empat🧸

9 4 0
                                    

Keesokan harinya, Junmin tiba di sekolah lebih awal dari kelmarin. Dia duduk di tempatnya sambil menunggu rakan-rakannya datang. Beberapa minit kemudian, Yujun tiba di kelas dan duduk di tempatnya yang bersebelahan dengan Junmin.

"Morning Junmin. Wah, awal kau hari ni" sapa Yujun pada Junmin.

"Morning juga, aku memang suka datang sekolah awal" kata Junmin sambil membalas sapaan Yujun tadi. Mereka pun sedikit berbincang sementara menunggu waktu kelas bermula.

Junmin juga sesekali melihat kearah pintu kelas untuk melihat apakah orang yang dinanti-nantikan olehnya tiba atau belum. Beberapa minit dia menunggu tapi tidak ada tanda-tanda bahawa orang tersebut akan muncul. Dia melihat kearah jam tangannya, sudah pukul 7:56 pagi sebentar lagi kelas akan bermula tapi orang tersebut tidak juga muncul.

"Yujun, mana Minjae? Kelas dah nak mula tapi dia tak masuk-masuk lagi" tanya Junmin pada Yujun.

"Ouh dia tu memang lambat tapi tak ada lah lambat sangat lagi seminit kelas nak mula dia masuk lah tu" kata Yujun sambil mengunyah gula-gula yang dibawanya. Junmin pun kembali menunggu orang tersebut.

Lagi seminit sebelum jam menunjukkan pukul lapan, akhirnya orang yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, dia langsung duduk di tempatnya dan meletakkan kepalanya di atas meja. Kelas pun bermula. Sekarang waktu matapelajaran matematik yang diajar oleh guru yang bernama Do Kyungsoo.

"Baiklah anak-anak apa khabar?" Tanya cikgu Do kepada anak-anak muridnya.

"Khabar baik cikgu" jawab anak-anak muridnya. Cikgu Do pun menganggukkan kepala. Dah macam Upin Ipin dah murid-murid dia ni.

"Baiklah class, hari ni kita akan belajar bab 5 semua boleh buka buku teks" mereka semua membuka buku teks dan mula menulis nota yang ditulis oleh cikgu Do di papan hitam.

Junmin melihat kearah Minjae yang sedang melakukan hal yang sama seperti murid-murid yang lain. Junmin mencuit Yujun.

"Eh Yujun, tu si Minjae tak tidur pula. Bukan selalu dia tidur ke?" Yujun pun melihat kearah Minjae kemudian dia menatap Junmin.

"Oh dia tu subjek math je dia bangun subjek lain semua kelaut, entah apa function dia datang sekolah pun tak tau" kata Yujun sambil menulis nota di dalam bukunya. Junmin pun mengangguk.

"Maybe math subjek favourite dia?" Itu lah yang berada di fikiran Junmin sekarang, akhirnya dia kembali fokus pada cikgu Do yang sedang menerangkan di hadapan.

...

Setelah selesai matapelajaran matematik, semua murid-murid sudah berlari keluar dari kelas menuju ke kantin kerana sudah tiba waktu rehat. Junmin memerhatikan Minjae yang kembali meletakkan kepalanya di atas meja. Junmin mengambil nafas dalam-dalam kemudian perlahan-lahan berjalan mendekati Minjae.

Dia mengambil kerusi meja yang berada di sebelah Minjae dan duduk dia atas kerusi tersebut. Minjae masih tidak menyedari kehadiran Junmin di sebelahnya. Junmin pun mencuit lengan Minjae sedikit. Minjae yang merasa ada yang mencuit lengannya pun mengangkat kepalanya dan menoleh ketepi. Dia mendapati orang yang membantunya kemarin berada dis sebelahnya sambil tersenyum.

"Hai Minjae!" Sapa Junmin sambil tersenyum lebar. Minjae tidak menghiraukan Junmin dan kembali meletakkan kepalanya. Junmin yang dipulaukan oleh Minjae pun tidak berputus asa.

"Minjae? Hai? Saya datang nak berkawan dengan awak" katanya lagi namun tidak ada balasan dari sang lawan bicara. Junmin berfikir keras bagaimana untuk mengajak Minjae bercakap.

