Keretapi Terakhir ( H )

3 2 0
                                    

"Keretapi terakhir... Perkara yang paling dielakkan oleh semua penumpang. Soalnya,ada sebuah rumor yang beredar di sosial media dan laman web bahawa keretapi terakhir selalu membawa penumpang yang tak berjiwa."

"Adira,kau mahu balik kerja jam berapa? Terlewat nanti,lebih baik habiskan cepat. Kau balik naik keretapi,bukan?"kata seorang lelaki.

"Alah,bos. Sedikit saja lagi ni. Jangan risau. Saya mahu siapkan semua saja terus alang-alang esok boleh bercuti."kata Adira kepada lelaki tersebut yang merupakan bosnya.

"Hati-hati balik lewat tu. Kau tau kan tentang keretapi ..."kata bos Adira yang dipotong. "Baik,bos. Sebentar lagi saya pulang."jawab Adira.

Suasana sunyi menemani Adira di tempat kerja walaupun masih awal. Pekerja lain tidak mahu menaiki keretapi yang terakhir,jadi mereka pulang lebih awal.

~~~~~

Waktu sudah semakin lewat. Adira semakin cemas namun kekal bertenang setelah melihat jam. Dia percaya bahawa khabar angin yang beredar hanyalah palsu.

Sehabis kerja,dia segera mengangkat kaki dan berjalan laju supaya tidak terlepas keretapi terakhir namun segalanya seperti tidak kena dan Adira malah terlewat hampir satu jam setengah selepas jadual keretapi yang terakhir bergerak.

Namun,ketika dia sampai di stesen keretapi,dia melihat masih ada pekerja di kaunter. Dia membayar setelah melihat jadual keretapi ditangguhkan.

Dia sempat menaiki keretapi yang terakhir sebelum pintu keretapi tersebut ditutup. Terdapat beberapa penumpang lain yang turut di dalam. Antaranya sudah tertidur dan ada juga yang setia menunggu keretapi bergerak.

Dia duduk berseorangan di suatu tempat duduk yang berhadapan dengannya ada seseorang yang sedang tidur. Masa demi masa berlalu,stesen tempat Adira berhenti sudah sampai.

Sebelum sampai di stasiun itu,beberapa penumpang lain sudah turun terlebih dahulu. Sunyi,itu situasi di dalam keretapi tersebut.

Ketika sudah sampai di stesen yang hendak dia turun. Dia bangun dan bersedia di depan pintu. Namun, pintu tidak dibuka dan keretapi terus bergerak dengan laju.

Adira berasa hairan dan panik. Dia mundar-mandir lalu ingin menanyakan kepada penumpang yang sedang tidur di situ. Dia mengejut penumpang wanita tersebut.

Dia malah lebih terkejut apabila penumpang itu tidak punyai wajah. Lampu keretapi tiba-tiba terpadam dan keretapi tersebut bergetar-getar sambil pelbagai bunyi dan gelak tawa boleh didengarinya.

Adira seperti hendak menangis. Dia duduk di penjuru,menutup mata dan telinga sambil menangis ketakutan.

"Ting ...". Keretapi tersebut berhenti di sebuah stesen sambil lampu keretapi tersebut menyala seperti biasa. Adira melihat ke tempat duduk yang lain bahawa tiada siapa di situ.

"Syukurlah."itu perkataan yang keluar dari mulutnya. Dia yang masih takut segera ingin keluar walau tidak tahu di stesen mana keretapi tersebut berhenti,dia hanya mahu berlari saja.

Pintu dibuka,Adira ingin bergegas keluar namun sayangnya,lebih banyak individu bergegas masuk ke dalam keretapi tersebut hingga Adira tidak dapat keluar sehingga pintu tertutup.

Sungguh malang nasibnya namun dia lega kerana ramai orang menemaninya di dalam. Tidak lama sehingga kelegaannya hilang setelah dia akhirnya sedar bahawa entiti yang masuk bukanlah manusia.

Pelbagai bentuk dan rupa yang seram berada di sekelilingnya hingga memenuhi ruang koc. Dia berlari ke koc yang lain namun semuanya penuh makhluk seram.

Dia sehingga terjatuh sambil menangis seketika dirinya dikerumuni makhluk itu.

~~~~~

( Seminggu kemudian )

"Kemana menghilangnya Adira?"tanya bos Adira yang hairan. Kamera litar tertutup digunakan oleh pihak polis bagi mencari dirinya.

Bukti terakhir yang polis dapat hanyalah dia seorang diri pergi ke stasiun dan meletakkan wang di kaunter lalu dia terus pergi menunggu di platform dan tiba-tiba hilang tanpa jejak.

Anehnya,bagaimana Adira boleh masuk ke bahagian platform ketika tiada pekerja yang memberikannya tiket untuk menaiki keretapi kerana servis keretapi sudah tamat sejam sebelumnya.

Akira's Short StoryWhere stories live. Discover now