"Mummy. Jom main makeover! Lama dah I dengan Kayla tak main makeup dengan you.""Betul tu! Mummy, you sit there. Kayla and Laura will be your stylist for today." Arah si comel itu sambil jari ditunjukkan ke arah kerusi di hadapan meja solek.
Inilah dua ketul diva yang dia kata haritu. Laura Jasmine dan Nurin Mikayla. Tak padan dengan umur empat tahun. Pengaruh bapak agaknya. Maklumlah, bapak sendiri tokey kosmetik. Dah sah-sah alat solek penuh di rumah. Siapa lagi yang mahu guna kalau bukan dua ketul anak daranya itu?
Ingin diberikan kepada isteri sendiri, namun sudah tentu niat Noah terhalang dari awal lagi kerana wanita itu telah pun pergi menghadap ilahi selepas melahirkan puteri mereka. Kini, tinggallah Noah dan dua permata hatinya.
Secara tidak langsung Naura menjadi figura seorang ibu buat mereka berdua. Namun ini tidak membawa maksud yang Noah culas dalam melaksanakan tanggungjawabnya sekaligus sebagai seorang bapa dan juga ibu. Kayla dan Laura masih dijaga rapi oleh lelaki itu memandangkan tempoh masa mereka dibawah jagaannya lebih banyak berbanding Naura. Dah macam divorced parents pula gayanya. Padahal Naura hanya ibu saudara angkat mereka sahaja.
Bagaimana pula Naura boleh bertemu dengan keluarga angkatnya?
Sebenarnya lelaki yang tidak sengaja melanggarnya pada empat tahun lalu ialah Noah Mikael. Lelaki itu serta merta membawanya ke hospital selepas melihat keadaan Naura yang berlumuran dengan darah. Mahu saja dia menghubungi keluarga wanita itu namun Noah tidak dapat membuat sedemikian kerana telefon Naura mempunyai passcode. Jadi, Noah putuskan untuk menghubungi kedua-dua ibu bapanya sahaja.
Noah juga perasan akan sesuatu yang aneh pada wanita itu. Gaya Naura macam baru lepas melarikan diri dari rumah. Tapi kenapa? Ingin saja dia membuat spekulasi sendiri namun niatnya dibatalkan. Tak baik berprasangka buruk terhadap orang lain.
"Mummy, why are you mengelamun? Kitorang dari tadi lagi tunggu you." si kecil Laura bersuara. Pipi dikembungkan. Ingat comel lah tu.
Naura tersedar dari lamunan.
"Yes, dear. I'm sorry. Mummy teringat cerita lama pula." Naura sengih tidak bersalah. Punggung dilabuhkan di atas kerusi meja solek.
Dua budak ketot mengambil tempat di sebelah kiri dan kanan Naura. Tangan kecil memegang berus makeup. Wah. Memang dah fully prepared.
"You dah pakai skincare ke? Kena prep dulu muka you before nak pakai makeup." Tanya Kayla. Gaya dah macam MUA profesional.
"Dah, sayang." Naura menayangkan muka pasrah.
Laura dan Kayla memulakan tugas mereka. Naura berdoa dalam hati semoga rupanya tak bertukar menjadi badut. Dah lah plan nak keluar selepas ni. Memang from head to toe Naura kena ikut cita rasa dua budak ketot tu. Kalau tak, mahu bergegar rumah ni dengan tangisan mereka. Tak pasal-pasal Naura yang kena bebel dengan Puan Inara.
"Done!" Ujar Kayla gembira.
Lega Naura mendengar perkataan itu setelah hampir sejam dia menadah mukanya di hadapan dua diva kecil itu. Hampir sejam juga dia tidak dibenarkan untuk bergerak walau seinci pun. Bila gerak sikit mesti dua budak tu membebel. Haih. Sabar jelah. Nasib baik hasil tangan mereka kelihatan cantik saja. Tak nampak macam pennywise.
"Wow mummy! You're so pwetty like me!" Masuk bakul angkat sendiri si Laura ni.
"Ya, I tahu. I memang cantik pun. Kalau tak, tak jadilah mummy you."
"Aik. Tapi papa cakap tak baik pilih wupa bila nak berkawan dengan orang. So, that means papa tipu la sebab you cakap kena jadi cantik dulu bawu boleh jadi mummy kitorang. Mesti papa pun pilih wupa jugak." Ujar Laura dengan riak wajah yang kehairanan.
YOU ARE READING
NAURA
RomanceNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...