empat belas🧸

18 2 4
                                    

Junmin dan Minjae sekarang berada di ruang tunggu di hadapan ruangan di mana Sumin dirawat. Junmin membawa Sumin ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Mereka berdua menunggu dengan cemas. Bagaimana kalau terjadi sesuatu pada Sumin? Saat sedang asyik melamun tiba-tiba seorang wanita menghampiri mereka berdua.

"Minjae" jerit wanita tersebut. Dia langsung memeluk tubuh Minjae.

"Minjae sayang kamu tak apa-apa?" Tanya wanita tersebut sambil memeriksa seluruh inci tubuh Minjae. Minjae menggelengkan kepalanya tanda dia tak apa-apa. Wanita itu ialah ibu Minjae dan Sumin, Minju. Semasa mereka tiba di hospital, Junmin langsung meminta nombor telefon ibu Minjae untuk memberitahu tentang keadaan kedua anaknya itu.

"Syukurlah kamu tak apa-apa. Jangan risau sayang, adik kamu pasti selamat, dia kan budak yang kuat" kata ibunya cuba menenangkan anaknya. Kemudian ibunya memandang kearah Junmin.

"Nak, kamu kawan Minjae ya?" Tanyanya pada Junmin dan Junmin pun mengangguk. Minju tersenyum kemudian menggenggam kedua tangan Junmin.

"Terima kasih sangat-sangat sebab dah tolong anak-anak aunty, aunty minta maaf sebab dah susahkan kamu. Tak apa bil hospital nanti aunty bayar ya" Junmin menggeleng.

"Tak apa aunty, semua dah beres tinggal tunggu Sumin sedar saja sekarang. Pasal bil apa semua saya dah settlekan aunty jangan risau" Minju membulatkan matanya. What?

"Apa? Nak jangan macam ni, aunty dah banyak susahkan kamu hari ni. Nanti aunty bayar balik ya? Aunty janji tapi bagi aunty masa. Ya?"

"Tak apa aunty, saya ikhlas buat semua ni demi kawan-kawan saya, aunty jangan risau apa-apa lagi dah. Aunty berdoa je banyak-banyak supaya Sumin cepat sembuh ya aunty? Jangan risau" tiba-tiba Minju mengeluarkan air matanya. Junmin pun menjadi panik.

"Aunty! Kenapa menangis ni? Saya ada buat aunty sedih ke? Kalau macam tu saya minta maaf aunty" kata Junmin dengan rasa bersalah. Minju menggeleng cepat kemudian memegang sebelah bahu Junmin.

"Tidak, tidak sayang. Kamu buat aunty terharu. Macam mana aunty boleh jumpa dengan orang sebaik kamu. Aunty beruntung sebab Minjae dan Sumin dapat kawan seperti kamu. Aunty dah tak perlu risau keadaan mereka di sekolah lagi" kata Minju.

"Tak apa aunty saya akan terus temani anak-anak aunty sehingga mereka berjaya" katanya.

"Baguslah macam tu. Ha nanti kamu datang makan dekat rumah aunty ya sebagai tanda terima kasih atas semuanya. Tolong, jangan tolak ya nak? Aunty mahu membalas budi kamu walaupun sedikit" pujuk Minju. Junmin terkekeh kemudian mengangguk.

"Baiklah aunty, nanti saya pergi. By the way aunty, boleh saya tanya sesuatu?" Minju mengangguk. "Tanyalah". Junmin melihat ke kiri dan ke kanan tiada sesiapa, hanya ada dia dan ibu Minju. Minjae tadi minta diri untuk pergi ke tandas.

"Sebenarnya, apa yang dah berlaku? Betul ke Minjae dan Sumin adik beradik? Kenapa di sekolah tiada siapa pun tahu pasal ni? Dan kenapa nama Sumin... Choi? Bukankah patutnya Kim?" Tanyanya. Minju tersenyum kemudian menjawab pertanyaan Junmin.

