Sepulang cuti perayaan,para pelajar Sekolah Menengah Teluk Paya ( Nama sekadar rekaan,sebarang persamaan adalah tidak disengajakan ) harus kembali untuk minggu mengulangkaji pelajaran.
"Wei,Safwan. Ayuh pergi mengulangkaji pembelajaran di perpustakaan setelah ini."ajak seorang pelajar lelaki kepada pelajar yang lain.
"Tidak mahu aku. Jam sudah mahu maghrib ni. Ada khabar angin mengatakan bahawa perpustakaan itu keras pada waktu malam."jawab Safwan yang menolak keras ajakan rakannya itu.
Nora yang mendengarnya tetap tidak mengendahkan perbualan mereka lalu pergi ke perpustakaan. Dia sudah terbiasa dengan tempat itu. Baginya itu adalah rumah keduanya.
Nora seringkali pergi ke perpustakaan itu namun tiada apa-apa peristiwa aneh terjadi kepadanya. Dan pada hari itu juga,dia pergi dan pulang seperti biasa.
Selang beberapa hari,itu merupakan hari terakhir bagi para pelajar melalui minggu ulang kaji. "Isha,ayuh pergi ke perpustakaan."kata seorang pelajar perempuan.
Isha segera menjawab,"Tidak mahu lah. Kamu tidak tahu cerita tentang perpustakaan itu?"balas Isha. "Tapi Nora setiap masa pergi baik-baik sahaja. Pulang lewat lagi. Awak pun tahu dia tu penakut."kata pelajar perempuan yang mengajak Isha itu.
Setelah dipujuk,Isha bersama temannya yang bernama Hana pergi berjalan kaki berdua ke perpustakaan. Mereka masuk dan mendapati terdapat sekumpulan pelajar sedang berbincang dalam kumpulan di sebuah tempat duduk.
Melihat itu,mereka sedikit lega. Hana yang baru sampai terus bangun untuk mencari buku di rak buku untuk mengulang kaji.
Dia terus mencari namun tidak menjumpainya sehinggalah seorang lelaki datang memberikan buku tersebut. "Kamu mencari buku ini?"tanya lelaki tersebut. Hana mengangguk lalu berterima kasih dan pergi ke meja bersama Isha.
Sesampainya di meja,Isha berkata seorang pelajar lelaki menanyainya tentang keberadaan Nora kepadanya. Isha menjawab dengan spontan dan lelaki tersebut pergi.
Ketika belajar,tiada apa-apa kejadian aneh yang berlaku seperti yang dikatakan oleh khabar angin. Sesudah selesai,Hana pergi menyimpan kembali buku yang diambilnya lalu kembali ke meja bersama Isha.
Sekumpulan pelajar yang belajar di suatu sudut itu agak bising membuatkan mereka tak selesa dan sudahi sesi pembelajaran mereka dengan segera tanpa menghiraukan mereka.
Mereka keluar dari perpustakaan,namun ketika di luar,baru Isha sedar bahawa bukunya tertinggal di dalam perpustakaan. "Awak pergi je ambil. Kan ramai orang kat dalam. Nak takut apa? Aku tunggu di depan pintu ni saja."kata Hana.
Isha juga tidak masalahn untuk mengambilnya kerana para pelajar yang sedang belajar juga agak ramah. Jadi,dia kembali masuk ke dalam perpustakaan.
Namun,sebaik saja dia masuk. Ruang perpustakaan itu gelap gelita tanpa sebarang pelajar mahupun penjaga di situ. Isha sudah berasa pelik kemana perginya orang lain.
Isha segera mengambil bukunya dalam kegelapan berbekalkan lampu telefon pintarnya. Menyuluh ke tempat para pelajar duduk berbincang dan memang tiada kesan adanya pelajar di situ.
Bunyi guli dan gelak tawa didengari membuatkan Isha segera memecut ke pintu keluar dan disambut oleh rakannya. Dengan nafas yang tidak dihela,Isha segera menarik tangan Hana berlari jauh dari kawasan itu.
Isha menceritakan segalanya kepada Hana sebaik sahaja sudah keluar dan Hana percaya akan kata-kata Isha itu.
"Persoalannya,siapa yang kita nampak ramai-ramai tadi? Dan mereka mengenali Nora?"

YOU ARE READING
Akira's Short Story
Truyện NgắnKoleksi cerita-cerita pendek pelbagai genre buat setiap individu. P/s : Rujuk Tag di setiap tajuk jika tidak berminat / berminat membaca genre yang ditulis. Tag : Seram ( H ) , Komedi ( K ) , Misteri ( M ) , Percintaan / Drama ( D ) , Slice Of Life...