Satu je yang Naura nak cakap.Dia menyesal ikut.
Tak tahulah kenapa. Tapi sakit pula matanya bila melihat merpati dua sejoli ni berkepit dari tadi. Siap main suap-suap bagai. Cumanya Amelia jelah yang nampak beria. Haidar macam biasa, muka macam tiada perasaan. Stoic.
Mereka berdua saling duduk bersebelahan manakala Naura duduk berhadapan dengan Haidar. Dia pun tak pasti motif lelaki itu mengajaknya untuk makan sekali. Mungkin betullah apa yang dia kata tadi. Jadi pencegah maksiat.
Mahu saja Naura cucuk mata lelaki itu dengan garfu. Namun dia menahan diri. Nasib baik dapat makan free. Kalau tak, memang dia blah dah dari tadi. Buat tambah dosa je mengutuk orang dalam hati.
"Kash, you ingat tak dato' yang datang haritu? The one yang nak pindahkan hak milik tanah dia dekat his ex wife?" Amelia mengajukan persoalan kepada Haidar.
Hilang sudah rajuk Amelia tadi. Bagaimana dia boleh terpujuk? Sudah tentu Haidar mengumpannya dengan shopping. Lelaki itu mempelawanya untuk membeli-belah bersama-sama pada hujung minggu ini. Siapa je tak teruja bila crush sendiri ajak dating? Ingin saja dia buat lompat kijang tadi sebab terlampau excited. Walaupun dia sudah sedia maklum yang Haidar ialah suami orang, tapi dia tidak kisah langsung. Lagipun dia ada dengar cerita yang isteri lelaki itu lari dari rumah empat tahun yang lalu. Jadi, tiada masalah jika dia ingin mendekati Haidar. Lelaki itu pun bakal menjadi duda nanti. So, dia tidak dikira sebagai penyondol.
Cumanya, dia rasa macam nak meletus je sekarang. Kenapa parasite ni kena ikut sekali? Dah lah wanita itu punca mereka bergaduh pagi tadi. Mahu saja dia melepaskan amarahnya terhadap wanita itu. Namun dia harus bersikap profesional. Buat malu je bergaduh disebabkan lelaki.
"Yea, ingat. Dato' Nuh, kan? Kenapa?" Haidar menjengkitkan sebelah keningnya.
Naura memasang telinga mendengar perbualan mereka berdua. Namun tangan, mulut dan mata masih tertumpu ke arah spaghetti bolognese di hadapannya. Tak mahu nampak obvious sangat yang dia turut tertarik untuk mendengar perbualan mereka.
"Dia ada bagitau I yang dia nak kita selesaikan pindah milik tanah tu secepat mungkin. Gaya dia masa cakap dengan I nampak macam terdesak sangat. You ada dengar apa-apa tak pasal dato' tu? Manalah tahu kalau dia tengah sakit ke sekarang ni. That's why kalut sangat." Duga Amelia.
Ekor mata Haidar menjeling ke arah Naura.
"Tak pernah dengar lah pula. Lagipun dato' tu tak nampak macam orang sakit pun. I think there must be another reason why dia nak benda tu cepat siap. Tapi nak buat macam mana. Dia baru datang minggu lepas. Ambil masa juga nak boleh siap pun. Bukan kes dia sorang je yang kita kena handle. Faham-fahamlah." Ujar Haidar.
Apa? Ingat dengan pangkat 'dato' tu semua orang kena ikut kehendak dia ke?
"I know, right. But I sebenarnya rasa macam pelik sikit lah bila dia nak bagi tanah tu dekat his ex wife. Bukan ke dia dah bercerai 20 tahun lebih? Kenapa sekarang baru nak bagi? Lagipun setahu I, dia mana ada anak dengan bekas isteri dia tu. Kalau ada, I takda lah rasa pelik sangat. Tapi, biarlah. I malas nak fikir pasal hal rumah tangga orang. Rumah tangga sendiri pun tak nampak bayang lagi."
"Tahu pun." Sakat Haidar.
"You tu yang sombong sangat. Banyak kali dah I bagi hint, tapi you buat-buat tak nampak. Kesian I. Kang tak pasal-pasal jadi andartu." Luah Amelia dengan nada yang manja.
Naura mencebik. Tapi bukan dalam hati. Yucks. Cair tahi telinga dibuatnya.
Tanpa dia sedar, Haidar setia memerhati tingkah lakunya. Lelaki itu ketawa jahat dalam hati selepas melihat reaksi wanita itu.

ANDA SEDANG MEMBACA
NAURA
Storie d'amoreNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...