Bab 11 : Kerana Aku Untukmu (2024)

161 9 1
                                    

Bab 12
Bunyi anak kunci dimasukkan ke rongga pintu, mengejutkan Zenia yang terlena. Bila mencelik mata, dia sendiri blur dan terpinga-pinga. Seingatnya tadi, dia landing di atas sofa sebab nak menonton series di Netflix. Entah bila boleh terlelap sampai sejam lebih. Mungkin effect dari ubat yang ditelan tadi membuatkan dia asyik mengantuk.

Teringatkan Fakhry yang masih berada di luar pintu utama, terkial-kial Zenia menolak badan untuk duduk di atas sofa. Kesan dari kemalangan siang tadi, seluruh sendi dan otot-otot menjadi sangat lenguh. Nak bergerak sikit pun dia rasa terseksa sangat. Tapi bersyukurlah sebab kalau dia betul-betul kena langgar dengan lori, confirm dah tak boleh bangun terus.

Sewaktu kelibat Fakhry terjengul di muka pintu, Zenia pura-pura tekun menonton TV. Namun perhatiannya tertarik juga kerana ada seorang wanita seksi tersengih-sengih dalam pelukan suaminya. Astaghfirullahalzim. Ini perempuan mana pulak diangkut Fakhry ni? Muka tak pernah nampak pun!

"Leez, you naik atas dulu. Mandi dan pakai cantik-cantik untuk I." Penuh Fakhry menggoda Fakhry berbizik kepada Leez. Wanita yang sejak tadi meleseh-leseh di tubuhnya seperti kucing Parsi, segera mengangguk sambil tersenyum manis.

"But which one is your room, Fakhry?"
"Bilik I yang paling hujung, master bedroom."
"Don't be late, I'll be waiting."
"Okay, baby."

​Ya Allah, geli geleman betul Zenia mendengar perbualan menjelekkan itu. Nafas di dadanya mula berombak kencang. Entahlah, dia rasa bagai nak gila setiap kali Fakhry membawa perempuan simpanan ke kediaman mereka. Lagipun dia yakin yang mereka berdua akan melakukan maksiat di bawah bumbung yang sama dengannya. Jijik tahu tak?

Dan bila Fakhry melabuhkan duduk di atas wing chair yang terletak betul-betul di depannya, Zenia ketatkan muka. Menayang riak masam mencuka. Bukannya Fakhry tak tahu yang dia tak pernah suka dengan keadaan begini. Dah banyak kali dia sound, membentak, marah-marah, namun Fakhry tetap buat juga. Langsung tak menghormati status dirinya sebagai seorang isteri.

​"You merambu ke mana tengahari tadi, hah? I call tak reti-reti nak angkat?" 

Soalan yang menempelak keras itu benar-benar menambahkan baran di jiwa Zenia. Bukan Fakhry tak nampak kakinya berbalut, sikit pun tak ada hati nak bertanya khabar. Siap boleh marah-marah lagi. Eeee, geram betul!
"I pergi kliniklah."

"Habis tu dekat klinik tak boleh nak angkat phone ke?" Sindir Fakhry dengan muka bengang. "Bukannya you masuk ICU sampai tak boleh bercakap! Kaki aje pun yang sakit kan?"

Zenia tentang pandangan Fakhry dengan muka penuh meluat.
"Yang you sibuk-sibuk call I, nak apa?"

"Hello, kalau tak ada benda penting, I pun tak kuasalah nak call you. Buang masa aje!" Gerutu Fakhry yang jelas masih belum puas menyakiti perasaan Zenia. " "I call you sebab nak suruh singgah rumah mama ambil lauk. Penat aje mama masak banyak-banyak tadi."

"Then kenapa you tak pergi ambil sendiri? Atau you nak I pergi rumah mama jalan kaki?" Tingkah Zenia tidak mahu kalah.

"Hoi, cab bersepah kan? Lagipun you tu kerja office, boleh lari sekejap time lunch hour. Kerja I bukan terperap dekat pejabat macam you. Lagipun rumah mama tu dekat aje dengan office you. Tak payahlah nak bagi alasan bodoh!"

Zenia pejamkan mata buat beberapa saat. Cuba mencari sabar yang mungkin masih tertingal di celah-celah hati. Sesedap mulut saja Fakhry menyembur perkataan bodoh kepadanya. Entah siapa yang betul-betul bodoh entah. Dia atau Fakhry?

"Kalau you cerdik sangat, you tak buat perangai buruk macam ni Fakhry."

"You cakap apa?" Kali ini Fakhry menegakkan badan di atas kerusi. Pandangannya yang tajam semakin mencerlung bengis kepada Zenia.

KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)Where stories live. Discover now