Rumah agam ( M )

8 3 0
                                    

Ketika kecil,aku selalu bermimpi. Menjadi puteri dari kerabat diraja dan tinggal di istana.

Namun,ketika sudah mencapai akil baligh,aku sedar mimpi itu hanyalah sekadar rekaan dan tidak mungkin boleh dilaksanakan.

Aku yang baru pulang dari sekolah rendah berjalan kaki seorang diri ke rumahku. Suasana kampung di sini membuatkanku tidak berasa penat.

Aku melihat ke arah bukit bakau dan baru perasan bahawa terdapat sebuah rumah agam yang sungguh besar dibina di bawah bukit tersebut.

Aku agak hairan sejak bila ianya dibina namun aku tidak berfikir tentangnya lebih jauh,aku membeli makanan di gerai lalu berjalan ke rumah seperti biasa.

"Awak tahu rumah agam yang dibina di bawah bukit itu?"tanya seorang mak cik kepada rakan-rakannya. "Aku pernah berjumpa dengan empunya rumah itu. Orangnya sungguh ramah."kata mak cik itu lagi.

Aku tidak menghiraukan kata-kata jiranku itu namun aku sedikit berasa ingin pergi ke sana untuk melihat-lihat. Keesokan harinya,aku keluar berjoging pasa waktu pagi.

Ketika itu,aku melihat sebuah kenderaan mewah keluar daripada jalan kediaman tersebut. Aku ingin menegurnya namun perasaan malu berada dalam diriku.

"Adik nak pergi ke rumah pak cik?"tanya orang tua yang memandu kenderaan itu setelah dia menurunkan tingkapnya. "Tak mengapalah."jawabku yang malu-malu.

"Tidak mengapa,pak cik juga punyai anak sebaya kamu yang boleh berkawan denganmu."kata empunya rumah tersebut. "Pergilah ke sana. Saya mahu keluar dahulu. Di sana sudah ada pelayan."kata lelaki tua itu lagi.

Walaupun terdapat perasaan takut dan malu,aku tetap pergi ke sana untuk menjenguk-jenguk.

Rumah yang cantik dipenuhi kaca dan pintu yang besar. Belum sempat ku ketuk pintunya,ia sudah terbuka. Dalaman yang dibentuk oleh permata seperti berlian jelas menunjukkan kemewahan pemilik rumah agam tersebut.

Seorang pelayan perempuan membuka pintu tersebut dengan tatapan yang suram. Dia membuatku sedikit takut namun terdapat seorang kanak-kanak lelaki yang kebetulan lalu di belakang pelayan tersebut dan berhenti sebaik saja melihatku.

"Ayah mesti hantarkan seseorang untuk bermain dengan saya."kata kanak-kanak tersebut yang teruja melihatku. Pelayan tersebut kemudian menjemputku masuk.

~Bersambung~

Akira's Short StoryWhere stories live. Discover now