sebelas🧸

12 3 3
                                    

Di kediaman Jinyoung, dia baru sahaja pulang dari kerja. Dia masuk ke dalam rumah dan tak mendapati sesiapa pun di dalam rumah. Dia berjalan menuju ke dapur dan mendapati isterinya yang sedang memasak.

"Sayang?" Panggilnya dan sang isteri pun menoleh. Dia mendekati isterinya.

"Awak buat apa?" Tanyanya. Sooyoung pun berbalik badan untuk memandang suaminya.

"Saya tengah jogging" balasnya. Jinyoung pun hanya menampilkan raut wajah masam yang membuatkan Sooyoung tertawa.

"Awak ni saya tengah masak lah buat apa lagi? Boleh dia tanya pulak" Sooyoung kembali memasak makanannya. Jinyoung melihat sekeliling rumah. Dia sedang mencari seseorang.

"Mana Junmin?"

"Alah dalam bilik, entah apa lah dibuatnya. Pergi lah jumpa dia" Jinyoung pun mengangguk kemudian pergi menuju ke bilik Junmin. Dia mengetuk pintu bilik tersebut.

"Junmin, ayah ni. Boleh ayah masuk?" Junmin pun mengizinkan ayahnya untuk masuk. Setelah mendapat izin dia pun masuk dan mendapati anaknya duduk di meja tulis sambil melihat laptop. Dia mendekati anaknya.

"Anak ayah buat apa ni?" Tanyanya pada Junmin. Junmin menggeleng.

"Tak ada apa pun saja tengok-tengok video" Jinyoung mengangguk. Dia turut melihat video yang sedang ditonton oleh anaknya. Dia kehairanan mengapa anaknya melihat video begitu.

"Kenapa Junmin tengok video bahasa isyarat ni?"

"Junmin nak belajar bahasa isyarat, nanti senang lah Junmin nak berkomunikasi dengan kawan Junmin" katanya. Jinyoung terdiam.

"Kawan Junmin? Yang ada masalah pendengaran tu ke?" Junmin mengangguk.

"Haah, dia bisu jugak jadi bila Junmin belajar bahasa isyarat senang lah Junmin nak faham apa yang dia cakap" Jinyoung kembali terdiam.

"Kawan Junmin tu yang mana ya? Apa nama dia manatau ayah kenal?" Tanyanya lagi. Junmin memandang ke arah ayahnya. Kemudian dengan ragu-ragu dia menjawab.

"Nama dia Kim Minjae, ayah kenal ke?" Jinyoung pun tersenyum kemudian menggeleng.

"Tak, ayah tak kenal. Nanti bawa lah dia ke sini. Boleh ayah berkenalan dengan dia. Dah kamu sambung buat kerja ayah pergi dulu" Jinyoung mengusap rambut anaknya kemudian keluar dari bilik tersebut. Junmin memandang kearah pintu biliknya.

"Aku tak tau kenapa tapi, aku dapat rasakan sesuatu yang pelik dengan ayah" Junmin sedikit aneh dengan ayahnya. Dia merasa seperti ayahnya menyembunyikan sesuatu darinya tapi, dia tak tau itu betul ataupun tidak.

"Ish tak baik buruk sangka dengan ayah" dia menggelengkan kepalanya agar semua buruk sangka tersebut menghilang dari fikirannya. Dia kembali memandang laptopnya.

Semasa sedang asyik belajar, tiba-tiba dia merasa sangat lapar. Perutnya berbunyi.

"Lapar lah pulak, ibu mesti masak tapi aku macam nak makan benda lain" dia berdiri dan menyambar kunci motornya dan jaketnya kemudian dia keluar dari bilik.

Dia berjalan melewati ruang tamu di mana ibu bapanya berada. Jinyoung yang melihat anaknya seperti hendak keluar pun bertanya.

"Junmin? Nak kemana malam-malam?" Tanyanya.

"Nak pergi kedai runcit kejap ayah, saja nak beli jajan" balasnya. Jinyoung pun menganggukkan kepala. Junmin kembali berjalan untuk keluar dari rumah dan menaiki motornya.

...

Setelah selesai membeli barang di kedai runcit, Junmin berjalan menuju kearah dimana motornya berada. Semasa dia hendak memakai topi keledar, dia ternampak seseorang yang seperti dikenalinya.

