dua🧸

15 4 2
                                    

Sekarang Junmin dan Yujun sedang makan bersama-sama di kantin. Sedari tadi Junmin hanya melamun dan hanya memakan sedikit sahaja makanannya itu membuatkan Yujun kembali hairan.

"Junmin?" Panggilnya namun Junmin tak menjawab dan masih mengelamun.

"Junmin!" Panggil Yujun dengan sedikit kuat hingga membuatkan Junmin terkejut.

"Ish Yujun, janganlah jerit aku depan kau je kot" katanya sambil marah membuatkan Yujun menatap datar Junmin.

"Haah memang lah dah aku panggil beribu kali kau tak jawab. Kau kenapa? Dari tadi mengelamun ja" tanyanya membuatkan Junmin murung. Yujun pun kembali menunggu rakan barunya ini untuk menerangkan penyebab yang membuatkan dia mengelamun.

"Sebenarnya... Aku terfikir sesuatu" katanya dan Yujun melihat kearahnya dengan wajah bingung.

"Fikir apa?" Junmin menari nafas dalam-dalam dan kembali membuka suara.

"Aku baru masuk sekolah hari ni tapi aku tengok orang-orang dekat sini macam..." Junmin menjeda sebentar dan kembali menarik nafas dalam.

"Entahlah aku pun tak tau nak terangkan macam mana" Junmin meminum air sirap yang dibelinya tadi. Yujun yang mendengar pun kembali bingung.

"Siapa yang kau maksudkan?" Tanyanya membuatkan Junmin terdiam. Kemudian menggelengkan kepala.

"Tak... Tak ada sesiapa" kemudian kembali sunyi diantara mereka berdua. Junmin hendak menanyakan sesuatu pada Yujun tapi dia agak segan. Akhirnya dia memutuskan untuk menanyakan saja demi membantu orang yang dia jumpai pagi tadi.

"Yujun" orang yang namanya dipanggil pun menoleh.

"Kau kenal budak yang aku langgar tadi?" Yujun mengangguk dan menjawab.

"Kenal. Dia Kim Minjae sekelas dengan kita" Junmin mengangguk kemudian bertanya lagi.

"Kau ada tau apa-apa pasal dia? Apa-apa ja info yang kau tau?" Yujun tampak berfikir sejenak.

"Hmm dia tu pendiam sangat aku tak pernah pulak dengar dia bercakap dengan sesiapa. Dengan cikgu pun dia tak pernah bercakap. Dia tu suka pakai hoodie dan jarang lah nak buka and dia tu tertutup sangat. Susah nak berkenalan atau nak korek info pasal dia tu" Junmin terdiam. Wah misteri betul budak ni ya.

"Kalau... Sumin?" Yujun terdiam kemudian menatap Junmin.

"Kau kenal dia? Mana kau kenal dia?" Tanyanya.

"Pagi tadi masa aku awal-awal sampai aku jumpa dia kat bilik guru lepastu kena denda. Ha cepatlah bagitau aku info pasal dia" Yujun menghela nafas kemudian menjawab.

"Baiklah. Dia Choi Sumin budak form 4 kelas 4 abadi. Dia tu budak yang memang dah di cop paling nakal lah. Suka buat masalah, suka ponteng sekolah suka bergaduh dan macam-macam lagi lah yang buruk pasal dia. Orang memang benci dia. Sampai dah tak sanggup cikgu disiplin nak hadap dia. Tak tau lah macam mana boleh stay sekolah sini" Junmin yang mendengar pun terdiam kemudian mengangguk.

"Apasal kau nak tau sangat pasal diorang berdua tu?" Tanyanya. Junmin menggeleng.

"Tak ada apa-apa saja nak tau. Dah jom balik kelas dah nak habis rehat" mereka berdua bangun kemudian berjalan pergi dari area kantin kembali ke kelas.

...

