tiga🧸

9 4 0
                                    

Junmin dan Yujun masih setia menunggu Minjae untuk sedar dari pengsan. Merasa tiada tanda-tanda Minjae akan terjaga Yujun pun membuka suara.

"Dia ni macam tak nak bangun je, tak tidur ke semalam?" Kata Yujun sambil memandang Minjae. Junmin pun tertawa perlahan.

"Kau ni nama pun pengsan, bukan senang nak bangun" Yujun pun semakin merungut.

"Tapi aku ni dah bosan tunggu dia bangun, tak boleh ke kita tinggal je dia kat sini?" Junmin tersenyum dan menggeleng.

"Bukan apa, kalau kita tinggal dia kat sini agak bahaya sebab dah nak malam kesian dekat dia. Kalau kau nak balik dulu baliklah aku akan tunggu dia sampai bangun" katanya. Yujun menggeleng.

"Tak apa lah aku tunggu dengan kau" dan keduanya kembali diam. Beberapa minit kemudian, jari-jari tangan Minjae mulai bergerak sedikit demi sedikit. Yujun yang sedar pun mencuit bahu Junmin.

"Ehh tu macam nak bangun dah tu" mereka berdua menunggu sehingga Minjae membuka kedua matanya dengan perlahan dan benda pertama yang ia lihat adalah wajah Yujun dan seseorang yang seperti dia pernah lihat tapi dia tidak mengenali orang tersebut.

"Kamu oke?" Tanya Junmin pada Minjae. Minjae masih membeku di tempatnya. Dia sedang mengingat kenapa dia boleh berada di situ.

"Minjae?" Panggil Junmin lagi. Minjae melihat kearah Junmin kemudian bangun dan segera berdiri.

"Ehh Minjae jangan terburu-buru, kamu tu baru lepas pengsan" peringat Junmin tapi tidak Minjae hiraukan. Minjae terus pergi keluar dari bilik rehat tersebut.

"Kau tengok tu, sombong tak reti berterima kasih kita dah tolong" kata Yujun sambil menyilangkan kedua tangan di dadanya. Junmin masih melihat kearah pintu bilik rehat tersebut.

"Kenapa lah kau pergi tolong dia tu, geram pulak aku dengan dia. Patutnya kau biarkan saja si Sumin tu pukul dia" Junmin memandang Yujun yang sedang membebel sendirian.

"Mungkin dia tak terbiasa lagi, tak apa yang penting dia selamat. Dah jom balik dah malam ni" mereka berdua pun bergegas untuk pulang ke rumah masing-masing.

...

Setibanya Junmin di rumah, dia disambut dengan ibu bapanya yang sangat merisaukannya. Ibunya terus memeluk Junmin.

"Junmin! Kamu dari mana nak? Kenapa balik lambat? Ibu risau tau tak?" Kata sang ibu. Junmin pun tersenyum sambil memegang kedua tangan ibunya.

"Ibu jangan risau, Junmin tolong kawan Junmin pengsan ja tadi, kesian dia tu yang Junmin tolong" katanya. Ibunya yang mendengar pun menghela nafas lega.

"Nasib baiklah kamu tak apa-apa. Bagus anak mama tolong kawan-kawan. Kawan kamu macam mana oke ka?" Junmin mengangguk.

"Dia ok ibu, dia dah balik rumah kita tak perlu risau" ibunya pun mengangguk.

"Baguslah macam tu kamu naik atas pergi mandi ya lepastu turun makan malam" Junmin mengangguk dan segera menuju ke biliknya.

...

Junmin telah selesai membersihkan dirinya kemudian dia turun menuju ruang makan dimana ibu dan bapanya sudah menunggu di meja makan.

"Junmin sayang, mari duduk makan sama-sama" Junmin mendekat dan duduk di hadapan ibunya. Mereka mula makan makanan mereka dengan tenang.

"Junmin? Macam mana sekolah kamu hari ni? Oke?" Tanya ayahnya.

"Bagus ayah, Junmin dah ada kawan. Dia baik" jawab Junmin sambil mengunyah makanannya.

"Hahaha bagus lah macam tu" kata sang ibu. Kemudian Junmin terdiam.

"Ibu, ayah" panggilannya. Kedua orang tuanya pun menoleh ke arahnya.

"Kenapa Junmin?" Junmin terdiam lagi beberapa saat kemudian mula bercakap.

"Macam ni, kalau ibu dengan ayah ada kawan yang ada masalah, apa yang ibu dan ayah akan buat?" Kedua orang dewasa tersebut muka berfikir tentang pertanyaan anak tunggal mereka.

"Kita bantu dia lah, manatau kita dapat ringankan beban dia sikit. Kenapa? Kawan Junmin ada masalah ke?" Tanya sang ayah. Junmin menggeleng cepat.

"Tak ada pun cuma saja tanya" mereka berdua mengangguk. Mereka menghabiskan makan malam mereka. Kini Junmin berada di biliknya sedang memikirkan sesuatu.

"Macam mana ek? Apa aku nak buat? Aku pun tak berapa kenal diorang" Junmin berguling-guling di atas katilnya.

"Apa kata tak payah masuk campur urusan diorang? Tapi, kesian lah pulak. Aishhh stress" Junmin kembali berguling-guling di atas katil sehingga dia terjatuh ke atas lantai.

Dukk

"Adeh sakitnya" dia bangun dan kembali duduk di atas katil. Kemudian dia terfikir satu idea.

"Ha! Apa kata aku try dekat dengan Minjae. Aku korek sikit-sikit rahsia dia. Manatau boleh tau masalah dia?" Kemudian dia mengangguk dengan cadangannya sendiri.

"Kalau Sumin, dia susah sikit aku nak dekat sebab dia kasar and lagi satu dia tak sama kelas jadi susah sikit aku nak dekat dengan dia. Tak apa aku try cari kawan sekelas dia untuk korek rahsia. Nanti aku tanya Yujun" setelah selesai berfikir, Junmin memutuskan untuk tidur kerana sudah lewat malam. Esok dia harus ke sekolah dan memulakan rancangannya.

To be continue

Silent Where stories live. Discover now