"Tu..... Macam Sumin" dia mendapati orang tersebut berjalan bersama beberapa orang. Junmin pun mengambil keputusan untuk mengikuti mereka.

Dia berjalan perlahan-lahan agar tidak mengeluarkan sebarang bunyi. Mereka semua berhenti di hujung lorong gelap nan sepi itu. Junmin menghendap-hendap disebalik dinding untuk melihat apa yang sedang dilakukan oleh mereka.

"Asal semua orang kat situ aku macam kenal ekk? Apa yang diorang tengah buat tu?" Dia melihat mereka seperti sedang berbincang sesuatu. Semasa sedang asyik memerhatikan mereka tiba-tiba seseorang menepuk bahunya dari belakang. Junmin pun terkejut.

"Oi mak kau tergolek" dia melihat kebelakang dan memandang individu yang menepuk bahunya.

"Mak aku? Mak aku kat rumah. Alhamdulillah sehat walafiat tak tergolek" katanya sambil tertawa sedangkan Junmin memandangnya dengan wajah sedikit terkejut.

"Ehh uncle Leedo. Apa yang uncle buat kat sini?" Tanyanya pada individu bernama Leedo tersebut.

"Patutnya uncle yang tanya pada kamu, apa yang kamu buat malam-malam dekat tempat sunyi macam ni. Bahaya" Junmin menggaru kepalanya yang tidak gatal. Dia tidak mau beritahu yang dia mengikuti sekumpulan manusia.

"Ehh tak ada apa-apa... Tadi ni ha ikut anak kucing lalu sini tadi. Comel sangat tak perasan terikut sampai sini" dia terpaksa berbohong. Dia berharap semoga unclenya itu tidak curiga padanya.

"Ohh yeke. Tulah kamu pantang nampak benda comel. Ha dah jom uncle hantar balik tak elok duk sini lama-lama"

"Ehh tak payah uncle, saya boleh balik sendiri" Leedo hanya mengangguk dan Junmin pun berjalan pergi dari situ meninggalkan Leedo seorang diri di situ. Dia bersyukur kerana unclenya itu tidak curiga padanya.

"Dasar buat kerja tak clean... Siap korang besok aku lenyek sekor-sekor"

...

Junmin tiba kembali di tempat parking motornya. Dia masih curious dengan apa yang berlaku tapi dia terpaksa pendam kerana tidak mau mengambil risiko. Junmin pun menaiki motornya dan berjalan pergi dari situ.

Semasa di perjalanan, tiba-tiba dia ternampak seseorang yang sedang terbaring di tepi sungai. Tanpa berfikir panjang, dia langsung menghampiri orang tersebut.

"Encik? Encik tak apa-apa? Kenapa tidur tepi sungai ni? Kat rumah katil kena rembat ke?" Tanyanya namun tiada jawapan. Dia pun memberanikan diri untuk mendekatinya. Saat melihat wajahnya dia pun terkejut.

"Minjae!!" Ternyata, individu tersebut adalah orang yang sangat dikenalinya. Minjae tidak sedarkan diri dan seluruh tubuhnya basah kuyup.

"Minjae! Minjae! Bangun!!" Junmin menepuk-nepuk perlahan muka Minjae namun dia tetap tidak sedarkan diri. Junmin panik dia tak tau apa yang harus dia lakukan. Dia memeriksa nadi Minjae dan masih berdenyut. Dia kembali menepuk-nepuk wajah Minjae.

Minjae terbatuk-batuk dan mulutnya mengeluarkan air. Dia membuka matanya. Dia bangun perlahan-lahan dan memandang Junmin yang berasa di sebelahnya.

"Minjae?! Awak okay tak?! Kenapa jadi macam ni apa dah jadi?!" Tanyanya dengan risau. Minjae terduduk lemas. Dia sedang mengingat apa yang terjadi padanya.

"Awak sejuk ke?" Junmin melepaskan jaketnya dan memakaikannya pada Minjae.

"Tak apa jom saya bawak awak balik" Junmin hendak memegang tangan Minjae tapi ditepis perlahan olehnya. Minjae menggeleng kemudian dia berjalan pergi dari situ. Junmin masih terdiam di situ.

"Minjae... Sumin... Aku tak tau kenapa tapi aku rasa tak sedap hati dekat diorang berdua hari ni" Junmin kembali menaiki motornya dan pulang ke rumah.


To be continue

Silent Where stories live. Discover now