Bekal Makanan ( SOL )

6 3 0
                                    

"Ibu,Ina pergi ke sekolah dulu ya."kata Ina. "Eh. Sebentar."kata ibunya yang masih berada di dapur. "Apa lagi,ibu? Ina dah lambat ni."kata Ina.

"Bawa bekal makanan ini. Makan waktu rehat nanti tau. Kongsi dengan kawan-kawan."kata ibu Ina. Ina hanya mengangguk.

Sesampainya dia di sekolah,dia masuk tepat sebelum gurunya masuk ke kelas. Sesi pembelajaran bermula sehinggalah waktu rehat.

Ketika waktu rehat,dia makan berseorangan di sebuah bangku,tidak mempunyai teman yang lain untuk berkongsi bersama.

Dia masuk ke kelas dan sambung pembelajaran seterusnya sehingga waktu pulang.

Ina mengemas begnya lalu baru tersedar bahawa dia lupa membawa bekalnya kembali dari kantin. Dia berasa panik namun seorang perempuan menegurnya.

"Ina?"panggil seorang pelajar perempuan. "Ya,kenapa?"tanya Ina kembali. "Awak mencari ini?"tanya pelajar wanita itu sambil menghulurkan bekal makanan milik Ina.

Ina terima bekas itu sambil berkata,"Terima kasih,aaa...". "Sahira. Awak pasti lupa nama saya,bukan? Tak mengapa."kata pelajar yang menegur Ina.

Ketika dia memegang bekal itu,dia terasa ia jauh lebih ringan. "Kenapa? Awak berasa lebih ringan? Maaf..."kata Sahira. "Dia pasti membuangnya..."monolog dalaman Ina yang berfikir secara negatif.

"Aku memakannya... Aku takut ia basi ataupun sudah tidak elok jadi aku mencicipinya sedikit namun rasanya agak enak. Esok kamu boleh makan bekalku kembali."kata Sahira sambil menundukkan badannya.

Seketika Ina berasa terkesan,dia tidak marah malah gembira dengannya. Semenjak dari itu,waktu rehat pada hari seterusnya sering diluangkan bersama Sahira.

Mereka sering menukar bekal makanan untuk dimakan pada waktu rehat. Sahira juga turut memperkenalkan Ina kepada rakan Sahira yang lain.

Akira's Short StoryWhere stories live. Discover now