"Assalamualaikum."Kedengaran suara Noah memberi salam sebaik saja kaki melangkah masuk ke dalam rumah keluarganya. Contohilah Noah. Dah masuk rumah baru bagi salam.
"Papa dah balik!"
Laura dan Kayla yang sedang bermain di ruang tamu laju menerpa ke arah bapa mereka. Kaki automatik berlari sebaik saja mendengar suara lelaki itu. Gaya macam tak jumpa sebulan. Noah mendepakan tangan dan merendahkan sedikit badan. Bersedia untuk menyambut pelukan dua anak daranya. Naura hanya menjadi pemerhati sesi 'reunion' tiga beranak itu sambil tersenyum.
"How was your weekend?" Soal Noah kepada anak-anaknya. Pelukan dilepaskan.
"Boring. Mummy buli kitorang." Jawab Laura perlahan.
Namun masih boleh didengari oleh Naura. Terbuntang mata wanita itu. Pandai-pandai je budak ni kata kita buli dia.
"Haip! Kecil-kecil dan pandai fitnah orang. Siapa ajar? Mummy suruh awak kemas mainan je tau. Mana ada buli." Naura membela diri.
"Fitnah tu apa?" Polos Kayla bertanya.
Naura dan Noah menepuk dahi. Lelaki itu tertawa perlahan.
"Fitnah tu macam yang Laura cakap tadi. Laura kata mummy buli you berdua padahal mummy tak buli pun. Itu namanya fitnah. You cakap benda yang tak betul pasal mummy. Lain kali jangan buat tau. Papa tak pernah ajar you tuduh orang macam tu. Tak baik." Lembut saja Noah menasihati mereka berdua.
Laura dan Kayla tak berkelip memandang bapa mereka. Kepala mengangguk perlahan tanda faham akan nasihat itu. Entah betul ke tidak. Jangan masuk telinga kanan keluar telinga kiri sudah.
"Ha, dengar tu. Kalau buat lagi, nanti mummy cubit." Tegas Naura sambil jari membuat gaya cubitan. Mata menjegil ke arah dua beradik itu.
"Sorry mummy. I tak janji tak buat lagi." Ujar Laura dengan bibir memuncung.
Terhambur tawa Noah selepas mendengar 'permohonan maaf' Laura tadi. Budak bertuah ni. Orang kata jangan buat dah, boleh pula dia cakap 'tak janji'.
Mata Naura mengecil. Nasib baik comel budak ni. Kalau tak, dah lama dia lenyek buat cekodok.
"Naura, mana mummy dengan daddy? Tak nampak batang hidung pun dari tadi." Soal Noah sesudah tawanya reda.
"Diorang pergi supermarket kejap. Nak beli barang sikit. Noah nak bermalam kat sini ke malam ni?"
"Hajatnya begitulah. Sebab saya dari airport terus ke sini. Tak larat pula nak balik kondo dulu. Lagipun esok cuti." Jelas Noah. Punggung dilabuhkan di atas sofa.
"Memang lah cuti. Awak tu bos. Nak cuti bila-bila pun boleh." Naura mencebik bibir.
Noah tertawa kecil. Seketika matanya tertancap pada Laura dan Kayla yang sedang bermain di tengah ruang tamu.
"Nanti habis chambering kerja lah dekat company saya. Saya dah prepare siap-siap jawatan kosong untuk Naura. Jangan cakap abang Noah tak payung. Nak cuti sebulan pun boleh." Senyuman nakal dilemparkan buat Naura.
"Tak baik tau macam tu. Patutlah zaman sekarang ni ramai yang kata kalau nak senang dapat kerja kena usaha, tawakal dan cable. Naura tak nak special treatment. Kena layan sama rata. Kesian staff dapat majikan pilih kasih." Terselit gurauan dalam ayat Naura.
"Eh, mana ada. Saya bagi sebab you deserve it. We're family, Naura. Tak salah pun kalau nak tolong. Lagipun bukannya awak takda qualification. Itu pun belum tentu awak terima offer saya. Manalah tahu kalau-kalau orang tu nak stay dengan Encik Kashaf je lepas ni."
Naura menjulingkan mata ke atas. Tak habis-habis dengan Encik Kashaf. Kelmarin dah terserempak dengan lelaki tu. Sekali dengan pakej usikan oleh Puan Inara pula selepas pulang dari shopping mall. Harini si Noah pula sebut nama dia. Kesian lelaki itu. Mesti dah banyak kali tersedak.
"Eh, Noah dah lama ke sampai?"
Perbualan antara Naura dan Noah terhenti apabila kedengaran suara Puan Inara menyampuk. Baru pulang dari supermarket. Tuan Yusof berdiri di sebelah Puan Inara sambil tangan menjinjit beberapa beg plastik. Mak aih. Banyaknya beli barang. Nak buat kenduri ke apa ni?
"Baru je sampai tadi. Bukan main banyak plastik kat tangan daddy. Stok untuk setahun ke tu?" Soal Noah dengan nada mengusik.
"Malam ni ada tetamu nak datang. Kena lah masak special." Jelas Puan Inara.
Dahi Naura berkerut.
"Aik. Kenapa Naura tak tahu pun?" Soal Naura hairan.
"Mummy lupa nak bagitahu. Mummy ada jemput kawan lama mummy dinner sekali malam ni. Nak eratkan hubungan silaturahim lah katakan. Haritu terserempak dekat butik. Dia ada anak lelaki sorang. Helok!" Sempat lagi Puan Inara memuji anak teruna orang.
"Mummy, elok-elok sikit ya. Orang sebelah dah jeling tu." Usik Naura.
Puan Inara mengalihkan pandangan ke arah Tuan Yusof.
"Jangan risau. Isteri awak ni tak minat lelaki muda." Ujar Puan Inara kepada suaminya di sebelah.
Noah ketawa mengekek. Puan Inara kalau tak bergurau tak sah. Nasib baik Tuan Yusof cool orangnya.
"Noah dengan Naura tengok-tengokkan jelah budak dua ketul tu. Biar mummy dengan daddy berperang dekat dapur." Pesan Puan Inara sebelum kaki menapak ke arah dapur.
Sudah menjadi rutin orang tua mereka menyediakan makanan bersama-sama di dapur. Kadang-kadang Naura join sekali. Tapi jadi tukang kacau sajalah.
"Baiklah. Anakmu yang menurut perintah. Noah kalau nak rehat pergilah naik atas dulu. Laura dan Kayla biar Naura yang jaga."
Tbc.
A very short chapter. Sekarang idea agak kering hehe. Sorry sebab tak dapat update hari-hari. Kalau ada yang merapu pls suarakan pendapat anda. Niat nak buat sampai 30 chapter gitu je. Tapi kita tengok lah nanti macam mana.
And don't forget to vote and comment! Thanks for your support✨

ANDA SEDANG MEMBACA
NAURA
RomansaNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...