"Awak, saya datang nak ajak awak berkawan dengan saya, yelah saya tengok awak tiap hari duduk sorang-sorang tak ada kawan. Kalau diorang tak nak kawan dengan awak tak apa saya ada, lagipun saya teringin nak berkawan dengan awak, awak nak?" Tetap tiada balasan. Dia berfikir lagi mana tahu ada cara lain.

"Awak, awak nak tolong ajar saya matematik tak? Saya tak berapa faham lah, manatau awak faham awak boleh ajar saya... Nak?" Minjae tetap diam dan tak bergerak walaupun sedikit.

"Aw---"

"Dah lah tu Junmin, kau cakap dengan dia macam kau cakap dengan dinding tau. Daripada kau buang masa cakap dengan dia baik kau pergi makan dekat kantin" kata Yujun yang sedari tadi yang menunggu Junmin.

"Hmm Minjae, jom lah pergi makan dekat kantin sama-sama. Jom saya belanja awak makan sedap-sedap" Yujun pun menjelingkan matanya melihat Junmin yang tak berputus asa untuk mengajak Minjae bercakap. Dia kemudian mendekat dan menarik lengan Junmin.

"Dah lah Junmin, tak payah dia tu orang nak belanja dah tak nak, daripada kau belanja dia baik kau belanja aku" kata Yujun sambil menarik-narik tangan Junmin. Junmin pun akhirnya pasrah. Dia pun bangun dan keluar ke kelas bersama Yujun.

"Eh Junmin, apasal kau nak sangat kawan dengan si Minjae tu, dia tu dah lah sombong, berat mulut, acah misteri pulak tu. Kecil besar kecil besar je aku tengok dia" Junmin pun tertawa kecil.

"Tak ada cuma.... Teringin ja" katanya. Yujun menatap Junmin.

"Ja?" Junmin mengangguk ragu. Kemudian mereka pun sampai di kantin.

"Aku pergi beli makanan kejap ya" Junmin mengangguk dan duduk di salah satu meja di kantin. Dia memandang ke sekitarnya, suasana kantin yang riuh rendah kerana banyaknya murid-murid. Tiba-tiba dia ternampak seseorang yang seperti dia kenali.

Dia melihat lagi bagi memastikan orang tersebut betul. Dan benar orang itu adalah Sumin yang berjalan tertatih sambil memegangi perutnya. Junmin menghampiri Sumin.

"Sumin?" Dia menoleh melihat kearah Junmin yang memanggilnya. Alangkah terkejutnya Junmin melihat muka Sumin yang penuh dengan luka dan lebam kemudian perutnya yang sedikit mengeluarkan darah.

"Sumin! Kenapa ni?!" Junmin memegang kedua bahu Sumin. Sumin pun menepis tangan Junmin.

"Jangan menyibuk lah" katanya kemudian ingin berlalu pergi dari hadapan Junmin. Junmin ingin kembali menarik Sumin tapi tiba-tiba Sumin hampir terjatuh kalau saja Junmin tak menahannya dari belakang.

"Sumin!!" Sumin pun pengsan di situ. Junmin panik dan berfikir harus melakukan apa. Kalau nak angkat bawa pergi bilik rehat dia tak larat yelah badan Sumin lagi besar dari dia,  Junmin mana kuat 👉🏻👈🏻.

Kemudian dia melihat sekeliling dan mendapati seseorang yang kebetulan lalu. Dia menahan orang tersebut.

"Maaf! Boleh awak tolong saya?" Orang tersebut menoleh dengan wajah kebingungan.

"Tolong apa?" Tanyanya. Junmin menunjuk ke arah Sumin yang pengsan.

"Tolong saya angkat dia, dia pengsan saya tak mampu nak angkat dia" Orang tersebut menatap Sumin sebentar kemudian menatap Junmin kembali.

"Dia ni? Tak nak lah" orang tersebut melangkah pergi. Junmin pun panik kemudian menahan orang tersebut lagi.

"Please tolong saya kejap kesian dekat dia. Ya? Awak nak apa nanti saya akan bagi apa ja yang awak minta asalkan awak tolong saya. Ya ya?" Kata Junmin sambil merayu. Orang tersebut pun pasrah dan mengangkat Sumin untuk pergi ke bilik rehat. Junmin mengikutinya dari belakang.

...

"Lah mana budak ni hilang?" Tanya Yujun ketika dia kembali dari membeli makanan dan tak mendapati Junmin berada di tempat awal mereka berada.

To be continue

Silent Where stories live. Discover now