BAB 2

616 35 2
                                    







"Mummy, I got to go. Lambat sangat dah ni. Adoi. Dah lah harini first day." Ini semua salah alarm. Tak, salah diri sendiri sebenarnya. Siapa suruh tidur lepas subuh. Padan muka, kan dah terlajak tidur. Patutlah Rasulullah tak galakkan tidur selepas subuh.

"Ya Allah, budak bertuah ni. Nah, ambil bekal ni. Nasib baik mummy prepare awal-awal dah." Mangkuk tingkat yang berisi ikan keli berlada dan nasi putih bertukar tangan. Jangan tanya mana sayur sebab dia tak makan.

"Thanks mummy. Bye, Naura pergi dulu." Usai mengucapkan selamat tinggal, lekas-lekas dia keluar dari rumah lalu menuju ke arah Belle. Who's Belle? Her car.

Sebelum memulakan perjalanan, Naura membaca bismillah. Semoga tak kena marah sebab sampai lambat.






 Hari ini memang Naura bernasib malang betul ya

Alamak! Gambar ini tidak mengikut garis panduan kandungan kami. Untuk meneruskan penerbitan, sila buang atau muat naik gambar lain.







Hari ini memang Naura bernasib malang betul ya. Bermula dengan bangun lambat, stuck dekat traffic light, lepas itu terlupa jalan nak pergi ke firm pula. Nasib baik ada Google Maps. Kalau tidak memang tak sampai ke sudahlah ceritanya. Sekarang dah pukul 9.00 pagi. Sepatutnya dia terpacak di sini pukul 8.00 pagi tadi. Fuh. Lewat sejam.

Tak sempat nak tilik muka sendiri, Naura terus memecut keluar dari kereta lalu meluru masuk ke arah pintu firma guaman tersebut. Ah, lantaklah orang nak kata apa. Dia memang tak kisah dah ni pasal penampilan diri masa-masa begini. Yang dia tahu, dia kena sampai cepat aje. Rambut pun entah-entah dah macam kak Limah sekarang ni sebab lari laju sangat.

Alright, sekarang kena cari pintu yang ada nama Kashaf Haidar bin Iskandar. Supervisor atau Master Naura sepanjang menjalani latihan chambering di sini. Sejujurnya, pertama kali dia mendengar nama itu diarasa sesuatu. Tetapi bukanlah rasa denyut jantung berdebar. Cumanya rasa macam pernah dengar nama itu sebelum ini tapi kurang pasti di mana.

Setelah penat berlari, akhirnya jumpa juga bilik yang pintunya tertera sebaris nama itu. Namun Naura tidak terus terjah masuk ke dalam. Seharusnya baca doa dulu dan bersedia mental serta fizikal kalau-kalau masa masuk tu kena tengking. Dengan lafaz bismillah, dia mengetuk pintu.

Tok. Tok.

Tiada yang menyahut. Takpe, kita cuba lagi sekali.

Tok.Tok.

"What are you doing here?"

"MUMMY!"

Terkejut bukan kepalang Naura apabila dia terdengar suara asing yang datang dari arah belakang. Automatik kepalanya turut berpusing sekali ke arah suara itu. Ingin melihat siapakah gerangan yang menyergah tanpa salam tadi.

Sebaik saja kepala ditolehkan ke belakang, Naura terpegun. Mak aih. Putera raja dari alam mana ni? Helok betul kejadiannya. Badan tegap macam Theo James, hidung mancung, tinggi, memang the definition of perfection.

Cuma reaksi wajah jejaka itu saja yang membuatkan Naura rasa aneh sedikit. Gaya macam baru lepas nampak hantu. Eh, kejap. Rambut dia kusut sangat ke sekarang ni sampai lelaki kacak ni tak boleh beza Naura dengan pontianak? Tangannya terus bergerak merapikan rambut yang mungkin kelihatan seperti kak ponti sesat.

"Kau buat apa datang sini?"

Lelaki kacak itu membuka mulutnya sekali lagi. Kali ini dia menyoal Naura dengan soalan yang sama, namun dalam terjemahan bahasa Melayu.

'Apa? Dia ingat aku tak faham English ke? Aku ni graduate undang-undang kot.' getus hatinya.

Matanya masih lagi menganalisis Naura dari atas bawah. Wanita itu pun turut mengalihkan pandangan ke arah pakaian sendiri. Manalah tahu kalau dia tersalah pakai kasut lain sebelah. Maklumlah, kalut sangat tadi. Tapi tiada apa-apa yang pelik pun ditubuhnya. Ataupun lelaki ini sebenarnya...

"Pervert! Baik kau pergi sekarang sebelum aku jerit."

Naura menutup kedua-dua biji mata lelaki itu dengan telapak tangannya.

Agak sukar jugalah nak menjengket sebab tingginya paras bahu lelaki itu sahaja. Sekarang ni Naura betul-betul takut. Sudahlah kawasan sekitar ini tiada orang yang lalu lalang. Supervisor yang dekat dalam bilik tu takkan tak dengar suara orang menjerit tadi? Ke dia buat-buat tak dengar? Tch. Men will always be men. Disappointing.

Lelaki kacak ini mencuba sedaya-upaya untuk menepis tangan yang menghalang pandangannya. Lagi dia menolak, lagi kuat Naura tekan. Sekali dengan belakang kepala dia Naura tolak ke depan supaya pegangannya makin kemas. Ambik kau! Siapa suruh gatal sangat tilik anak dara orang.

"Lepaslah, perempuan gila! Aku tak nampak ni."

Tengking jejaka kacak itu di hadapan muka cantik Naura. Nasib baik mulut bau mint, kalau bau longkang boleh pengsan rasanya. Dah lah jarak muka mereka lebih kurang dua inci sahaja.

"Don't do anything to me kalau kau nak aku lepaskan kau. Aku reti silat tau. Jangan main-main dengan aku. Boleh masuk wad kau kejap lagi kalau kau berani buat benda pelik-pelik."

Usai mengucapkan ayat itu, Naura melepaskan pegangannya dari wajah jejaka kacak tersebut.

Berapa kali tak tahu nak ulang perkataan 'kacak' itu.

Wajah lelaki asing itu kelihatan merah. Eh, jap. Naura rasa tadi dia tutup mata aje, bukan hidung. Dah kenapa muka merah menyala macam baru lepas tahan nafas lima minit?

"Kau kenapa Azalea? Empat tahun kau hilang tanpa jejak, sekarang ni kau muncul balik. Dah lah menyakitkan hati. Memang hidup tu tak boleh ke kalau tak menyusahkan orang?"

Hah? Dia ni kenapa? Emo betul lelaki ni. One more thing. Macam mana dia tahu nama aku?

"Mr. Pervy, I think you just mistaken me with someone else."

Tarik nafas, hembus.

Lalu Naura menyambung, "I am super late right now so I have no time to argue with you. Aku nak masuk dalam. Supervisor aku dah tunggu kedatangan aku dari tadi lagi."

"Who's your so-called supervisor?" jejaka itu bertanya.

"Encik Kashaf."

"The Kashaf guy is me. I'm Kashaf Haidar."

Tubuh Naura serta merta mengeras. Hilang terus kosa kata yang ingin keluar dari bibirnya.






Please vote and comment🫶🏻 and thanks for reading!

NAURATempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang