Ya. Betul lah tu. Naura dah menangis sekarang."Dosa apa yang aku dah buat sampai kena seksa macam ni?"
Teresak-esak Naura menangis di dalam kereta. Kepala dihantukkan berkali-kali ke stereng. Biar pecah terus. Apa susah, kalau mati, tanam. Tak payah datang kerja.
Baru seminggu bekerja di bawah Encik Kashaf dia dah rasa semput. Memang non stop kerja yang lelaki itu berikan kepadanya.
"Tolong check isi document ni betul ke tak"
Tak sampai sejam...
"Susun kertas ni. Make sure ikut turutan. Tadi aku tersalah campur."
'Kertas' yang dia suruh susun pula setebal kamus dewan. Tak ke menangis Naura. Check document pun baru setengah jalan.
Usai menyiapkan tugasan bergunung-gunung yang diberikan oleh Encik Kashaf, sedar-sedar dah pukul 6 petang. Naura terus bangun dan menyerahkan segala dokumen kepada jejaka itu.
Malas nak cakap banyak. Dah siap, terus balik. Lelaki itu pun mengangguk saja tanpa mengeluarkan sepatah kata. Jadi lebih baik dia larikan diri dulu sebelum kena buat kerja bertimbun lagi.
Sekarang ni, Naura sedang menangis di tempat letak kereta firma guaman tersebut. Ingin melepaskan lelah dahulu baru boleh memulakan perjalanan. Kalau tak memang kena berhenti tepi jalan dulu lah jawabnya.
Dalam keadaan dirinya yang sedang hanyut dalam tangisan, tiba-tiba Naura terdengar bunyi ketukan pada tingkap keretanya.
Tok. Tok.
Kepala masih melekat pada stereng. Takut pula nak berpaling ke tepi. Sekarang dah senja pula tu. Kereta pun tinggal dua tiga buah sahaja. Kang kalau pandang tepi nampak pocong, esok confirm dia tak datang kerja. Naura masih mengeraskan tubuh.
Tiba-tiba dia tersedar sesuatu. Eh. Tapi, kalau tak datang kerja lagi tenang hidup. Tak payah hadap Encik Kashaf esok. Kurang sikit masalah.
Lamunan wanita itu terhenti apabila bunyi ketukan semakin laju dan kuat. Macam nak pecah dibuatnya tingkap kereta Naura.
Naura mendengus. Kut ye pun nak marah sebab dia tak layan, jangan la mengamuk macam tu. Kereta ni mahal tau. Encik pocong ni pun. Tak considerate langsung. Tahu lah hidup takde commitment. Kerja nak kacau orang aje.
Dengan perasaan yang geram, Naura mengangkat kepala dari stereng lalu berpaling ke tepi.
"ARGH!"
Tak sangka pula 'encik pocong' yang mengetuk tingkapnya tadi adalah Encik Kashaf. Mahu gugur jantung Naura dibuatnya. Sejujurnya, Encik Kashaf lagi seram daripada hantu. Dia lebih rela nampak pocong daripada wajah kacak jejaka itu.
Err. Dalam mengutuk tu sempat lagi ya memuji, Naura Azalea?
Tapi Encik Kashaf memang kacak pun. Cuma perangai aje tak semenggah.
Naura menurunkan tingkap keretanya.
"Ya, Master. Nak bagi kerja apa lagi dekat saya?" Tanya Naura dengan sopan.
Haha. Sopan lah sangat. Sedaya-upaya dia cuba untuk mengukirkan senyuman ikhlas buat jejaka itu.
"Kau perli aku ke apa ni?" Soal Haidar dengan sebelah kening diangkat. Jejaka itu memeluk tubuh.
"Astaghfirullahalazim. Bukan saya yang cakap, Master yang cakap. Tak baik tau bersangka buruk. Saya ni baik hati orangnya." Balas Naura dengan jari telunjuk ditudingkan di hadapan muka Haidar.
YOU ARE READING
NAURA
RomanceNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...