"Grandma! Grandpa! Look at what we just bought!" Bingit suara Laura kedengaran sebaik saja kaki menjejak di atas lantai rumah keluarga Naura.Teruja sangat nak tunjuk hasil kikisan mereka. Banyak juga lah terbang duit Naura tadi. Haih. Nasib baik sayang. Kalau tak memang dia tinggal je budak dua ketul ni dekat shopping mall. Memang kena claim balik duit dekat Noah. Mujur bapak korang kaya.
Terperanjat Puan Inara dan Tuan Yusof yang sedang menonton televisyen di ruang tamu tatkala disergah oleh dua raksasa kecil. Manakala Naura melabuhkan punggung di atas sofa single berdekatan dengan orang tuanya. Lenguh kaki berjalan ke hulu-hilir. Nak dekat dua jam juga dia berjalan non-stop. Banyak betul tenaga budak dua ketul ni,
"Wow! Mesti banyak duit mummy Naura yang korang kikis ni. Kemain penuh beg kat tangan." Terhambur tawa Tuan Yusof.
"Habis lah. Ni mesti kena bebel dengan papa." Usik Puan Inara.
"Mummy yang nak beli. I dengan Laura minta je. Tak tahu pula dapat. So, it wasn't our fault." Kayla membela diri.
Mata Naura mengecil ke arah Kayla. Mulut tu memang menjawab je kerja. Dah lah mata duitan. Suka mengikis pula tu. Ikut perangai siapalah agaknya. Nak kata anak angkat, sudah tentu tidak. Haha. Lagipun anak angkat yang sebenarnya adalah Naura. Laura dan Kayla memang pure keturunan Puan Inara dan Tuan Yusof.
"Kecil-kecil dah pandai menjawab. Nanti besar takda orang nak baru tahu sebab banyak sangat cakap. Asyik you je betul. Orang lain salah." Naura mencubit perlahan pipi mereka.
"Memang la kitorang selalu betul. Kitorang kan perempuan. Papa selalu kata girls are always right." Tutur Laura dengan mata yang dibesarkan. Geram pula tengok mata bulat dia tu.
"Tengok tu mummy, daddy! Abang Noah bagi makan apa lah agaknya sampai jadi banyak cakap macam ni." Adu Naura. Kening diurut perlahan.
Dua budak ketot tu sedang duduk bersila di tengah-tengah ruang tamu. Ingin unboxing satu persatu barangan yang dibeli oleh mereka tadi. Naura dan orang tuanya yang berada di atas sofa hanya memerhatikan gelagat dua kanak-kanak itu. Tak jadi nak menonton televisyen dibuatnya.
"Biarlah dia. Kanak-kanak nak membesar. Elok lah tu bercakap. Kalau senyap boleh bikin risau juga." Puan Inara tersenyum nipis.
Tuan Yusof di sebelah hanya ketawa kecil. Persamaan yang Naura dapat lihat pada Noah dan Tuan Yusof adalah mereka amat murah dengan senyuman. Patutlah wanita senang terpikat. Senyum pun dah boleh buat orang cair. Satu lagi. Mereka kurang bercakap. Kalau di dalam rumah ni hanya suara Puan Inara dan Naura saja lah yang sering kedengaran.
Tuan Yusof suka menjadi pendengar setia sahaja. Setiap kali Puan Inara bercerita pun lelaki itu hanya menatap wajah isterinya tanpa mengeluarkan sebarang perkataan. Kadang-kadang angguk. Tak pun senyum. Puan Inara pula memang selalu banyak tea. Dah sah-sah stok cerita takkan pernah habis.
"Grandma, grandpa! Tahu tak tadi kitorang jumpa dengan pakcik pelik!" Ujar Kayla serius dengan bibir dimuncungkan.
Eh budak bertuah ni. Tak habis-habis lagi dengan pakcik pelik dia tu. Kesian Haidar. Tak pasal-pasal panggilan "pakcik pelik" tu melekat dekat mulut budak ni.
"Pakcik pelik? Ada orang ganggu kamu ke tadi Naura?" Soal Puan Inara dengan riak wajah risau.
Mana tak risau nya apabila kes jenayah yang melibatkan wanita kian meningkat dari semasa ke semasa. Kesian jadi perempuan. Hidup pun tak tenang. Disebabkan kegagalan masyarakat dalam mendidik anak lelaki, perempuan pula yang kena tempias. Padahal perkara sebegini dapat dielakkan jika anak lelaki diberikan didikan yang tepat. Bukan asyik menuding jari terhadap kaum wanita sahaja tatkala kejadian yang tidak diingini berlaku.