Semasa di perjalanan pulang ke kelas, Junmin dan Yujun berjalan sambil bergelak ketawa bersama. Tiba-tiba mereka melihat sebuah kerumunan di area kelas mereka. Mereka yang curious pun pergi melihat apa yang dikecohkan sangat itu. Alangkah terkejutnya Junmin ketika melihat Sumin sedang memukul seseorang yang dia kenali.

Minjae.

Mereka semua hanya melihat pergaduhan itu seperti melihat acara pertarungan yang hebat. Tidak ada seorang pun yang berniat untuk menolong Minjae yang sudah pecah mukanya. Junmin pun segera menghentikan Sumin yang ingin kembali melayangkan pukulan pada Minjae.

"Stop Sumin!" Junmin memegang erat tangan Sumin dan menarik paksa Sumin hingga menjauh dari Minjae. Sumin melihat siapa yang berani menghalangnya itu ternyata murid baru yang mengganggunya pagi tadi.

"Kau lagi?! Jangan halang aku budak! Ketepi! Bagi aku pukul dia sampai dia mampus!" Sumin menolak Junmin ketepi dan kembali ingin memukul Minjae yang sudah sangat tak berdaya itu.

Junmin sempat terjatuh dan segera bangun untuk menghalang Sumin daripada memukul Minjae.

"Aku cakap berhenti!" Junmin menolak Sumin dengan kuat sehingga Sumin terjatuh. Junmin yang sedar dia tidak sengaja menolak Sumin dengan sedikit kuat pun segera mendekat.

"Awak tak apa-apa? Maaf saya tak bermaksud nak tolak awak kuat saya cu---"

"DIAMLAH! SEMAK BETUL AKU DENGAN KAU!" Sumin menatap mata Junmin sejenak kemudian segera berdiri dan pergi dari situ. Murid-murid yang lain pun pergi setelah acara pertarungan tadi telah selesai.

Junmin masih mematung di tempatnya. Dia melihat Sumin yang menjauh dengan sedih.

"Tunggu aku, aku akan cari jalan penyelesaiannya" katanya di dalam hati. Yujun pun mendekat kearah Junmin.

"Junmin?! Kau tak apa-apa? Kenapa kau pergi halang si Sumin tu, dia tu bahaya! Kalau kau kena apa-apa macam mana?" Kata Yujun dengan risau. Junmin yang masih terdiam itu pun menoleh melihat kearah Yujun dan tersenyum.

"Aku tak apa-apa. Dah jom tolong Minjae kesian dia" mereka berdua mendekati Minjae yang sudah pengsan itu pun memapahnya untuk pergi ke bilik rehat.

...

"Aishhh" Sumin menendang kotak-kotak yang berada di rooftop itu dengan marah. Kemudian dia duduk di atas kerusi lusuh yang disediakan sambil menutup wajahnya dengan tangannya.

"Kenapa? Kenapa? KENAPA?!" Sumin yang sangat frust itu pun memukul-mukul kepalanya sendiri dan menarik-narik rambutnya dengan kasar. Kemudian menangis dalam diam.

"Boleh tak aku berharap? Boleh tak aku berharap yang suatu hari nanti... Seseorang akan tarik aku keluar dari semua ni? Aku tak sanggup... Aku berharap..." Kemudian dia menangis lagi dengan pilu. Dia membenamkan wajahnya di kedua lututnya sambil menangis. Kemudian dia kembali mengangkat kepalanya.

"Cih berharap? Orang macam aku tak layak diselamatkan. Aku siapa yang nak berharap? Aku hanya manusia yang tak berguna hidup dalam keadaan sengsara dan penuh kebencian. Cukup Sumin jangan pernah berharap lagi. Harapan kau takkan pernah tercapai" katanya pada diri sendiri dan mengelamun.

Sedar tak sedar sudah hampir lewat petang, Sumin masih setia berada di rooftop sehingga dia tertidur. Dia terjaga kemudian melihat sekeliling. Seperti biasa tiada apa yang berubah. Dia bangun dan pulang ke rumah.

To be continue

To be continue

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Kim Minjae

Silent Where stories live. Discover now