sepuluh🧸

8 4 0
                                    

"Taehyun! Sini kejap" panggil seseorang. Orang yang bernama Taehyun tersebut memandang siapa yang memanggilnya. Setelah memastikan, dia pun berjalan menuju kearah orang tersebut.

"Ada apa Sana?" Tanya Taehyun pada gadis bernama Sana tersebut. Gadis itu tampak tersengih-sengih sendirian .

"Sumin ada?" Tanyanya. Taehyun pun terdiam.

"Setiap kali kau panggil aku mesti kau akan tanya pasal Sumin. Kau nak apa? Baik kau cari dia sendiri, aku bukannya map bergerak yang boleh tau location dia dekat mana. Lagipun kitorang bukan sekelas" Sana memuncungkan bibirnya.

"Ala Taehyun janganlah marah. Lagipun awak kan selalu dengan Sumin, sebab tu saya tanya awak. Mana tau awak tau?" Taehyun menjelingkan matanya.

"Tak, aku tak selalu dengan dia. Kalau kau nak sangat jumpa dia pergi cari dia sendiri jangan pernah cari aku lagi" Sana pun kembali memuncungkan bibirnya kemudian menyilangkan tangannya di dada tanda dia merajuk.

"Dah lah Taehyun garang tak nak kawan" Sana pun pergi dari situ. Taehyun tak mampu berkata apa-apa lagi. Dia pun hendak kembali ke kelasnya. Semasa dia membalikkan badan, Semasa dia berbalik badan, tiba-tiba sahaja mulutnya ditekup dari belakang. Taehyun terkejut dan cuba melepaskan diri tapi tidak berjaya. Akhirnya dia diseret untuk pergi bersama mereka.

...

Taehyun didudukkan di atas kerusi. Dia melihat sekeliling dan mendapati 3 orang yang mungkin sebaya dengannya sedang berdiri di hadapannya. Dia memandang mereka satu-persatu.

"Apa korang nak? Kenapa korang culik aku? And macam mana korang kenal aku?" Tanyanya. Ketiga orang tersebut terdiam.

...

Flashback

"guys ingat plan kita tak boleh hancur, kita kena dapat info dari dia walaupun sikit. Ingat, buat kerja bagi clean. ok guys?" Kedua orang rakannya itu pun mengangguk faham. Mereka bertiga bersembunyi disebalik dinding blok tingkatan 4 sambil menghendap disebalik dinding. Siapa lagi kalau bukan Junmin and the geng.

Mereka menghendap-hendap untuk mencari seseorang yang amat dikehendaki oleh mereka. Mereka melihat murid-murid yang berlalu masuk keluar dari kelas.

"Eh dia kelas apa Yujun?" Tanya Jeongwoo. Yujun membuka buku notanya.

"Kelas 4 setia" mereka memandang kearah kelas tersebut. Tak ramai murid yang keluar masuk daripada kelas tersebut. Agak menyukarkan mereka untuk mencari seseorang itu.

"Nak redah je tak? Masuk je kelas dia cari dia" kata Jeongwoo. Junmin mengetuk kepala Jeongwoo.

"Kan aku dah cakap buat kerja bagi clean. Kita nak culik dia kejap nanti kalau kawan-kawan dia nampak macam mana?" Jeongwoo mengusap-usap kepalanya yang diketuk oleh Junmin.

"Tah ada otak letak kat tumit" Jeongwoo memandang Yujun tajam. Rasanya dia ingin menghempuk Yujun tapi dia tahan.

"Sabar Jeongwoo sabar. Ini semua ujian"

Mereka kembali fokus pada kegiatan awal mereka. Mereka meneliti satu persatu murid yang berlalu lalang di area blok tersebut. Tapi tidak menjumpai orang yang dicari-cari.

"Haih mana dia ni. Kau ni biar betul Yujun. Lama dah kita tunggu" Yujun kembali membaca buku notanya dia melihat kesemua data peribadi tentang orang yang dicari-cari.

"Betullah. Mungkin dia tak keluar kelas" Junmin terduduk di atas tanah. Penat sudah menunggu.

"Kan aku dah cakap redah masuk je" Junmin dan Yujun memandang Jeongwoo dengan raut wajah malas. Minta penyepak si Jeongwoo ni.

Silent Where stories live. Discover now