"Haidar, look at this. Lea dapat dean's list! Esok jom celebrate? Lea prepare dah semua benda. Tinggal nak pergi sana je." Ujar Azalea dengan nada ceria.Saja dia ingin mengganggu suaminya di bilik kerja. Lama sangat bertapa dalam tu. Gaya macam dah lupa yang diri sendiri tu ada bini.
"Congrats, sayang. Ha, iya. Esok kita celebrate sekali." Balas Haidar tanpa memandang wajah Azalea. Matanya tertumpu pada timbunan kertas di atas meja.
Dia menyambung kerja yang tergendala tanpa menghiraukan isterinya disisi. Azalea rasa macam tunggul lah pula.
"Itu je ke respon awak? Takde hadiah ke untuk Lea? Penat tau Lea belajar sambil jadi suri rumah." Soal Azalea sambil menggoncang lengan suaminya perlahan.
Haidar mendecit.
"Boleh tepi tak? Saya dah cakap tahniah kan tadi? Tak nampak ke saya tengah buat kerja ni? Ish. Serabut betul lah!" Bentak Haidar dengan suara yang meninggi.
Tersentak Azalea dengan reaksi suaminya. Pegangannya serta merta dilepaskan. Mengganggu sangat ke dia ni? Sampai macam tu sekali kena tengking.
Itulah. Siapa suruh kacau orang tengah buat kerja. Padan muka kena marah. Haha.
Memang sejak kecil lagi orang selalu serabut dengan kehadiran Azalea. Dilayan macam sampah. Tapi tak mengapa. Bukan salah mereka. Dia yang tiba-tiba lahir ke dunia ini tanpa dipinta. Kecil-kecil tak mati, besar-besar jadi beban. Tak pelik lah bila ibu bapa sendiri pun membuangnya di rumah anak yatim.
"Maaf sebab buat awak serabut. Lea masuk bilik dulu ya. Mengantuk lah pula."
Haidar serta merta tersedar akan keterlanjuran katanya. Tak sempat dia ingin menahan Azalea, wanita itu sudah pun hilang dari pandangan. Nanti-nantilah dia pujuk. Tengah stres ni. Diri sendiri pun tak terpujuk, inikan pula mahu memujuk orang lain.
Keesokan harinya...Tiga puluh minit.
Sejam.
Dua jam.
Susuk tubuh Haidar masih belum kelihatan. Lelaki itu sendiri yang kata bahawa dia dapat datang hari ni. Tapi mana dia?
Pesanan whatsapp juga masih belum dibaca. Masih double tick. Seketika, Azalea mengeluh. Pekerja di restoran mewah itu sudah memandangnya dengan riak simpati. Mana tak simpatinya, Azalea beria-ria berdandan macam Cinderella, alih-alih kena sidai. Makanan di atas meja pun dah beku.
Ya lah, sudah lebih dua jam dia menunggu. Steak pun dah bertukar menjadi lempeng. Haha. Okay. Tak kelakar langsung. Azalea mencuba sedaya-upaya untuk menahan tangisan daripada terhambur.
Sebenarnya hari ini merupakan ulang tahun kelahirannya. Sengaja dia ingin menduga Haidar sama ada lelaki itu ingat ataupun tidak dengan mengatakan yang dia ingin menyambut keputusannya yang cemerlang. Namun, dia sendiri yang kecewa dengan tindakan sendiri.
YOU ARE READING
NAURA
RomanceNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...