dua belas🧸

10 3 0
                                    

Di sebuah markas, terdapat beberapa orang lelaki sedang berkumpul di situ. Semasa sedang asyik berbual, tiba-tiba pintu markas terbuka dan menampilkan seorang lelaki yang sepertinya sekumpulan dengan mereka memasuki markas tersebut.

"Ha Leedo sampai pun kau. Mana kau pergi?" Tanya Xion selaku rakan termuda diantara mereka berlima. Leedo yang mendengar pertanyaan tersebut menjelingkan matanya.

"Heh korang ni kan kalau buat kerja tu boleh tak bagi clean sikit? Tau tak sikit lagi nak kantoi. Kalau dengan stranger tak apa ni orang yang paling kita kena hindari" marah Leedo pada rakan-rakan sekumpulannya.

"Hm kantoi dengan siapa?" Tanya Hwanwoong yang berada di kerusi paling hujung.

"Dengan anak boss kita gila" katanya membuatkan keempat-empat rakannya terkejut. What?

"Serius?! Lepas tu macam mana dia perasan tak?!" Tanya Hwanwoong lagi dengan raut wajah cemas.

"Tak dia tak sempat tengok lebih lanjut, nasib aku ada dekat situ kalau tidak habis kita kena pancung dengan boss. Aku tak nak mati lagi aku belum kahwin"

"Itulah tu kalau aku mati siapalah nak tolong jagakan ayam-ayam aku dekat belakang rumah tu" kata Xion dengan sedih sambil menatap gambar ayam-ayam kesayangannya.

"By the way mana korang letak dia?"

"Ada dekat dalam bilik hujung tu, asal?" Leedo menggeleng tiba-tiba pintu markas tersebut kembali terbuka menampilkan ketua mereka yang baru sahaja tiba di situ dengan pakaian formal. Sepertinya dia baru sahaja pulang dari bekerja.

"Mana dia?" Mereka yang faham pun segera menjawab.

"Ada di bilik hujung sana tuan" sahut Keonhee. Tanpa melengahkan masa, sang ketua terus pergi ke bilik yang dimaksudkan oleh anak-anak buahnya. Setelah dia membuka pintu bilik tersebut, dia mendapati seorang remaja yang sudah pengsan  sambil diikat di atas kerusi. Dia mendekati remaja tersebut dan memberikan sebuah tamparan pada wajah tampan tersebut. Remaja yang ditampar tadi terjaga kerana terkejut. Dia mendapati seseorang yang sangat dia hindari sedang berdiri tegak di hadapannya sekarang.

"Seronok tidur Choi Sumin?" Sumin tidak menjawab soalan tersebut. Dia sedang berusaha melepaskan diri daripada ikatan tersebut. Jinyoung yang melihat itu pun tertawa.

"Hahaha usaha yang sia-sia Sumin. Kau cuba lah lepaskan diri macam mana pun kau tetap tak akan terlepas selagi kau tak berikan apa aku mahukan" kata Jinyoung sambil tersenyum sinis. Sumin memandang wajah tersebut dengan jijik.

"Cih tak akan. Sampai aku mati pun aku tak akan bagi kemahuan sampah kau tu" mendengar itu, suara tawa Jinyoung semakin kuat.

"Yakin? Kalau kau mati pun dia tetap akan jatuh ke tangan aku walau bagaimana cara sekalipun" Sumin geram dia tetap terus mencuba melepaskan diri.

"Jangan kau sekali-kali pun sentuh dia! Dia tak ada kena mengena dengan kau! Hutang kau settle dengan aku jangan kacau orang lain!" Jinyoung tertawa lagi.

"Siapa kata dia tak ada hutang dengan aku? Dia ada hutang lebih berat dari ni Sumin. Kau tak akan faham"

"Hah?! Hutang apa?! Bagitau aku berapa juta, aku akan bayar semuanya tapi jangan ganggu dia!"

