadzirah, selang terpisah dengan dua cubicle kosong dari sini, hati Zenia mula menggelisah. Sebab dia tak pasti CFO baru itu masih mengecam wajahnya ataupun tidak. Dan tatkala kaki lelaki itu betul-betul berhenti di hadapan workstationnya, sedaya upaya bibir mengukir senyuman manis. Perlahan-lahan wajahnya diangkat. Menyatukan dua pasang mata mereka seperti yang berlaku di dalam lift awal pagi tadi.

Dan di pihak Darriz Imdad, dia terpempan sekali lagi. Tak sangka wajah yang dicari-cari akhirnya ditemui di sini. Sudah banyak jabatan diredah sejak pagi, sudah bermacam bentuk muka singgah di mata, namun hati tetap terasa hampa. Dan berada di Finance Department yang menjadi jabatan terakhir untuk dilawati, dia akhirnya bertemu siapa yang dicari.

"Hi, welcome sir. I'm Zenia, nice to meet you."

Darriz Imdad tersentak dari lamunan. Akibat terlalu leka dan hanyut dengan fikiran sendiri, telinganya terlepas dari mendengar dengan jelas seulas nama itu. Zaniah? Zalia?

KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)Where stories live. Discover now