sembilan🧸

10 3 2
                                    

Tok tok tok

Seseorang mengetuk pintu ruangan majikannya. Setelah mendapat izin, dia terus masuk dan berdiri di hadapan meja majikannya.

"Bagaimana? Dah dapat apa-apa info?" Tanya sang majikan pada pekerjanya.

"Sebelumnya saya minta maaf tuan, kami masih belum dapat apa-apa info. Keluarga mereka sepertinya sangat tertutup. Kami dah cuba tapi agak susah. Maafkan kami tuan" lelaki tersebut membungkuk sambil meminta maaf pada majikannya. Sang majikan pun hanya mampu memicit kepalanya.

"Hahh tak apa, teruskan cari info pasal diorang. Pastikan kita dapat juga walaupun sedikit" lelaki tersebut mengangguk.

"Kami dah hantar beberapa orang untuk cari mereka. Tapi tak pasti berjaya atau tidak. Nanti saya akan panggilkan mereka ya tuan?" Sang majikan mengangguk.

"Baiklah, nanti suruh mereka datang ke sini, saya perlu sedikit berbincang dengan mereka. Kau boleh sambung kerja kau Seungmin" lelaki yang bernama Seungmin tersebut kembali membungkukkan badannya sedikit kemudian keluar dari ruangan tersebut.

Sang majikan pun kembali memicitkan kepalanya. Dia sedang memikirkan cara untuk mencari orang yang sudah lama dia cari sedari dulu.

"Haih... Susah betul" dia kemudian memandang sebuah bingkai gambar yang berada di atas meja kerjanya. Dia memandang gambar itu sambil menahan air matanya.

"Kau tunggu lah Mingyu, aku akan pastikan keluarga kau hancur, lebih teruk dari apa yang kau dah buat dekat keluarga aku. Aku takkan biarkan satu pun keturunan kau terlepas. Kesian keluarga kau, disebabkan dosa kau keluarga kau yang kena tanggung. Tak apa Mingyu aku akan pertemukan kau dengan diorang dekat neraka secepatnya" dia kemudian meletakkan kepalanya di atas meja sambil terisak sedikit. Dia teringat akan kisah silam yang manis dan juga pahit. Tiba-tiba seseorang masuk ke ruangannya tanpa izin.

"Sayang? Awak okay tak?" Tanya isterinya yang baru sahaja tiba di ruangan tersebut dan mendapati suaminya yang bersedih. Sang suami pun hanya menggelengkan kepala sambil tersenyum.

"Saya okay saja. Awak dah makan? Kalau belum jom pergi makan" sang isteri masih memandang suaminya.

"Jinyoung? Awak teringat itu lagi?" Jinyoung pun terdiam. Sooyoung pun mendekat dan memeluk suaminya.

"Sayang, benda yang dah lepas jangan dikenang lagi, nanti awak sedih dan boleh menjejaskan fokus awak" Jinyoung hanya tersenyum sambil membalas pelukan isterinya.

"Tak apa sayang, lagipun saya dah bertekad untuk membalas dendam" Sooyoung memandang suaminya tak percaya.

"Apa?! Balas dendam?! Awak jangan buat kerja gila, benda dah lepas awak kita ikhlaskan saja. Lagipun si pelaku pun dah tak ada" Jinyoung tertawa mendengar balasan isterinya. Kemudian dia menyandarkan tubuhnya di kerusinya.

"Ya memang si pelaku tu dah tak ada tapi, keluarganya kan masih ada, apa salahnya kita balas dekat mereka?" Sooyoung membulatkan matanya.

"Awak! Jangan buat kerja tak senonoh. Mereka semua tak berdosa jangan ganggu mereka. Biarkan lah mereka. Cukup awak dah bunuh ketua keluarga mereka jangan mereka!" Jinyoung makin menguatkan tawanya yang membuatkan Sooyoung sedikit kehairanan.

"Tak berdosa? Ya, menang mereka tak berdosa tapi walaubagaimanapun mereka tetap akan tanggung dosa suami dan ayah mereka sendiri. Mereka dah buat kita sengsara Sooyoung. Fikirkan lah. Mereka yang ganggu kita dulu. Ingat? Mereka juga yang buat awak sedih dan sakit selama berbulan-bulan. Saya tak kira, saya akan tetap balas dendam walau bagaimanapun caranya" Sooyoung sudah tidak dapat berkata apa-apa lagi. Suaminya terlalu keras kepala.

