Bab 6
Terleka Darriz Imdad memerhati suasana yang meriah dan riuh rendah di depannya. Empat buah Arabic canopy di halaman rumah yang tersergam indah itu mula dipenuhi dengan kehadiran sanak saudara dan para tetamu. Ada yang sedang menjamu selera, ada juga yang leka berbual sesama sendiri. Pendek kata, kemeriahannya amat dirasai.Kesungguhan umi menjayakan majlis pertunangan Jiha ini membuatkan Darriz Imdad memuji kagum. Kalau majlis bertunang pun dah meriah dan besar-besaran begini, majlis perkahwinan nanti macam mana pula? Silap-silap jadi wedding of the year. Maklumlah Hakeem itu bakal menantu pertama umi, memang lain macam excitednya.
Duduk di gazebo kayu berhampiran kolam air terjun yang dibina di hujung laman ini, Darriz Imdad masih ralit memandang. Dia tak begitu berminat untuk beramah mesra dengan sesiapa, terutama sekali kawan-kawan rapat ibunya. Bukan nak menyombong, cuma dia tak selesa bila asyik dikenen dengan anak masing-masing.
Time itulah anak mereka menjadi terpaling cantik, terpaling sopan dan terpaling calon isteri buatnya.
Rimas!"Lah, dekat sini dia duduk melepak? Cepatlah abang Im, rombongan dah sampai tu!"
Terkejut Darriz Imdad disergah kemunculan Diana di sini. Adik bongsunya itu kelihatan anggun mengenakan kebaya berwarna beige. Warna tema bagi pihak keluarganya hari ini.
"Oh, diaorang dah sampai ke?"
"Iya, dah ada dekat depan tu. Umi suruh abang Im yang sambut kedatangan diaorang, cepatlah!"
Darriz Imdad mengangguk dan segera bangun untuk menurut langkah Diana. Dia terus bergerak ke arah porch memandangkan saudara maranya sudah berkumpul di situ. Manakala rombongan pihak lelaki pula baru saja melepasi pintu pagar utama yang terlapang luas.
Namun kedatangan Darriz Imdad agak terlewat. Kerana rombongan pihak lelaki sudah masuk ke perkarangan rumah dan mula bersalam-salaman dengan ahli keluarganya. Walaupun begitu dia tetap mara ke hadapan dan mengalu-alukan kedatangan mereka dengan ramah dan mesra.
Dalam pada keriuhan dan kebisingan, anak mata Darriz Imdad tiba-tiba melekat pada seraut wajah. Serta merta pergerakan di tubuhnya menjadi kaku dan beku. Jantung pula berdegup kencang. Entah kenapa dunia ini bagaikan berhenti berputar buat beberapa saat. Malah suasana juga menjadi sunyi sepi.
Betul ke apa yang dia nampak? Atau semua ini cuma imaginasinya?
Nafas yang tersekat di kerongkong, berjaya juga dihela panjang. Darriz Imdad yakin dia bukan tersalah pandang. Sebab matanya masih mampu mengekori gadis yang jelas belum perasan dengan kehadirannya di tengah orang ramai ini. Sekali lagi jiwa terpegun. Terpesona melihat tubuh berkebaya hitam yang dipadankan dengan kain batik Jawa keemasan itu. Stunning, super stunning. Apatah lagi wajah itu sangat cantik bersolek.
Sesaat kemudian, Darriz Imdad mendongak ke langit dengan riak keliru.
Tuhan, takdir apa yang kau aturkan untuk aku?
***
Selesai menjamu selera di bawah kanopi, Zenia cepat-cepat menarik tangan Aqib menuju ke kolam air terjun. Sejak dari tadi dia tertarik dengan landskap menghijau yang dihiasi dengan pokok-pokok bunga pelbagai warna. Kemudian ada pula kolam kecil dengan air terjun berdebur tanpa henti. Nyaman, damai dan sejuk mata memandang.Sebenarnya Zenia sengaja menjauhkan diri dari pandangan keluarga Fakhry. Ingat tak letih ke nak berlakon jadi loving couple setiap masa? Stres dan rasa berbuku saja dadanya. Sebab dia tahu Fakhry pun jerih dan terseksa melakonkan watak yang sama. Dua-dua kena tunjuk perangai fake, penat betul!
Dan bertambah rimas bila dia sering diasak dengan soalan-soalan tanpa jawapan.
Bila nak mengandung?
Tak teringin ke menimang baby?
Mengandung apa? Baby datang dari mana kalau dia dan Fakhry sentiasa tidur jauh berkaki-kaki? Malah Zenia sangat yakin yang Fakhry tak pernah terliur untuk menyentuh tubuh badannya. Kalau tak, takkanlah asyik 'makan luar' saja kan?
YOU ARE READING
KERANA AKU UNTUKMU (Revamp version 2024)
RomancePreorder novel kini dibuka. Print on demand. Siapa booked, dia dapat. Whatsapp 0126864917 80% rombakan dari manuskrip asal 2014.