satu🧸

17 3 0
                                    

"belakang lagi... Ha lagi-lagi... Lagi... Berhenti!"

Sekarang situasi di hadapan sebuah rumah sangat sibuk kerana rumah tersebut telah dibeli oleh seseorang yang baru sahaja berpindah untuk ditinggali bersama keluarganya. Beberapa buah lori yang membawa perabot-perabot untuk diletakkan di dalam rumah. Sebuah kereta mewah memasuki halaman rumah tersebut. Keluar lah seorang lelaki dengan isteri dan anaknya untuk melihat keadaan rumah mereka.

"Nahh inilah rumah baru kita! Cantik tak?" Tanya sang ketua keluarga. Isteri dan anaknya mengangguk gembira.

"Cantik betul rumah ni, pandai ayah pilih" puji sang anak. Sang ayah pun terkekeh sambil mengusap rambut anaknya.

"Mulai sekarang kita akan tinggal kat sini. Ayah harap kamu suka" katanya, sang anak pun menganggukkan kepala.

...

Beberapa jam kemudian akhirnya semua telah selesai. Hanya tinggal untuk mengemas barang-barang peribadi mereka. Sekarang mereka sedang berada di ruang makan.

"Junmin ayah dah daftarkan kamu di sekolah yang berdekatan dengan sini. Pihak sekolah kata kamu dah boleh mula bersekolah esok, ayah dah beli semua barang-barang keperluan kamu" kata sang ayah kepada anaknya yang bernama Junmin.

"Baik ayah. Junmin akan belajar rajin-rajin dan banggakan ibu dan ayah" katanya dengan semangat. Kedua ibu bapanya pun tertawa kecil melihat telatah anaknya.

"Bagus anak mama, macam ni lah mama sayang" kata ibunya kemudian mengusap-usap kepala Junmin. Junmin yang diperlukan seperti itu pun tertawa kecil.

...

6:25 pagi

Junmin sudah bersiap dengan pakaian sekolah yang lengkap. Dia kemudian mengambil beg galasnya dan turun kebawah untuk sarapan bersama ibu bapanya.

"Selamat pagi ibu, ayah" sapanya ketika dia sudah tiba di dapur. Ayahnya yang sedang membaca surat khabar itu pun melihat kearah anaknya itu kemudian tersenyum.

"Pagi anak ayah. Wah semangat betul nak pergi sekolah ya" katanya. Junmin pun tersenyum.

"Yelah ayah, hari ni kan hari pertama Junmin, kena lah semangat hehe" sang ayah pun tersenyum dan mengangguk kemudian tibalah sang ibu dengan semangkuk besar nasi goreng.

"Bagus lah anak ibu semangat. Nanti kat sana belajar rajin-rajin jangan kacau orang jaga adab elok-elok faham?" Nasihat sang ibu. Junmin mengangguk sambil memakan nasi goreng yang dimasak oleh ibunya.

...

Junmin tiba di sekolah dengan dihantar oleh ayahnya menaiki kereta. Dia masuk ke dalam area sekolah dengan wajah yang ceria dan menyapa beberapa orang yang berada di sekitarnya. Dia terus berjalan sehingga sampai ke bilik guru.

tok tok tok

Dia mengetuk pintu bilik guru tersebut. Menunggu izin dari guru yang berada di dalam bilik tersebut. Semasa dia sedang menunggu tiba-tiba seseorang berdiri di sebelahnya. Junmin melihat orang tersebut. Seorang lelaki yang mungkin sebaya dengannya, agak tinggi dan mukanya juga tak kurang.

Tapi penampilannya sangat teruk berbanding dengan mukanya. Baju yang tidak dipakai dengan elok, lusuh dan kotor dan mukanya juga ada beberapa lebam dan luka. Junmin menatapnya dengan tatapan prihatin kemudian dia memberanikan diri untuk bertanya.

Silent Where stories live. Discover now