tujuh belas🧸

9 2 3
                                    

Junmin sekarang sudah siap berpakaian rapi. Dia memandang pantulan dirinya di hadapan cermin. Setelah merasa semuanya telah lengkap, dia pun segera mengambil begnya dan turun ke bawah untuk sarapan bersama ibubapanya.

"Selamat pagi ibu" sapanya pada sang ibu yang sedang menata makanan di atas meja makan.

"Pagi Junmin. Wah pagi-pagi lagi dah pakai elok-elok nak pergi mana cuti-cuti ni?" Tanya sang ibu kala melihat penampilan Junmin. Junmin tertawa kecil.

"Nak pergi ziarah kawan Junmin dekat hospital kejap ibu" katanya. Ibunya hanya menganggukkan kepala. Tiba-tiba Junmin merasa seperti ada yang kurang.

"Ibu, mana ayah?" Tanyanya pada sang ibu.

"Oh, ayah pergi kerja awal sikit harini katanya ada meeting penting" Junmin mengangguk kemudian duduk di salah satu kerusi meja makan dan mula memakan sarapan paginya.

***

Setelah selesai sarapan pagi, Junmin pun segera berangkat untuk pergi ke hospital. Junmin tidak menggunakan motornya atau mana-mana kenderaan kerana dia ingin menikmati rasa berjalan kaki di tengah bandar.

Semasa di perjalanan tiba-tiba seseorang menarik bahunya dengan sedikit kuat membuatkan dia hampir terjatuh ke belakang.

"Maaf terkuat ke?" Dia melihat si pelaku.

"Eh Sana?" Sang pemilik nama hanya tertawa sambil menggigit kukunya.

"Awak buat apa kat sini? Kenapa tiba-tiba tarik saya?" Tanya pada Sana. Sana tampak malu-malu untuk bercakap dengan Junmin.

"Awak ni, Junmin kan?" Tanyanya. Junmin pun mengangguk.

"Awak nak pergi mana?" Tanyanya lagi.

"Saya nak pergi ziarah Sumin kejap dekat hospital" jawabnya. Tiba-tiba mata Sana terbeliak.

"Apa?! Sumin sakit ke?! Tak boleh jadi ni. Saya nak ikut!" Katanya. Tanpa menunggu balasan dari Junmin, dia segera menarik tangan Junmin untuk segera pergi ke hospital.

***

Setibanya mereka di hospital, Junmin terus bawa Sana ke bilik Sumin. Sana masuk dengan terburu-buru dan terus memeluk Sumin. Sumin yang baru sahaja bangun dari tidur pun terkejut bukan main.

"Suminnn awak okay ke? Ada sakit mana-mana hah?" Kata Sana sambil meraba-raba muka dan tangan Sumin. Sumin terus menepis tangan Sana dari badannya kemudian menolaknya agar menjauh darinya.

"Kau! Apa kau buat kat sini hah?!" Sana mempoutkan bibirnya sambil memainkan kukunya.

"Saya datang nak jenguk awak lah. Nasib saya jumpa Junmin kalau tak saya tak tahu yang awak dekat sini" katanya. Mata Sumin memandang sekeliling mencari orang yang sudah bawa Sana ke sini dan dia melihat Junmin yang baru sahaja masuk ke biliknya itu.

"Kau!" Tunjuk Sumin pada Junmin. Junmin yang baru masuk pun terkejut dengan Sumin yang tiba-tiba menunjuknya.

"Kenapa?"

"Kenapa kau bawa perempuan ni datang sini hah?!" Junmin menggeleng.

"Saya tak bawa dia dia yang paksa nak ikut saya. Lagipun tak salah kan dia datang nak jenguk awak ja" Sumin berdecih.

"Dah kau dah tengok aku kan? Kau boleh blah" katanya pada Sana. Dia kemudian kembali baring dan memejamkan matanya.

"Apa? Mana boleh macam tu. Saya penat-penat datang sini semata-mata nak jenguk awak tau" kata Sana.

Silent Where stories live. Discover now