Bab 13 : Kerana Aku Untukmu (2024)

296 15 1
                                    

Bab 13

Kebelakangan ini khabar angin khabar angin tentang CFO muda mereka menjalin hubungan dengan Erika semakin hangat bertebaran. Sana sini orang bercakap tentang hubungan mereka. Tambahan pula sudah kerap kali Erika datang ke Palaco Group atas urusan peribadi. Boleh dikatakan setiap kali lunch break pasangan merpati dua sejoli itu dilihat berdating di café.

Secara peribadi, Zenia memang tak kuasa nak ambil pusing dengan gosip-gosip yang menyentuh telinga. Darriz Imdad nak bercinta ke, nak berkahwin ke, tak ada kena mengena dengan hidupnya. Walaupun dia pernah merasakan 'sesuatu' diantara mereka, tapi dianggap cuma kekeliruan yang timbul akibat pesona Darriz Imdad semata. Sebab lelaki itu asyik menunjuk sikap caring dan ambil peduli tentang dirinya.

Dan setelah Erika muncul dalam hidup Darriz Imdad, segala tumpuan sudah berpindah sepenuhnya kepada jelitawan itu. Baguslah, sebab mereka berdua memang nampak sepadan. Sama cantik, sama hebat. Dan dia masih ingat kejadian yang berlaku di dalam lift beberapa hari yang lalu. Kebetulan pula dia ternaik lift yang sama dengan Darriz Imdad dan juga Erika.

Pada waktu itu, Zenia sempat mencuri pandang. Dan dia nampak dengan jelas renungan lembut Darriz Imdad sentiasa meneroka ke paras cantik milik Erika. Tenung tak lepas-lepas. Dan of courselah Erika membalas dengan reaksi yang serupa. Teruja dan terleka dengan 'permainan' lelaki itu. Yang dia pula dah macam halimunan di mata Darriz Imdad. Sepatah saja Darriz Imdad sempat menegur.

Hmm, tak apalah. Dia tak berkecil hati pun, cuma ada rasa pelik sikit. Sikitttt aje!

Dalam pada terleka membancuh secawan kopi di pantry, Zenia dikejutkan dengan panggilan daripada adik iparnya. Berlapis juga dahi ini sebab hairan kenapa Farel tiba-tiba menghubunginya.

"Hello?" Teragak-agak saja dia menjawab.
"Hello Zen, awak dekat mana?"

"Dekat officelah. Kenapa, Farel?" Jantung Zenia mula berdetak cemas. Nada suara Farel yang kelam kabut membayangkan ada berita buruk bakal sampai ke telinganya. Tapi tentang siapa?

"Saya call abang Fakhry tadi, tapi tak dapat. Mama admitted dekat hospital ni."​

Mata Zenia membulat. Hampir saja terlucut camca dari tangannya. Menurut perasaan gelisah, kelam kabut dia keluar dari pantry. Air yang baru siap dibancuh tadi pun ditinggalkan begitu saja.

"Ya Allah, kenapa dengan mama? Mama masuk hospital mana?" Soalnya yang tergesa-gesa membuka laci dan terus mengambil beg tangannya.

"Hospital Thomson. Awak boleh datang sekarang tak, Zen?"

"Boleh, boleh. Saya gerak sekarang. Tapi macam mana keadaan mama?" Zenia bertanya seraya memegang pinggangnya yang tersengat kuat. Maklumlah dia sendiri pun belum betul-betul sembuh lagi. Bukan boleh berjalan terlalu laju atau kelam kabut begini.

"Mama still belum sedar lagi. Tadi mama pengsan dekat rumah dan doktor kata sebab high blood pressure."

"Okay, tak apa. Saya pergi tengok mama sekarang. Awak ada dekat sana ke?"

"Ada, ada. Nanti awak inform abang Fakhry sekali, boleh?"
"Sure, nanti saya text Fakhry."​

Sebaik saja menamatkan perbualan bersama Farel, Zenia bergegas ke bilik Puan Amira untuk meminta cuti kecemasan separuh hari. Nasib baik Puan Amira memahami dan segera memberi kebenaran tanpa banyak soal.

Keluar dari departmentnya, Zenia menapak laju menuju ke elevator. Tangan pula sibuk menaip mesej untuk memberitahu Fakhry tentang keadaan ibu mertuanya. Entah apa yang disibukkan lelaki itu sampai tak reti nak angkat telefon. Kerja ke atau sibuk bergayut dengan skandal? Hesy, geram betul!

Dengan mata asyik tertumpu kepada telefon bimbit, Zenia tak perasan yang dia sudah mengabaikan keadaan di sekeliling. Tanpa diduga, tubuhnya tiba-tiba dilanggar kuat oleh seseorang. Impaknya sampai dia jatuh terduduk di atas lantai. Pinggang yang sedia sakit, terasa semakin sengal menyengat. Adoiiii!

KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)Where stories live. Discover now