Bab 7 : Kerana Aku Untukmu (2024)

150 6 0
                                    

Bab 7
Usai menunaikan solat Asar, Zenia turun ke tingkat bawah untuk membantu ibu saudara Fakhry di dapur. Riuh rendah kediaman Mak Usu dengan kehadiran mereka sekeluarga sejak tadi. Ini pun tak semua yang singgah sebab sebahagian dari ahli rombongan mereka sudah pulang terus ke Kuala Lumpur. Sementara menanti ibu mertua dan adik beradik iparnya selesai membersihkan diri di tingkat atas, rancak dia berbual-bual dengan mak usu di dapur.

"Zenia, kamu dah bincang ke belum dengan Fakhry tentang cadangan Mak Usu tu?"

Sambil menyusun cawan di atas dulang, Zenia mengangkat muka. Ditatap wajah mak usu yang berusia lewat 50an itu dengan senyuman tawar di bibir.

"Belum lagi Mak Usu. Lagipun Fakhry tak berapa kesah sangat pasal tu."

"Tak kesah? Biar betul dia tak kesah, Zenia? Dah dua tahun kamu bernikah, takkanlah dia tak teringin nak menimang anak?"

Zenia sekadar mendiamkan diri dan malas mahu memberi sebarang komen. Inilah yang dia paling rimas kalau bertemu dengan ahli keluarga Fakhry. Yang kena menjawab, dia juga. Fakhry tak apalah, boleh lari ke sana sini sebab nak mengelak. Eee, geram betul!

"Mak usu ni bukan apa, kadang-kadang tak tahu kita 'sakit'. Jadi kamu berdua kenalah pergi check, berubat, ikhtiar apa yang patut. Kalau tak, sampai ke tualah tak merasa nak ada zuriat."

Kalaulah mak usu tahu yang Fakhry tak pernah menyentuhnya, mahu terbalik satu rumah agaknya. Dah tu macam mana nak ada baby kalau kesucian dirinya masih terpelihara sampai sekarang?

"Ke kamu yang tak nak beranak, Zenia? Takut body kamu dah tak cantik macam sekarang?" Teka Mak Usu yang masih sibuk memotong bingka ubi di dalam talam di atas meja.

Laju Zenia menggeleng kepala tanda menafi. Bila melihat wanita tua itu tergelak-gelak dengan reaksi cemasnya, dia ikut sama tersengih kelat.
"Eh, tak adalah mak usu. Cuma belum ada rezeki aje sekarang ni."

"Kalau ada anak, makin kuat kasih sayang kamu suami isteri tau? Sebab tu mak usu bagi cadangan tu pada kamu berdua."

"Tapi nak ambil anak angkat tu, extreme sangatlah. Saya tak rasa Fakhry akan setuju." Luah Zenia berterus terang.
Hello, cuma dia seorang saja yang tahu perangai sebenar Fakhry macam mana. Memanglah depan semua orang dekat sini suaminya nampak caring, loving, gentleman. Tapi dekat belakang? Lelaki itulah manusia paling dingin dan panas baran.

Memang kelakar bila mak usu mencadangkan mereka untuk cepat-cepat mengambil anak angkat. Baru dua tahun kut, bukannya dua puluh tahun mereka berkahwin. Lagipun Si Fakhry itu bukannya sukakan budak-budak. Anak saudara sendiri pun tak pernah dipeluk-peluk, apa lagi nak sayangkan anak yang entah dari siapa ini. Silap haribulan, melambung budak tu kena dera dengan suaminya.

​"Kalau kamu tak berani nak cakap dengan Fakhry, biar mak usu aje yang cakap. Melati tu pun memang dah dekat benar due datenya. Takut tak sempat korang berdua nak buat preparation untuk jaga budak tu."

Ya Allah, stres betul Zenia bila kena paksa-paksa macam ni. Kenapa ya? Jadi masalah dunia ke kalau dia dan Fakhry tak ada zuriat? Dengan keadaan rumahtangga yang berantakan dan perangai kaki mabuk Fakhry, ingat sesuai ke nak besarkan bayi dalam keadaan begitu? Tak sesuai langsung.

"Kesian Melati tu sebab dia orang susah. Anak pun ramai berderet-deret. Kamu ambillah baby baru dia ni nanti ya?"

Entah Melati manalah mak usu sebut-sebutkan kepadanya. Bukan dia kenal pun.

"Mak usu."

Suara garau yang memanggil dari pintu dapur itu membuatkan Zenia menoleh ke kiri. Terpacul wajah Fakhry yang mengenakan t-shirt dan seluar jean berwarna biru. Dan bila pandangan mereka bertembung, cepat-cepat Zenia menundukkan muka. Pura-pura sibuk mengelap cawan. Risau kalau suaminya terdengar perbualan dengan mak usu sebentar tadi.

KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)Where stories live. Discover now