"The Kashaf guy is me. I'm Kashaf Haidar."Riak wajah wanita di hadapannya kini kelihatan tergamam. Kut ye pun terkejut, mulut tu tak perlu pun ikut terkejut sekali. Dah macam Venus Flytrap nak makan serangga pula gayanya.
Haidar perasan akan sesuatu yang aneh. Sewaktu wanita itu memalingkan wajahnya buat pertama kali, dia terpaku. Bukan kerana terpegun akan kecantikan seraut wajah itu, namun lebih kepada terperanjat.
Sudah lah sebelum ditegur oleh Haidar wanita itu kelihatan seperti sedang membaca jampi di hadapan pintu pejabatnya. Akibat risau yang melanda, dia terus menerpa ke arah wanita itu. Tak sangka pula dia mendapat kejutan sebaik sahaja mata mereka bertentang.
Pelbagai persoalan yang sedang berlegar di dalam benak fikirannya.
Mengapa wanita itu tiba-tiba muncul selepas empat tahun menghilangkan diri? Lagi satu, mengapa wanita itu berlagak seperti tidak mengenali dirinya langsung? Ataupun wanita di hadapannya ini memang bukan Naura Azalea yang dia kenal?
Luka yang lama kembali berdarah selepas wajah wanita itu menghiasi kornea matanya. Cop. Bukan menghiasi. Tetapi mencemari kornea matanya.
Amarah yang terkubur kini kembali menggunung. Haidar cuba untuk memujuk hatinya sendiri supaya tidak berdendam. Namun apakan daya, dia juga seorang manusia yang tidak terkira cacat celanya.
"Master! Saya minta maaf sangat-sangat. Sumpah demi Allah saya tak tahu yang Encik ni Master saya. Tolong jangan berdendam dengan saya. Saya ni tak kuat orangnya." rayu Naura sambil menundukkan kepalanya.
Mengaku akan salah dirinya kerana telah bersikap kurang ajar terhadap penyelianya. Tak sampai sejam dekat situ dah buat hal. Memang hidup seorang Naura ni penuh dengan disaster.
"Masuk bilik aku sekarang." ujar Haidar tanpa mempedulikan permohonan maaf daripada Naura.
Si Naura pula dah sah-sah rasa macam nak terkucil. Sudahlah lelaki itu ignore aje dia. Rasa macam tengah cakap dengan tiang pula. Dengan lafaz bismillah, Naura melangkah masuk ke dalam pejabat Haidar.
Sebaik sahaja kaki dijejak di atas lantai bilik pejabat itu, Naura dapat merasakan aura yang tidak pernah dirasai olehnya sebelum ini. Aura nak ke tandas mungkin. Sebab sekarang ni tinggal mereka berdua sahaja di ruangan yang tertutup itu.
Gerun juga dia bila memikirkan kemungkinan perkara buruk yang bakal berlaku apabila wanita dan lelaki yang bukan mahram berdua-duaan di tempat yang sunyi.
Sudahlah dia baru sahaja mencetuskan amarah lelaki itu. Tidak mahu bersangka buruk, tetapi lelaki tetap lelaki. Lebih berbahaya daripada beruang.
It's okay, Naura. Allah ada dengan kau.
Haidar menyemak semula fail yang berisi dokumen peribadi Naura. Silap dia juga kerana sebelum ini dia tidak pernah terdetik pun untuk melihat isi kandungan dokumen tersebut dengan lebih teliti.
Selepas menilik satu persatu maklumat, dia bersuara, "What happened to you? You're Naura Azalea binti Mohd Nuh. But why do you seem so clueless? Is this part of your game?"
Err. Apa yang Naura kena jawab sekarang ni? Dia pun tak berapa nak faham akan soalan yang diajukan oleh lelaki itu.
"Ya, Master. Saya Naura Azalea binti Mohd Nuh. Kalau Encik Haidar nak tahu lebih pasal saya, agak sukar sedikitlah untuk saya terangkan sebab saya ni hilang ingatan. Hehe. Tapi apa yang saya boleh bagitahu, saya nak jadi lawyer macam encik. That's why I am here."
Ah, bantai aje lah Naura. Asalkan Encik Haidar kita ni tak bertukar menjadi singa.
"Kau...Hilang ingatan? Macam mana?" Soal Haidar.
YOU ARE READING
NAURA
RomanceNAURA AZALEA. Ditangkap curang dan dihalau oleh suaminya sendiri empat tahun yang lepas kini muncul sebagai graduan undang-undang yang ingin menjalani latihan chambering. KASHAF HAIDAR. Kebencian terhadap isteri sendiri selepas berlaku curang di...