Bab 9
Usai menunaikan solat Asar bersendirian, Zenia melipat kain telekung dan memasukkannya ke dalam sebuah tote bag kecil. Kemudian dia berdiri menghadap cermin yang terlekat pada dinding surau sederhana luas ini. Buat seketika mata menatap wajahnya yang mentah tanpa secalit mekap. Rambut yang sedikit basah di bahagian dahi dirapikan supaya kelihatan lebih kemas.
Tak ada hati dia nak bersolek beria-ia memandangkan waktu pejabat akan berakhir dalam tempoh setengah jam lagi. Ini pun dia solat sedikit lewat gara-gara sibuk membantu Puan Amira menyiapkan report yang diminta oleh Darriz Imdad. Nasib baik juga tak berakhir selewat semalam. Kalau tak, naya nak kena menghadap drama Fakhry sekali lagi.
Terkenangkan pertengkaran hangat bersama Fakhry semalam, Zenia menggeleng kesal. Entah angin apa yang dah melanggar Fakhry, suka-suka hati saja lelaki itu memaki hamunnya. Tak cukup menjerit melolong, habis pinggan mangkuk dilempar dan dihempas ke lantai. Nasib baik tak terkena kepala dia ni! Eee, meluat sungguhlah.
Part hempas-hempas pinggan tu, lantak kaulah. Cuma dia bengang sebab Fahkry boleh pula terus keluar pergi dating. Tak pasal-pasal dia yang kena kutip dan sapu segala kaca yang bertaburan di atas lantai. Entah apa-apa perangai. Semakin lama, semakin menjadi-jadi. Bila dia melawan, membentak, tahu pulak Fakhry bengang!
Yalah, naik kebas telinganya bila Fakhry asyik mengungkit tentang kelewatan dia turun semalam. Macamlah diri sendiri tu punctual sangat. Padahal dulu, dia sampai dua jam melangut dekat bawah menunggu Fakhry menjemputnya. Tapi bila sampai, boleh pula dia yang kena bebel dan kena marah. Ya Allah, lelaki itu memang tak pernah membahagiakan walau seinci pun!
Tersedar suara hati begitu lantang mengeji, cepat-cepat Zenia beristighfar. Baru aje selesai solat, dah buat dosa lagi. Walau seburuk mana pun sikap Fakhry, dia tak mahu terlalu bebas mengutuk dan mengata. Biarlah Allah saja yang memberi balasan dan hukuman kepada lelaki itu.
Selesai mengemas barang-barangnya, Zenia terus menapak menuju ke pintu. Surau ini memang dibina khas untuk kakitangan Palaco Group sahaja. Jadi tak perlulah mereka berkongsi ruang solat dengan staf-staf dari syarikat lain yang terletak di aras dua bangunan ini. Lebih selesa mudah dan cepat.
Sebaik saja menutup pintu surau, Zenia menyarung kasut jenis flat mule yang memang dikhaskan untuk ke surau. Dan pada ketika itulah ekor matanya dapat mengesan kelibat seseorang di depan surau lelaki. Spontan pandangan dilirik ke tepi.
Eh?? Kejutan yang tiba-tiba membuatkan jantung Zenia berkocak dengan sangat deras. Apatah lagi tatkala dua pasang mata mereka saling bertemu buat beberapa saat. Cepat-cepat dia melarikan pandangan. Biarpun hanya sempat melihat buat beberapa ketika, namun wajah yang segar dengan bekas air wudhuk itu tetap terbayang di mata. Handsome, sentiasa menarik dalam apa keadaan sekali pun.
Eh, apa benda dia merepek ni? Malu dengan pujian yang terdetik dalam hati, cepat-cepat Zenia ingin berlalu. Sebelum namanya meniti di bibir lelaki itu.
"Zenia."
Aduhai, kan dah kena panggil! Termati langkahnya di atas lantai yang berkilat ini.
"Eh, Encik Darriz." Dia menegur dengan nada dibuat-buat terkejut. Senyuman dilempar kepada lelaki yang sedang duduk memakai stoking. Sleeve kemeja putih yang tersarung pada tubuh tegap itu terlipat kemas separas lengan. Menonjolkan gaya yang lebih kasual dan santai pada penampilan Darriz Imdad. Sesuatu yang agak jarang dia lihat kerana Darriz Imdad sentiasa tampil 'extra' dengan sut-sut berjenama.
"Kebetulan dah jumpa you dekat sini, ada something I nak kita discuss together."
"Oh, pasal apa tu Encik Darriz?" Zenia bertanya lurus. Sesekali pandangannya melilau untuk merecce sekeliling. Risau kalau ada yang ternampak mereka berbual-bual dekat sini berdua. Dan apabila Darriz Imdad bangun, melangkah kemas menuju ke arahnya, seluruh perasaan di dada mula kacau bilau. Entah kenapa aura Darriz Imdad terasa amat mempesonakan hari ini. Sebab dia nampak lelaki itu baru lepas solat ke? Aduhai!
YOU ARE READING
KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)
RomancePreorder novel kini dibuka. Print on demand. Siapa booked, dia dapat. Whatsapp 0126864917 80% rombakan dari manuskrip asal 2014.