BAB 6

377 22 2
                                    




"Erm. Master, buat apa dekat meja saya ni? Ada apa-apa yang saya boleh bantu?" Tanya Naura.

Ikutkan hati, mahu saja dia berpatah balik ke tandas. Tetapi niatnya terus dibatalkan sebaik saja mata mereka saling bertembung. Takut obvious pula yang dia mahu melarikan diri. Kini, Naura tercegat di tepi kubikelnya. Kerusi dah ada orang kebas. Nak duduk di mana lagi? Berdiri macam patung aje lah jawabnya. Rakan sekerjanya yang lain masih belum tiba.

Tak cukup selesa ke kerusi empuk di bilik pejabat lelaki itu sampai kena menumpang dekat tempat orang? Ataupun bilik terasa hangat semacam? Hangat dengan dosa barangkali. Ingin saja dia menghalau, namun Naura sedar yang dia hanyalah seorang kuli. Level bawah tapak kaki je. Dah lah tadi dia baru saja buat kesalahan yang agak besar. Takut juga nak cari nahas lagi sekali. Tapi sejujurnya, dia tak rasa bersalah langsung.

Sebab apa?

Sebab bukan salah dia pun. Merpati dua sejoli tu yang sepatutnya rasa malu. Sekarang ni Naura cuba untuk berlagak seperti tiada apa-apa yang berlaku. Kalau dua makhluk tu bergaduh bukan salah dia. Sepatutnya mereka kena bersyukur sebab Allah dah menjentik hati Naura untuk masuk ke bilik pejabat Encik Kashaf tadi. Kalau tak, nauzubillahiminzalik. Tak boleh nak bayang perkara buruk yang bakal berlaku jika mereka terbabas.

Inilah sebab mengapa lelaki dan wanita yang bukan mahram tidak dibenarkan berdua-duaan di kawasan yang tertutup dan sunyi. Mesti akan ada makhluk yang ketiga. Mula-mula memang lah yakin yang masing-masing boleh mengawal diri. Namun, tatkala nafsu merajai diri, segala hukum-hakam boleh lenyap dari minda. Yang haram boleh jadi halal.

"Kau pergi mana tadi? Aku keluar dari bilik tak nampak pun batang hidung kau dekat sini. One more thing. Kau buat apa masuk dalam pejabat aku tadi, Lea? Dah lah tak ketuk pintu. Main redah je." Bertubi-tubi soalan yang diberikan oleh Haidar.

Dia memeluk tubuh sambil sebelah kaki disilangkan. Bebola matanya ditumpukan ke arah wajah Naura. Gaya macam baru lepas menangis. Tapi kenapa pula? Takkan lah sebab hal tadi kut. Kalau nak dibandingkan dengan sakit yang Haidar rasa semasa empat tahun yang lepas, sudah tentu ia mampu menandingi sakit yang dirasai oleh Naura sekarang. Itu pun, kalau wanita itu benar-benar terkesan.

Ya Allah...

Naura mencuba sedaya-upaya untuk mengawal reaksi wajahnya. Ingin saja dia menunjukkan riak wajah yang menjengkelkan saat ini. Ingatkan penting sangat hal yang mahu dibincangkan sampai kena mencemar duli duduk di kubikel chambee sendiri. Rupanya sebab tu je? Lagi satu, gemar benar lelaki itu memanggilnya dengan nama 'Lea'. Sudahlah panggilan itu dia dah cop untuk suaminya sahaja. Kena cari nama manja lain lah ni jawabnya.

"Saya ke tandas tadi. Tak tahu pula yang Master cari saya. Erm. Lagi satu, pasal yang tadi tu, sebenarnya saya dah ketuk pintu banyak kali dah. Tapi mungkin Master  tak dengar sebab syok sangat menyundal. Eh maksud saya, bermesra. Jadi, maafkan saya. Saya nak tanya pasal kerja je tadi. Tak sangka pula nampak pemandangan yang indah di pagi hari. Hehe." Naura sengih tidak bersalah. Kepala yang tidak gatal digaru.

Mata Haidar mengecil. Memang sengaja sindir ke? Berani betul minah ni. Semenjak hilang ingatan ni, mulut tu asyik menjawab je kerjanya. Memang effect dia berjangkit dekat mulut sekali ke macam mana?

"Kau perli aku ke?" Soal Haidar walaupun dia sendiri dah tahu jawapannya.

"Sikit."

Naura berkata sambil ibu jari dan jari telunjuk dirapatkan. Nak tunjuk yang dia perli sikit je. Tak banyak pun.

"Lain kali, just mind your own business. Tak perlu pun kau nak jadi ustazah tak berbayar kat sini. Tudung pun tak pakai. Ada hati nak tegur orang." Mata dijulingkan ke atas. Sassy.

NAURAWhere stories live. Discover now