Bab 5 : Kerana Aku Untukmu

166 8 0
                                    

Bab 5
Suasana malam yang membosankan membawa langkah Darriz Imdad menuju ke balkoni. Pintu lungsur ditolak dan kemudian kaki terus menapak ke hujung ruang sederhana luas itu. Jauh pandangannya dilontar lurus ke depan. Dari tingkat 18 kondominiumnya, dia boleh nampak kemajuan kota Kuala Lumpur yang sangat pesat membangun.

Menara berkembar, KL Tower, menara Merdeka 118, semua kelihatan sangat gah dan menarik. Seperti terlalu dekat dengannya. Nampak saja dekat, padahal boleh tahan jauh juga. Samalah macam situasi yang mengganggu gugat perasaannya kebelakangan ini. Dekat, tapi jauh. Macam boleh dicapai dengan tangan, tapi sebenarnya tak mungkin tersentuh.

Huh, don't go there! Bibir Darriz Imdad menghela keluhan panjang. Kedua belah tangan naik melurut rambutnya yang berselerak ditiup angin malam. Seketika fikiran menerawang kepada perkara lain. Jika diselak satu persatu sejarah hidupnya, memang takkan bertemu dengan sebarang kekurangan. Boleh dia katakan semua berjalan serba sempurna sejak dari lahir sehingga menginjak kealam dewasa.

Dibesarkan dalam keluarga bahagia dan berada, laluan untuk Darriz Imdad mengejar cita-cita sebenarnya sangat lurus tanpa sebarang halangan. Further study dekat luar negara pun langsung tak menjadi masalah. Memang dia sangat bersyukur dengan rezeki Allah biarpun agak bergelut dengan kesedihan sewaktu kehilangan arwah bapanya.

Sebaik saja tamat belajar dengan cemerlang dalam jurusan perakaunan dan finance anylyst, Darriz Imdad terus bekerja di sebuah syarikat telekomunikasi gergasi yang berpangkalan di New York. Walaupun agak sukar untuk bersaing dengan orang-orang Barat, namun potensinya tetap mampu menyerlah.

Dari bergelar finance executive, berhempas pulas dia mendaki satu per satu tangga. Dalam tempoh enam tahun, akhirnya dia berjaya meraih jawatan sebagai Senior Finance Manager di syarikat itu. Bukan mudah sebab banyak yang telah dia buktikan demi melayakkan diri di posisi tersebut.​

​Dan prestasi kerja yang menakjubkan telah mendorong pak long Hassan memujuknya untuk kembali ke Malaysia. Tapi bukan balik dengan tangan kosong semata kerana jawatan besar sebagai CFO di Palaco Group telah sedia menanti. Gaji yang ditawarkan juga sangat lumayan sampaikan dia tak mampu untuk menolak.

Kalau diikutkan hati, Darriz Imdad lebih selesa bekerja di New York. Tempat yang menjadi saksi jatuh bangunnya sejak dari zaman remaja lagi. Tapi bila umi dah masuk campur, dah ikut sama memujuk, dia jadi serba salah pula. Lagipun dia tahu yang umi mula bimbang setelah perpisahan mereka semakin berlarut panjang. Macam tak ada penghujung pula. Kata umi, dah tiba masanya untuk dia kembali kepada keluarga yang telah lama ditinggalkan.

Darriz Imdad terpaksa akur. Lagipun dia mula sedar yang hubungan bersama dua adik perempuannya semakin jauh dari hari ke hari. Memang kekok setiap kali berjumpa. Dan kadang-kadang dia rasa terasing bila pulang ke rumah umi di Johor Bahru. Tapi nak buat macam mana sebab dia tinggalkan Jiha dan Diana sewaktu mereka masih kecil lagi. Adik-adiknya membesar tanpa perhatian dan kasih sayang dari seorang abang.

Walau apa pun, Darriz Imdad masih gigih berusaha untuk memenangi hati Jiha dan Diana sampai ke hari ini. Sebab itulah dia kena kerap balik ke JB untuk meluangkan masa bersama. Siapa tahu lama kelamaan adik-adiknya boleh mesra dan tak kekok lagi.

Lenyap tentang 'masalah' keluarga, muncul pula masalah hati. Dan-danlah terpacul seulas nama dalam fikirannya. Sampaikan Darriz Imdad naik hairan dengan apa yang berlaku kebelakangan ini. Iyalah, tengah busy kerja pun sempat nama perempuan tu menyelit dekat kepala. Tak kira tengah meeting ke, tengah con-call ke, asyik teringat saja. Mulalah dia jadi tak senang duduk.

Rasa nak naik ke tingkat 20 dan tenung muka lawa tu lama-lama.
Seriously, first time dia rasa angau tahap macam ni. Tak sama langsung perasaannya sewaktu tertarik kepada Jennifer, Claudia mahupun Laura Parker. Lain sangat-sangat!

KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)Where stories live. Discover now