“Dari kecil,aku diajarkan guru bahasa melayuku untuk buat karangan ringkas.”
“Aku bahkan sudah muak melakukan tugasan yang sama,sehinggalah pada kelas Bahasa Melayu pada hari Isnin yang lepas.”
“Ketika itu,guru Bahasa memberikan tugasan untuk tuliskan karangan ringkas tentang ‘Aku sebuah Pensil’.”
“Tajuk yang bosan,aku hingga malas melakukan tugasan tersebut sehinggalah aku mendengar pensilku berteriak kesakitan.”
“Woi,manusia. Gunakanlah aku dengan betul.”katanya.
“Aku sangkakan mungkin aku terlalu penat sehingga terbayangkan perkara yang aneh.”
“Aku harus menggunakan pensil aku untuk sambung menulis,mata pensilnya kerap patah atau senang tumpul.”
“Ketika aku mengasahnya,aku sering mendengar jeritan kesakitan dan tangisan.”
“Sedar tak sedar,pensil aku menjadi sungguh pendek.”
“Begitulah kehidupan,semakin lama kita bernafas,semakin kurang masa kita hidup di dunia ni.”
“Tapi selagi mana masih hidup,gunakanlah hidup dengan sebaiknya.”

YOU ARE READING
Akira's Short Story
Short StoryKoleksi cerita-cerita pendek pelbagai genre buat setiap individu. P/s : Rujuk Tag di setiap tajuk jika tidak berminat / berminat membaca genre yang ditulis. Tag : Seram ( H ) , Komedi ( K ) , Misteri ( M ) , Percintaan / Drama ( D ) , Slice Of Life...