Sooyoung juga agak marah dengan mereka tapi dia sudah mengikhlaskannya. Dia tidak mahu berdendam. Itulah yang selalu ibunya pesan padanya. Suaminya ini sudah kehilangan akalnya. Dia sudah membunuh mingyu dan sekarang ingin menghancurkan keluarga mereka juga? Sebegitu besarkah rasa dendamnya terhadap mereka?

"Awak, baik awak fikir masak-masak dahulu, kita dah singkirkan si pelaku itu dah cukup, jangan awak ganggu orang yang tak berdosa" Jinyoung memandang Sooyoung dengan tatapan tidak suka.

"Sooyoung, awak sendiri tahu kan bagaimana diorang dah buat dekat kita? Biarkan saya yang uruskan semua ini, kalau awak tak mahu pun awak boleh diam dan jangan cuba halang saya atau awak dan Junmin sekali kena" Sooyoung sedikit marah dan berdiri.

"Awak! Jangan awak cuba buat apa-apa dekat Junmin ya. Dia anak saya kalau awak sentuh dia seinci pun saya takkan teragak-agak untuk laporkan pada polis" kata Sooyoung dengan marah. Jinyoung hanya terkekeh.

"Cubalah kalau berani" Sooyoung semakin geram. Dia sangat benci dengan sifat suaminya yang satu ini. Dia sangat menyayangi anak mereka satu-satunya iaitu Junmin tapi dalam masa yang sama, dia juga boleh melukakan Junmin jika dia sudah sangat tertekan dengan sesuatu yang dihadapinya. Kadang-kadang Sooyoung berfikir jika suaminya itu gila tapi juga tidak gila.:)

Tiba-tiba suara ketukan pintu terdengar dari luar, Jinyoung menyuruh mereka untuk masuk.

"Bagaimana Keonhee?" Tanyanya pada salah seorang dari mereka.

"Kami sudah mintanya dari dia tapi dia masih berdegil untuk memberikannya pada kami" kata keonhee.

"Dia masih berdegil? Kamu semua dah lakukan sesuatu padanya?" Tanyanya dan mereka semua mengangguk.

"Ya kami terpaksa gunakan sedikit kekerasan dan dia masih berdegil" Jinyoung tampak sedikit geram.

"Cih sama macam bapanya. Degil. Tak apa teruskan ganggu dia lagi sehingga dia mau berikan dia pada kita. Kamu boleh gunakan kekerasan tapi ingat, jangan sampai dia mati. Kalau dia mati kita tak dapat nak cari informasi tentang mereka lagi faham?" Mereka semua mengangguk kemudian pergi keluar dari ruangan tersebut meninggalkan sepasang suami isteri di dalam ruangan tersebut.

"Kau gila Jinyoung" Jinyoung memandang Sooyoung yang baru mengutuknya.

"Gila? Ya! Aku memang gila! Gila sebab aku dah kehilangan seorang yang aku sayang. Kau rasa benda yang sama kan? Kan?!" Kata Jinyoung dengan marah. Dia mengcengkam rahang Sooyoung dengan kuat yang membuatkan Sooyoung sedikit merintih kesakitan.

"Ya! Aku pun sedih tapi bukan macam ni caranya! Kita boleh gunakan cara lain untuk selesaikan masalah ni bukan dengan cara balas dendam Jinyoung!" Kata Sooyoung sambil berusaha melepaskan cengkaman Jinyoung di rahangnya. Jinyoung pun melepaskan cengkaman tersebut.

"Cih sudah lah. Kalau kau tak suka cara aku kau boleh blah aku ada banyak kerja lagi nak buat" Jinyoung kembali duduk di kerusi kerjanya. Sooyoung pun segera bangun dari tempat duduknya dan keluar dari ruangan tersebut.

Semasa dia keluar dia terserempak dengan Junmin yang sepertinya ingin masuk ke ruangan sang ayah.

"Junmin? Buat apa dekat sini?" Tanyanya pada Junmin.

"Tak ada saja nak tengok ayah" balasnya. Sooyoung pun segera menarik tangan Junmin.

"Junmin, mood ayah tak elok sikit sekarang dia banyak kerja. Dah jom pergi makan mesti kamu lapar kan? Nanti balik jumpa ayah ya?" Dia segera menarik tangan Junmin dan nasib baiklah Junmin menurut padanya. Dia tidak mahu Jinyoung melakukan sesuatu pada anak kesayangan ini.

To be continue

Silent Where stories live. Discover now