Ding. Dong."Naura, tolong buka pintu. Aunty Haura dah sampai tu." Arah Puan Inara.
Makanan sudah siap dihidangkan di atas meja. Fuh. Banyak juga lauk yang Puan Inara masak. Tak silap Naura tetamu yang datang malam ni tak sampai lima orang pun. Tapi gaya dah macam nak buat kenduri kesyukuran. Kaki Naura menapak ke arah pintu utama rumah.
Apabila pintu rumah dibuka, susuk tubuh seorang wanita bertudung sebaya ibunya dan seorang lelaki muda menghiasi pandangan matanya. Butang pagar rumah ditekan.
"Haura, masuklah!"
Puan Inara muncul dari belakang Naura. Tersenyum lebar ibunya sebaik saja mata bertentang dengan sahabat lamanya itu. Maklumlah, rumah ini pun dah lama tidak menerima kedatangan tetamu. Mestilah teruja.
"Assalamualaikum, Inara. Thanks jemput aku datang."
Puan Inara dan Puan Haura saling bersalaman dan berpelukan. Naura turut menghulurkan tangan untuk bersalaman. Kalau tak salam memang Puan Inara cubitlah. Huluran tangan Naura disambut oleh Puan Haura bersama senyuman lebar.
"Lea, kau buat apa kat sini?"
Sunyi. Semua yang ada disitu bingung seketika.
Soalan yang diajukan oleh lelaki itu dah sah-sah ditujukan kepada Naura. Riak wajahnya kelihatan hairan dan keliru.
"Err. Korang berdua pernah jumpa ke?"
Suara Puan Inara memecahkan suasana janggal antara mereka.
"Tak pernah"
"Dia isteri kawan Hud."
Serentak mereka berdua menjawab.
Ketiga-tiga wanita itu tercengang selepas mendengar jawapan yang keluar dari bibir Hud.
Sejak bila pula Naura jadi bini orang?
"Saya rasa awak salah orang ni. Tak peliklah sebab muka saya ni dalam kalangan muka awam sikit. Mungkin awak keliru saya dengan orang lain." Naura tersengih.
Hud mengecilkan matanya sambil kepala ditelengkan ke kanan. Sukar untuk dia percaya kerana wajah wanita di hadapannya ini sebijik dengan wajah isteri Haidar.
"Oh, yea I think you're right. Lagipun pelanduk dua serupa is a thing isn't it?" Hud mengangguk kecil. Walaupun masih ragu-ragu namun dia hanya mengeyakan saja.
"Anak kau ke ni, Inara? Cantiknya. Boleh buat menantu." Soal Puan Haura dengan nada canggung.
Memang canggunglah sebab anak sendiri tanya soalan pelik.
Segan pula Naura dibuatnya. Sudahlah anak lelaki wanita itu berdiri di hadapannya. Mata lelaki itu dari tadi tak berkelip memandang wajahnya. Seolah-olah sedang menganalisis sesuatu. Haih. Takkan tak puas hati lagi mamat ni.
"Ya, anak bongsu aku. Naura Azalea." Jawab Puan Inara tenang.
Hud semakin yakin dengan telahannya. Nama pun sama. Mustahil mereka orang yang berbeza. Namun dia memilih untuk senyap. Takut juga bila ibunya menjeling dengan ekor mata yang tajam sejak dia membuka mulut menanyakan soalan tadi. Ini mesti balik rumah nanti kena sepit ketam.
"Oh, ini lah yang kau kata peguam tu?"
"Eh, belum jadi peguam lagi. Baru chambering." Naura menyampuk.
"Masih belum berpunya ke?"
Aduh. Ni dah kenapa masuk bab cintan-cintun pula. Tak minat betullah. Namun Naura hanya menjawab,

YOU ARE READING
NAURA
RomanceNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...