Bab 17 : Kerana Aku Untukmu

200 8 1
                                    

Bab 17

Ketukan di muka pintu mengalihkan perhatian Darriz Imdad yang sejak tadi tekun meneliti fail-fail laporan di atas meja. Perlahan dia mengangkat muka, memandang lurus ke depan. Dan tatkala seraut wajah lembut itu singgah di pandangan, perasaan mula bergetar hebat. Namun sedaya upaya keterujaan hati ditopeng dengan raut setenang mungkin.

"Oh, Zenia. Come, have a sit." Alunya dengan anak mata kembali dihala kepada fail di atas meja. Pura-pura sibuk dan tak begitu memberi tumpuan. Padahal dia seperti mampu mengira setiap langkah Zenia yang kian menghampiri meja kerjanya.

"Encik Darriz nak jumpa I?" Sebaik saja melabuhkan duduk di atas kerusi, Zenia terus bertanya.

​"Ya, ada something I nak discuss dengan you."

Zenia mengerutkan kening sambil memerhati gerak geri Darriz Imdad yang masih membelek helaian kertas di dalam fail. Jujurnya nervous juga dia sebab tak tahu kenapa dia dipanggil masuk ke dalam bilik maha luas ini. Mungkin ada kesilapan dalam quaterly report yang dia sediakan bagi pihak Puan Amira semalam. Aduhai!

​"You sihat, Zenia?"

Sekilas lelaki berbaju kemeja biru laut itu mengangkat muka kepadanya. Laju Zenia mengangguk dengan senyuman kelat di bibir.
"Alhamdulillah, sihat Encik Darriz."

Keluhan kecil terlontar dari bibir Darriz Imdad. Tubuhnya ditegakkan sebelum disandar selesa ke kerusi.
"Great. Mother in law you macam mana? Dah discharged dari hospital?"

Berkerut-kerut dahi Zenia dengan barisan soalan yang tak diduga itu. Takkanlah Tuan CFO ini banyak sangat free time sampai nak bertanya khabar bagai? Dia sendiri pun macam dah tak cukup masa nak bernafas. Tak risau ke final presentation untuk 2025 Budget sudah digesa oleh CEO mereka? Satu finance department dah macam nak pergi berperang sebab nak siapkan segala material dan angka-angka yang tepat bagi presentation tersebut.

"Alhamdulillah. Dah discharged kelmarin, Encik Darriz..."
"Alhamdulillah."

Suasana hening buat seketika. Bila dicuri pandang, Zenia nampak Darriz Imdad seperti agak resah dan tak sekool biasa. Sekejap mengetap bibir, sekejap mengeluh. Entah masalah apa yang mengganggu fikiran lelaki itu. Harap-harap bukan masalah yang berpunca dari kerja dialah, kan?

​"Actually I nak tanya you tentang Rumah Nur." Darriz Imdad mendengus sendiri. Niat di hati nak bertanya tentang kedudukan rumahtangga Zenia, tapi lain pula yang terucap di bibir. Tambahan pula dia tak bersetuju dengan kedegilan hati yang meronta-ronta ingin menyelidik perasaan gadis ini. Apa hak dia nak masuk campur hubungan Zenia bersama Fakhry?

"Rumah Nur? Maksud Encik Darriz?"

Darriz Imdad menghela nafas panjang. Pen di atas meja dicapai dan dipusing-pusing dengan jari. Pandangan pula masih tak lepas-lepas melekat di wajah Zenia.
"I cuma nak tahu kalau I boleh datang ke Rumah Nur bila-bila masa, atau I kena buat appointment dulu?"

Tercengang Zenia buat beberapa saat. Namun dia cepat-cepat teringat tentang keprihatinan Darriz Imdad sewaktu dibawa melawat ke Rumah Nur empat hari yang lalu. Tak sangka lelaki ini sangat cepat menyesuaikan diri. Malah hatinya masih kembang setiap kali terbayang kemesraan Darriz Imdad bersama Aiman. Baru pertama kali berjumpa, tapi keakraban mereka sangat ketara.

"I'm sorry, I tahu you terkejut dengan soalan I."
"Oh, terkejut jugalah. I thought Encik Darriz nak marah I pasal report semalam."

Darriz Imdad tergelak kecil sebelum menggelengkan kepala.
"Actually I nak pergi Rumah Nur this weekend. Tapi kalau redah aje, takut I tak boleh masuk pulak." Tambah Darriz Imdad menjelaskan hasrat sebenar di hati.

"Tak perlu buat appointment pun, Encik Darriz. Boleh aje datang melawat anytime, asalkan sebelum pukul tujuh malam. Sebab pukul enam setengah petang budak-budak tu semua dah kena bersiap untuk makan malam dan solat Maghrib. Encik Darriz nak pergi sana weekend ni?"

You've reached the end of published parts.

⏰ Last updated: Aug 19, 2024 ⏰

Add this story to your Library to get notified about new parts!

KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)Where stories live. Discover now