BAB 10

438 26 0
                                    




Ding. Dong.

Kedengaran loceng di rumah Haidar berbunyi. Makhluk Allah mana pula yang datang tu?

Ding. Dong.

Sekali lagi bunyi loceng kedengaran.

Kerja membasuh pinggan tergendala seketika. Maklumlah, bila dah jadi bujang tipu-tipu ni semua benda kena uruskan sendiri. Orang tua Haidar dah banyak kali berpesan supaya dia hire pembantu rumah. Mudah sikit kerja. Namun cadangan itu sering ditolak. Tak mengapalah. Lagipun dia masih lagi bertenaga untuk melakukan semua kerja rumah. Tak rasa terbeban pun.

Kaki menapak ke luar rumah. Ingin melihat siapakah gerangan yang berani mengganggu ketenteramannya pada hujung minggu begini. Haih. Orang nak rehat, dia sibuk nak melawat. Namun, alangkah terkejutnya apabila dia mendapati tiada sesiapa pun di hadapan pagar rumahnya. Bayang manusia pun tidak kelihatan. Aik. Takkan dia salah dengar kut?

Dia rasa betul dah tadi yang berbunyi tu loceng rumahnya, bukan jiran sebelah. Tapi mengapa tiada orang? Lagipun dia mana ada order barangan online. Jadi sudah tentu gerangan yang menekan loceng rumahnya tadi bukan abang courier. Kepala berpaling ke kiri dan kanan.

Manalah tahu kut-kut Aidan sengaja mahu main sorok-sorok. Namun hampa. Tiada kelibat manusia pun di situ. Ketika Haidar ingin melangkah masuk semula ke dalam rumah, matanya tertancap pada sampul besar berwarna coklat muda yang terselit di bawah pagar rumahnya. Tanpa berfikir panjang, Haidar mencapai sampul tersebut lalu melangkah masuk ke dalam rumah. Gerun juga berdiri di luar rumah lama-lama. Risau jika ada yang memerhati.

Usai melabuhkan duduk di atas sofa, Haidar membuka sampul coklat tersebut. Ingin melihat isi kandungan di dalamnya.

"Apa benda pula ni?" Wajahnya berkerut.

Sangkanya isi sampul itu berbentuk helaian kertas. Namun ternyata sangkaannya meleset. Terdapat beberapa keping gambar di dalam sampul tersebut. Terbuntang mata Haidar apabila dia melihat gambar yang terpapar adalah gambar susuk tubuh Naura dari belakang. Satu persatu gambar dibelek. Kesemuanya gambar Naura bersendirian di tempat awam. Lebih aneh apabila Naura kelihatan seperti sedang menunggu kedatangan seseorang di situ. Siapa? Lelaki yang curang dengan wanita itu ke?

Bagaimana gambar-gambar ni boleh sampai di hadapan rumahnya?

Tiba-tiba terlintas sesuatu di dalam fikiran Haidar. Dia baru teringat akan kewujudan kamera litar tertutup di sekeliling kawasan rumahnya. Semuanya angkara perbuatan Naura pada empat tahun yang lepas. Trauma Haidar dibuatnya sampai dia kena pasang kamera litar tertutup sebab tak ingin pisang berbuah dua kali. Kalau jadi apa-apa senang. Bukti berbentuk video sudah sedia ada. Tak perlu susah payah mencari.

Haidar membuka laptop. Ingin melihat rakaman cctv pada waktu loceng rumahnya berbunyi.

"Found it!"  Gumam Haidar.

Susuk tubuh lelaki berpakaian serba hitam kelihatan di dalam rakaman tersebut. Tetapi tidak dapat dikenal pasti wajah dan identiti lelaki itu kerana dia memakai topi dan pelitup muka.

Aduh. Dah jadi satu hal pula kena mencari identiti lelaki misteri itu. Namun buat masa ini Haidar memutuskan untuk tidak terlalu mengambil serius tentang penghantar misteri itu. Lagipun ini bukan pertama kali dia menerima 'pesanan' yang aneh sebegini.

