Bab 4 : Kerana Aku Untukmu

229 12 0
                                    

Bab 4
Panjang sungguh dia menghela nafas penuh kecewa. Anak mata pula masih belum jemu mencari sesuatu di lantai ruang lobby ini. Aduhai, mana pulak tercicirnya? Seingat dia tadi, memang dia sudah menggenggam erat not sepuluh ringgit sewaktu menaiki lift. Dan sekarang agak pelik juga kerana duit yang dibawa untuk membungkus makanan tengahari itu sudah lesap entah ke mana. Ada toyol senyap-senyap ambil ke apa?

Zenia mendengus perlahan. Mata mengerling pula ke arah lift yang agak sibuk pada waktu-waktu tengahari begini. Buang masa sungguh! Takkanlah dia nak naik ke tingkat 20 semula dan mengambil duit yang lain? Dah jadi dua kali kerja. Lagipun nak tunggu turn dia boleh masuk ke dalam lift itu, entah trip ke berapa baru berjaya. Maklumlah orang ramai turun dan naik.

"Hey, what are you looking for?"

Suara garau yang menyapa dari belakang membuatkan Zenia tersentak. Segera dia menoleh untuk mencari empunya suara. Dan tatkala anak mata melekat kepada Darriz Imdad yang berdiri di sisi Tuan Halim, serta merta dada Zenia disapa debaran halus. Tak menyangka yang dia akan disapa oleh CFO syarikatnya yang kebelakangan ini sangat popular. Maklumlah orang handsome, berkarisma dan kaya raya, siapa tak admire kan?

"Good afternoon Encik Darriz." Bibir Zenia menarik senyuman kelat. Sempat juga dia menyapa Tuan Halim yang boleh dianggap sebagai star di Palaco Group Berhad kerana sudah berbelas tahun berkhidmat dengan cemerlang.

"You look suspicious, you cari apa tadi?" Soal Darriz Imdad ingin tahu. Sewaktu keluar dari perut lift sebentar tadi, dia nampak dengan jelas yang Zenia seperti tercari-cari sesuatu di ruang lobby ini.

Sekali lagi Zenia tersengih kelat. Otak tak berjumpa pula alasan yang lebih baik untuk berbohong.
"Nothing Encik Darriz. Actually I tengah tunggu kawan I nak pergi lunch."

Buat seketika Darriz Imdad merenung wajah Zenia yang kelihatan sedikit kurang selesa. Mungkin pertemuan yang bukan atas dasar kerja membuatkan Zenia segera membina jurang yang lebih luas antara mereka berdua.

"Hmm... why don't you join us? Lagipun I lunch berdua dengan Tuan Halim aje."

Terkejut Zenia dengan pelawaan yang tidak disangka-sangka itu. Dia mengangkat muka, menyatukan pandangan dengan Darriz Imdad yang sedang mengorak senyuman kecil. Namun cepat-cepat bebola mata dilarikan saat dada diserang debaran yang entah apa.

Walaupun Tuan Halim turut mempelawa sama, namun hati Zenia tetap juga tidak selesa. Nanti apa pula kata kakitangan lain kalau melihat dia keluar makan bersama orang-orang 'besar' begini. Lagipun jawatan yang dia sandang hanyalah Senior Executive. Mana mungkin layak duduk semeja dengan CFO seperti Darriz Imdad dan Region Controller seperti Tuan Halim. Dia diibaratkan seperti semut merah di sisi gajah-gajah yang gagah perkasa. Tak sesuai!

"Thanks Encik Darriz. But I've already made plans."

Serta merta hati Darriz Imdad melorot hampa. Sebentar tadi dia benar-benar berharap Zenia sudi menerima pelawaannya. Namun jawapan gadis ini jelas berbeza.
"You nak pergi lunch dengan kawan you?"

Zenia mengangguk tanda mengiyakan. Menipu sekali lagi.

"Then kita ajak dia sekalilah." Putus Darriz Imdad yang masih enggan mengalah. "Lagipun ada something yang I nak tanya you tentang Trade Facilities Report yang Amira emailkan pada I semalam."

​"Oh, tapi itu Puan Amira yang email pada Encik Darriz kan? I rasa better Encik Darriz discuss directly dengan dia."
"But report tu you yang compiled untuk dia, kan?"
"Yes. Tapi Puan Amira..."

"I tunggu you dekat café depan tu. Don't be late." Tingkah Darriz Imdad yang terang-terang menolak sebarang alasan Zenia.

Zenia pula masih terpinga-pinga. Buat seketika pandangannya bersatu dengan renungan redup lelaki muda penuh gaya ini. Sekejap. Dia masih tak faham kenapa Darriz Imdad bersungguh benar mahu berbincang tentang laporan tersebut dengannya. Kalau Puan Amira tahu, tak ke sentap hati bos dia tu? Dia dah langgar hierarki kut!

KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)Where stories live. Discover now