"Hahaha maaf Sumin tapi... Dia dengan bapa kau berhutang nyawa dengan aku jadi... Begitulah" Sumin terkejut bukan main. Hutang nyawa?! Bukankah dulu....

"Tidak! Kau dah ambil nyawa ayah aku dan sekarang dia?! Apa lagi yang kau tak puas lagi?!"

"Aku memang tak puas lagi. Aku nak ayah kau rasa macam mana aku rasa! Tapi hahaha ayah kau degil sama macam kau dan sekarang dia pergi dulu, tapi walaupun dia pergi dulu, niat aku untuk membuat dia rasa apa yang aku rasa tetap aku akan buat. Walaupun bukan dia yang rasa setidaknya korang yang rasa? Kan?" Sumin membulatkan kedua matanya. Tidak, ini tidak boleh terjadi.

"Kau.... Kau kejam" Jinyoung kembali tertawa dan kali ni lebih deras.

"Kejam? Kau kata aku kejam? hahahaha Ya aku memang kejam! Tapi kau tak sedar ke siapa yang lebih kejam dulu?! Siapa yang buat aku jadi kejam macam ni?! Hah?! Siapa yang kejam sekarang?!" Sumin terdiam. Dia teringat memori lamanya yang sangat pahit. Kalaulah masa boleh diulang semula....

"Maaf" kata Sumin dengan sangat perlahan hampir tidak dapat didengari.

"Aku ada hal, kau duduk lah sini sampai... Hm tengoklah dulu sampai bila aku nak tahan kau" setelah mengatakan itu, Jinyoung terus keluar dari bilik tersebut meninggalkan Sumin seorang diri yang masih terdiam.

Anak-anak buahnya yang melihatnya baru keluar dari bilik tersebut langsung berdiri dan membungkukkan badan kepada tuan mereka.

"Jaga dia, jangan sampai terlepas" kemudian Jinyoung pergi keluar dari markas tersebut.

...

Setibanya dia di rumah, dia mendapati anaknya sedang membaca komik di atas sofa. Jinyoung tersenyum dan menghampiri anak kesayangannya.

"Hai sayang" Junmin yang baru sedar ayahnya baru pulang pun segera bangun memeluk ayahnya.

"Bila ayah balik? Junmin tak perasan pun" katanya. Jinyoung tersenyum sambil membalas pelukan anaknya.

"Ayah baru je balik, memanglah kamu tak perasan sebab khusyuk sangat baca komik tu sampai ayah balik pun tak perasan" Junmin hanya tersengih pada ayahnya. Mereka berdua duduk di atas sofa.

Jinyoung memandang buku-buku Junmin yang berselerakan di atas meja tiba-tiba dia ternampak gambar seseorang yang berada di buku nota Junmin. Dia mengambil buku tersebut dan memandang gambar tersebut dengan serius.

"Junmin" panggilnya dan Junmin langsung menoleh.

"Siapa ni?" Tanyanya sambil menunjukkan gambar di dalam buku notanya.

"Ouh itu junior Junmin, Sumin" seketika Jinyoung dia membeku.

"Kenapa gambar dia ada dalam buku Junmin" tanyanya lagi.

"Ohh Junmin nak cuba berkawan dengan dia. Kesian dekat dia orang tak suka dia jadi Junmin nak jadi kawan yang baik untuk dia" jawabnya dengan ceria. Berbanding terbalik dengan ayahnya yang tak dapat berkata apa-apa. Jinyoung tiba-tiba bangun dan pergi dari situ. Junmin pun hairan dengan sikap ayahnya yang tiba-tiba berubah.

"Ayah kenapa?"

To be continue

...

A/N: HAHAHA asal chap ni macam pelik skit... Idk but.... Ntah lah... HAHAHA ntah.... Pape jelah 🗿🗿
Maap tetiba stress 🥰🙏🏻

Silent Where stories live. Discover now