Secara tiba-tiba raut wajah Naura terlintas dalam mindanya. Wanita yang pernah dicintainya dahulu. Dan mungkin mereka juga saling mencintai antara satu sama lain. Namun nak buat macam mana? Dalam dunia ni tiada perkara yang kekal. Hati manusia pula sifatnya berbolak-balik. Hari ini mungkin kata cinta, esok mungkin berubah kepada benci. Wanita itu turut tidak terkecuali. Di depan Haidar bukan main lagi berlagak suci, tapi di belakang nauzubillahiminzalik.

Masih segar dalam ingatan Haidar detik-detik isterinya ditangkap berdua-duaan bersama seorang lelaki di dalam bilik tidur mereka. Dia yang penat dan baru saja balik dari kerja dihidangkan dengan pemandangan yang cukup indah. Sampai tak terungkap keindahannya. Isteri sendiri tidur bersama dengan lelaki lain di atas katil mereka. Siapa je yang tak naik gila? Memang dia bantai cukup-cukup lelaki itu di situ.

Wanita itu pula sengaja buat-buat bingung. Cuba untuk meraih simpati Haidar. Namun apakan daya. Perasaan dikhianati mampu mengaburkan pemikiran Haidar untuk berfikir dengan akal yang waras. Isterinya dihina sepuas hati. Curang itu pilihan. Bukan kesilapan. Menyesal dia kutip wanita itu dulu dari rumah anak yatim. Itu yang terlintas di dalam benaknya pada saat itu.

Haidar memejamkan mata.

Dengan kemunculan wanita itu secara tiba-tiba semula makin menambahkan luka di hati. Dia pun keliru dengan tindakan yang patut dilakukan. Mahu saja dia teruskan dengan penceraian. Namun wanita itu hilang ingatan. Tidak mahu mengambil risiko yang memburukkan lagi keadaan. Ingatan tak boleh dipaksa. Tapi sampai bila dia kena tunggu Naura ingat semula? Perlu tunggu lagi empat tahun ke?

Haidar pun takut akan dosa yang perlu ditanggung olehnya. Sudahlah Naura sedang menjalinkan hubungan dengan Noah sekarang ni. Perlu ke dia bersemuka dengan Noah dan berterus terang akan status Naura yang sebenar?

Haih.

Banyak betul masalah. Belum campur lagi dengan Amelia yang berterusan cuba untuk memikat hatinya. Ingin saja ditolak secara terang-terangan, tapi Haidar tak sampai hati. Lagipun mereka bukan kenal lama sangat pun. Haidar pun tak sangka yang Naura akan muncul semula dengan memori yang hilang. Kalau tak, mungkin dia akan pertimbangkan keputusan untuk menerima Amelia sebaik saja dia dan Naura bercerai.

Meskipun Haidar tidak mempunyai sebarang perasaan cinta dan sayang terhadap Amelia. Dia boleh mencuba. Cinta boleh dipupuk, kan?

Tetapi bila difikirkan balik, tiada masalah jika Haidar ingin meneruskan hubungan dengan Amelia. Lelaki kan boleh kahwin empat. Boleh saja dia jadikan Amelia sebagai isteri kedua. Cuma Haidar memilih untuk tidak melakukan sedemikian. Sebab dia rasa tiada beza pun dirinya dengan Naura jika dia turut berlaku curang. Bagi Haidar, curang adalah kesalahan yang paling sukar untuk dimaafkan dalam sesuatu hubungan. Once a cheater, always a cheater. Jangan pernah bagi muka kalau tak ingin sengsara buat kali kedua.







Tbc..

Short chapter for today. Kalau ada yang tak kena bagitau tau. Otak tengah tido masa tulis ni haahagah

Please don't forget to vote and comment! Thanks for your support💗

NAURAWhere stories live. Discover now