Takdir menemukan kita. Takdir juga yang memisahkan kita. Benarlah kata orang bahawa setiap pertemuan, pasti ada perpisahan. Sama ada bersedia atau tidak sahaja. At the end of the day, we are alone. So, get used to it. Do not rely on people too much.Itulah pegangan hidup seorang Naura Azalea sekarang. Di saat dirinya dicemuh oleh manusia yang paling disayangi, hanya diri sendiri dan Allah sahaja yang mampu menjadi penguat semangat untuk meneruskan kehidupan. Tak apa lah. Dah orang tak sudi. Life goes on.
Dia masih ingat bait-bait kata yang dilontarkan oleh suaminya sebelum melangkah keluar dari rumah yang pernah menjadi saksi kebahagiaan mereka sepanjang perkahwinan. Haha. Betul ke bahagia?
"Please disappear. Aku tak nak tengok muka kau. Makin aku pandang, makin sakit hati aku sekarang ni. Aku menyesal kahwin dengan kau, Lea. Aku tahu selama ni aku selalu sibuk, jarang spend time masa bersama. Tapi aku tak sangka semasa ketiadaan aku kau sanggup curang belakang aku. Selama ni aku berkahwin dengan perempuan murah rupanya."
"Aku dah cakap banyak kali yang ini bukan salah aku. Tapi kau tak berganjak sedikit pun dengan pendirian kau dan terus menerus percaya yang aku buat benda terkutuk di belakang kau. Sekarang ni salah siapa?Aku pun tak hamak lah lelaki macam kau, Haidar. Kalau kau menyesal kahwin dengan aku, aku ni seribu kali ganda menyesal terima lamaran kau. Andai kebenaran terbongkar suatu hari nanti, aku harap kau takkan merayu melutut depan aku."
Terus hilang panggilan hormat terhadapnya.
Haidar membalas, "Tak. Aku takkan buat perkara yang bodoh macam tu. Bukti dah terang-terang ada depan mata, tak mungkin apa yang aku nampak ni salah."
Seusai suaminya mengungkapkan ayat itu, jejaka itu terus melangkah keluar dari rumah. Tertekan sangat gamaknya bila tengok muka si isteri yang curang ni. Terkilan? Sudah tentu.
Sepatutnya Azalea yang perlu kecewa kerana suaminya telah membiarkan dirinya menunggu selama berjam-jam di restoran semasa sambutan ulang tahun perkahwinan mereka. Tak pasti sama ada dia terlupa atau pun memang sengaja buat-buat lupa. Tapi yang pastinya, call nak dekat dua puluh kali, semua panggilan tak diangkat.
Puas menunggu kedatangan suaminya, Azalea memilih untuk balik dan berehat. Penat mental dan fizikal. Namun, sebaik sahaja dia tersedar dari lena, wajah bengis Haidar di muka pintu bilik menghiasi pandangannya dan di saat itu lah dia sedar yang bukan dirinya seorang saja terbaring di atas katil ini.
Sejak bila ada lelaki asing ini di sebelahnya? Macam mana lelaki ini boleh masuk sedangkan semua pintu sudah dikunci rapi. Segala jenis persoalan berlegar dibenak fikirannya saat itu.
Ketika akal fikirannya cuba untuk menghadam situasi yang sedang berlaku, Haidar menerpa ke arah lelaki tersebut lalu menumbuk muka lelaki itu bertubi-tubi. Lelaki itu hanya menerima tanpa membalas balik perbuatan Haidar terhadapnya. Setelah puas menumbuk wajah lelaki asing tersebut, Haidar menghalaunya keluar dari situ dan selepas itulah perbalahan antara mereka berlaku.
Kini perkara yang perlu Azalea buat adalah mencari Grab atau teksi. Tapi ada ke Grab waktu-waktu begini? Apabila dia mengerling waktu yang terpapar pada skrin telefon, jam sudah menganjak ke angka satu pagi. Tawakkal. InshaAllah urusannya dipermudahkan.
Dalam keadaan dirinya yang sedang terkial-kial berjalan sambil membawa sebuah bagasi besar dan menggalas sebuah backpack, tiba-tiba pandangannya disajikan dengan cahaya lampu dari arah kanan. Eh. Ketika itu baru dia sedar yang dia berada di tengah jalan dan bukan di tepi jalan. Belum sempat dia ingin mencerna situasi yang berlaku, terasa seperti tubuhnya melayang dirempuh oleh sebuah kenderaan.
Apa yang jadi selepas itu Azalea tidak pasti. Tetapi yang dia tahu, sebelum kesedarannya hanyut, ada seorang lelaki keluar dari kenderaan tersebut lalu mara ke arahnya. Mungkin inilah takdir hidup seorang Naura Azalea. Hidup sebatang kara, diabaikan oleh si suami, dituduh curang dan akhir sekali, mati kena langgar.
YOU ARE READING
NAURA
RomanceNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...