"Ya, Minjae dan Sumin memang adik beradik kandung. Masa kecil dulu, mereka berdua sangat rapat sampai orang ingat mereka berdua ni kembar padahal beza umur setahun saja. Tapi, selepas kematian seorang insan yang paling kami sayangi, sejak dari itu Sumin mula berubah. Dia mula menjadi anak yang nakal dan mula tidak menyukai abangnya. Semakin dia besar semakin dia kasar dengan abangnya. Sebenarnya Sumin tidak sudi untuk satu sekolah dengan Minjae tapi, disebabkan ekonomi keluarga kami tidak terlalu baik, aunty masukkan juga Sumin satu sekolah dengan Minjae"

"Puas aunty pujuk akhirnya Sumin faham dan menerimanya walaupun dengan hati yang tak rela. Walaupun satu sekolah dengan abangnya, tapi dia tidak ingin mengaku bahawa Minjae adalah abangnya. Disebabkan oleh itu, dia menukar nama keluarganya dari Kim menjadi Choi dan semua data peribadi tentangnya dia sembunyikan agar tiada siapa pun dapat tahu tentangnya. Sampai sekarang, tak ada siapa pun tahu dan tidak pernah ambil peduli. Kamu lah orang yang pertama mengetahui tentang ini"

Junmin agak sedikit terkejut dengan fakta yang baru diketahuinya, lagi. Dia tidak masih tidak menyangka bahawa Sumin merupakan adik kandung kepada Minjae. Patutlah setiap kali dia melihat mereka berdua, mereka berdua seakan-akan mempunyai suatu ikatan.

"Kalau boleh tahu, kenapa Sumin berubah? Kenapa dia tidak menyukai Minjae?"

"Itu kerana--" belum sempat Minju meneruskan kata-katanya, tiba-tiba dia melihat Sumin seperti bergerak-gerak dengan gelisah di dalam ruangannya dirawat. Tanpa membuang masa, Minju terus masuk ke dalam ruangan tersebut diikuti dengan Junmin di belakangnya. Minju terus memeluk anak bongsunya itu.

"Sumin... Kamu dah bangun nak? Kamu tak apa-apa? Kat mana yang sakit? Mari ibu tengok" badan Sumin masih lemah, dia terlalu lemas untuk sekadar menjawab soalan ibunya. Minju yang sedar Sumin tidak meresponnya pun menatap anak bongsunya.

"Sumin? Kenapa nak? Bagitahu ibu" raut wajah Minju tampak sangat risau. Dia menatap wajah anaknya yang sangat pucat. Minju hampir menangis melihat keadaan anaknya.

"A--air..." Satu kata keluar dari mulut Sumin. Minju awalnya bingung kemudian baru dia faham apa yang diminta oleh anaknya. Dia segera mengambil sebotol air mineral yang berada di atas meja sebelah katil Sumin dan memberikannya kepada Sumin.

Sumin langsung menegak air tersebut sehingga setengah kemudian dia memberikan semula botol air tersebut kepada ibunya. Minju membiarkan Sumin untuk mengambil nafas sejenak sehingga Sumin berasa benar-benar selesa.

"Kamu ok kan nak? Nak makan ke? Nak apa-apa?" Tanya Minju lagi tapi Sumin menggeleng. Dia awalnya ingin kembali baring tapi tindakannya terhenti apabila seseorang masuk ke dalam ruangannya. Mereka semua melihat kearah pintu tersebut dan mendapati Minjae yang baru sahaja masuk ke dalam ruangan tersebut.

"Minjae, sini nak... Mari tengok adik kamu ni baru sedar" panggil Minju sambil menepuk-nepuk kerusi di sebelahnya tapi Minjae masih diam di tempatnya berdiri.

"Kenapa nak? Sinilah. Kamu mesti rindu adik kamu" katanya lagi. Semasa Minjae hendak melangkah mendekat tiba-tiba sebuah suara menghentikannya.

"Kenapa dia kena ada kat sini?" Kata Sumin. Minjae yang awalnya hendak melangkah pun terhenti. Minju memandang anak bongsunya.

"Maksud kamu?"

"Kenapa budak cacat ni ada dekat sini? Aku tak sudi lah dia ada kat sini. Muak tau tak" katanya lagi. Minju memandang anaknya dengan raut wajah terkejut.

"Sumin! Kenapa cakap abang macam tu! Tak baik, abang dah banyak tolong Sumin. Kalau abang tak ada tak tau lah apa jadi kat Sumin sekarang" kata Minju pada Sumin. Sumin berdecih.

"Aku tak suruh pun dia tolong aku. Aku tak peduli lah apa jadi dekat aku pun... Kenapa mesti budak cacat ni yang tolong aku... Aku benci tau tak?! Aku benci budak ni!! Kenapa kau kena wujud dalam hidup aku hah?! Sampai mati pun aku takkan anggap kau abang aku" Minjae hanya dapat menundukkan kepalanya mendengar kata-kata menyakitkan dari adiknya. Minjae rasanya ingin menangis saat itu juga tapi dia berusaha menahannya.

"Maaf" Minjae terus keluar dari ruangan tersebut. Junmin yang melihat Minjae pergi pun segera mengikutinya.

To be continue

Silent Where stories live. Discover now