Empat tahun kemudian...
"Hoi! Mengelamun!" Mati lamunan Haidar apabila disergah dari belakang. Nasib baik dia tak minum air sekarang, kalau tidak, mahu tersedak dibuatnya.
"Kau ni memang tak reti nak bagi salam ke? Kita ni orang Islam, ada adab bila berjumpa dengan orang. Nasib baik aku takde penyakit jantung. Ini kalau aku hilang nyawa tadi memang aku jadi hantu kacau kau malam-malam."
Aidan menghenyakkan punggungnya di atas kerusi berhadapan dengan Haidar. Kini mereka berada di restoran. Tch. Acah betul mamat melayu jawa ni. Kemain ajak lepak dekat restoran makanan Itali, padahal kedai mamak pun ada.
"Alamak kau ni pun. It wasn't even that deep. Baru lepas hilang bini ke kau ni? Serious aje memanjang."
Tersedar dengan keterlanjuran katanya dan reaksi Haidar yang terkaku itu, lalu dia menyambung, "Ops! Lupa. Bini betul-betul hilang. Kesian abang lawyer kita ni. Itulah, masa ada tak nak hargai, bila hilang baru menyesal. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata tak boleh gostan balik dah. Tsk.Tsk. Macam mana lah kau boleh jadi lawyer. Masalah orang lain boleh pula kau selesaikan, tapi masalah sendiri tak reti nak fikir panjang jalan penyelesaiannya."
Memang sepanjang empat tahun ni, itu aje la yang keluar dari mulut rakannya setiap kali topik mengenai Azalea muncul. Nak tarik balik kata-kata dan cacian yang telah dilemparkan kepada wanita sudah tentu terlambat. Haha. Lagipun seorang Kashaf Haidar tak berniat mahu membuat sedemikian. Dah memang fakta yang wanita itu curang. Dia pun sudah hilang dari radar sejak pergaduhan besar empat tahun yang lalu.
Biasanya kalau dalam novel, sebelum watak utama melarikan diri pasti ditinggalkan surat di atas meja atau di tempat tersembunyi. Konon-konon nak bagi pesanan terakhir. Tapi tidak bagi Azalea. Jangan kata surat, semua barangan peribadinya terus lesap diangkutnya sekali semasa melarikan diri. Eh. Terlupa. Dia tertinggal kad kahwin mereka di dalam laci bilik. Malu agaknya nak mengaku yang diri sendiri sudah bersuami. Manalah tahu kalau-kalau wanita itu ikut scandal terbang ke overseas.
Sejujurnya, Haidar masih kecewa atas kecurangan isterinya dahulu. Marah? Mungkin masih tersisa dalam 20 peratus. Selebihnya, dia rasa terkilan. Si suami punyalah bersusah payah mencari rezeki demi sesuap nasi buat mereka berdua, tetapi wanita itu memilih untuk berlaku curang. Tak cukupkah wang yang diberikan kepadanya setiap bulan?
Barangkali inilah kekurangan bila berkahwin dengan pasangan yang agak jauh jarak umurnya. Haidar sudah bekerja manakala Azalea masih belum habis degree ketika itu.
"Dah dua kali kau mengelamun ni kak Shaf oi. Makanan aku dah sampai kau still mengelamun buat macam aku tak wujud. I sedih tau you buat dekat I macam ni. Kata datang sini nak borak, ni aku tengok kau dari tadi lagi jauh termenung. Sampai mana dah tu? Jerman? Korea? Alang-alang tu bawak aku sekali. Nak juga aku merasa pergi travel free."
Sekali lagi lamunan Haidar terhenti apabila suara jembalang ni menyentuh halwa telinganya. Dia membalas, "Biasalah umur dah makin meningkat ni, banyak masalah nak kena fikir. Bukan macam kau. Kerja asyik nak menganjing aku aje."
"Kau tu sedar diri sikit eh. Kalau aku takde nak teman kau ni, memang hidup kau depressed je memanjang. Dah la lonely, tak reti bersyukur pula tu." jembalang ni membidas.
Belum sempat Haidar ingin membuka mulut, Aiden terlebih dahulu bertanya, "Ha, kerja kau sekarang macam mana? Dengar cerita orang tu dah ada firm sendiri sekarang. Makin masyuk la kawan aku lepas ni."
"Alhamdulillah. Rezeki Allah nak bagi. At least tak sia-sia lah penat lelah aku selama ni. Diuji dengan kehilangan isteri, Allah gantikan dengan kejayaan aku sekarang ni."
Sejak kehilangan jejak Azalea, sifat workaholic yang sedia ada semakin bertambah. Kalau boleh nak buat office tu jadi bilik tidur sendiri. Kadang tu seminggu tak balik rumah. Kalau balik pun sekadar nak ambil baju untuk disalin sahaja.
"Tak lah. Masalahnya sekarang ni, confirm ke yang isteri kau tu curang? Kau memang takde niat nak siasat lagi mendalam ke Cik Kiah? Kata lawyer. Benda macam ni biasanya celah gigi kau aje kan."
"Bukan aku tak siasat, aku siasat dah pun. Tapi nak buat macam mana, dah memang salah dia. Gali lah sampai sedalam-dalam lautan pun kalau dah ternyata yang dia tu curang then it is what it is. Tak boleh nak defend dah."
Pada pandangan orang lain mungkin mereka nampak yang Haidar ni bodoh kerana mudah sangat terpedaya tanpa menyiasat kesahihan perkara yang berlaku di depan matanya. Tetapi sebenarnya dia sudah pun mencuba sehabis baik untuk mencari kebenaran di sebalik apa yang berlaku pada malam itu. Malangnya, semua maklumat yang diperolehi memang terbukti bahawa Azalea bermain kayu tiga di belakangnya.
"Yelah. Kau aje lah yang betul. Tapi andai kata yang Azalea tak curang, aku harap kau tak gigit jari lah nanti kak Shaf."
"Takkan. Nanti kalau aku jumpa dia memang aku nak proceed dengan cerai. Aku rela jadi duda sampai tua daripada kena hadap perempuan macam dia."
"Okay, we'll see." balas Aidan.
Please vote and comment🫶🏻
I'm quite busy right now so update slow sikit ye and if there's anything to improve do tell me ya
![](https://img.wattpad.com/cover/371603704-288-k333402.jpg)
YOU ARE READING
NAURA
RomanceNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...