Masyarakat sering berpesan kepada kaum wanita supaya berhati-hati ketika berada di luar rumah. Tetapi jarang mereka tekankan tentang tanggungjawab untuk mendidik anak lelaki supaya mereka dapat mengawal emosi dan bertindak menggunakan akal fikiran. Bukan bertindak melulu mengikut hawa nafsu.
Tidak berniat untuk memukul rata bahawa penjenayah hanya tergolong dalam kalangan kaum lelaki sahaja. Wanita juga tidak terkecuali. Namun sekadar ingin menekankan tentang situasi yang sering dihadapi oleh wanita setiap kali ingin keluar sendirian tanpa peneman. Rasa seperti diancam.
"Takda la mummy. Tadi terserempak dengan Encik Kashaf. Pastu Kayla perasan dia duk perhati je kami tadi masa dekat mall. Sebab tu budak ketot ni panggil Encik Kashaf tu pakcik pelik." Jelas Naura.
Puan Inara dan Tuan Yusof ketawa lepas. Ada-ada jela budak bertuah ni.
"Lepas tu tegur tak dia?" Soal Puan Inara setelah tawanya reda. Kepala disandarkan pada bahu Tuan Yusof.
"Mestilah tegur. Nak buat-buat tak nampak macam obvious lah pula sebab tadi dah ter-eye contact. Lagipun masa tu dia tengah tunggu girlfriend dia rasanya. "
"Girlfriend?" Puan Inara menyoal.
"Haah. Cik Amelia yang Naura cerita tu. Girlfriend dia lah tu. Asyik berkepit je dua orang tu. Dah macam laki bini pula. Kadang-kadang sakit juga la mata bila tengok." Ujar Naura dengan nada yang mendatar.
"Jealous ke?" Tuan Yusof mengusik.
Puan Inara ketawa nakal.
"Takda maknanya. Kalau Naura bagi mummy dengan daddy tengok pun mesti esok tu juga kena pergi kedai spek sebab nak tambah power." Nafi Naura sekerasnya. Wajahnya berkerut. Ingin menunjukkan yang dia tidak terkesan langsung.
Euw. Memang tak lah nak cemburu. Tunggu Naura tumbuh janggut pun belum tentu.
"Mana lah tahu. Hari-hari jumpa takkan lah tak rasa jantung berdebar ke apa. Encik Kashaf tu pun Naura kata dia hensem kan? Ha, padanlah tu dengan Naura. Sama cantik sama padan." Puan Inara pula ambil tugas mengusik Naura.
Tiba-tiba rasa panas pula pipi Naura.
"Mummy, dia dah ada girlfriend tau. Tak baik menyondol. Kang tak pasal-pasal muka anak mummy yang cantik lagi jelita ni viral dekat twitter." Naura mengecilkan mata.
"Takpe, sondol lelaki yang dah disondol takda masalah."
"Hah?" Keliru Naura dibuatnya.
"You guys! Look at this."
Perbualan mereka terganggu tatkala Kayla bersuara. Pandangan dialihkan serta-merta ke arah dua budak ketot itu.
"Cantik tak I pakai handbag ni?" soal Laura sambil berjalan mengelilingi sofa dengan handbag yang digalas pada bahu. Kayla turut melakukan perkara yang sama.
Tengah berangan jadi model ke tu dik?
"Cantik sangat! Wow, nanti besar boleh jadi model!" Ujar Puan Inara ceria.
Untung dapat nenek yang supportive. Tak jemu melayan kerenah dua cucunya yang hyper tu.
Laura dan Kayla menyelak rambut ke belakang. Senyuman tidak lekang dari bibir. Suka lah tu kena puji. Naura mempamerkan riak pasrah. Penat dah dia mahu melayan. Nak tidur.
"Laura, Kayla. Mummy naik dulu tau. Penat layan korang yang nakal ni. Mummy nak rehat pula." Pinta Naura dengan nada yang lembut.
"Aip, aip captain!" Laura dan Kayla berkata semangat sambil tangan tabik hormat kepada Naura.
Tbc...
Please don't forget to vote and comment! Thanks for your support😍
![](https://img.wattpad.com/cover/371603704-288-k333402.jpg)
YOU ARE READING
NAURA
RomanceNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...