Dokumen Rahsia ( M )

9 4 0
                                    

"Sudah lama sekali aku bekerja di pejabat ini dalam sebuah syarikat ini. Aku harap aku masih boleh bertahan."monolog Bahar,seorang pekerja pejabat.

"Wei,Bahar. Ada budak baru nak masuk kerja sini. Kau tolong bagi arahan dan ajar diorang etika kerja."panggil seorang rakannya.

Bahar tidak menolak arahan rakannya tersebut kerana dia sudah terbiasa dengan tugasan tersebut sepanjang tempoh dia bekerja di situ.

Bahar menunjukkan pekerja yang baru masuk tentang skop kerja mereka serta tempat duduk mereka sambil bekerja. Hinggalah mereka tiba di suatu tempat dan ingin mengemas meja yang kosong tersebut.

"Amsyar,awak boleh duduk dan bekerja di sini."arah Bahar kepada pekerja baharu. Amsyar duduk dan mengemas barangnya manakala Bahar pergi ke tempat duduknya.

Tidak lama setelah itu,Amsyar datang ke meja Bahar lalu menyerahkan suatu fail yang berat dan terlihat mengandungi banyak dokumen.

Tulisan sulit di atas fail tersebut membuat Bahar berfikir sejenak. "Adakah ini milik bos? Biarkan sajalah."kata Bahar di dalam hati sambil menolak fail itu ke hujung mejanya.

Bahar hanya tetap bekerja sampailah waktu rehat. Fail tersebut dibiarkan sahaja di atas meja sementara Bahar pergi ke kafeteria untuk makan dan berehat.

Dia berbisik terhadap seorang rakannya yang kebetulan lalu,"Amni,kau tahu tak tentang fail sulit yang disimpan bos?"tanya Bahar.

"Tak tahu pula aku. Dia tidak memberikan aku fail seperti itu."kata Amni,rakan kerja Bahar. "Aku terjumpa satu fail yang agak misteri. Haruskah aku memberinya kepada bos?"tanya Bahar meminta pandangan.

"Berikan sajalah kepadanya. Tanyakan dia saja jika dia bahkan tidak mengetahuinya."cadang Amni yang terus pergi. Bahar terus memikirkannya.

Selesai rehat,Bahar pergi ke mejanya dan ingin cuba membuka fail tersebut namun bosnya datang lalu menegurnya. "Fail apa itu?"tanya bosnya yang melihat Bahar yang baru sahaja menghulur tangan untuk mengambil dokumen tersebut.

"Tidak tahu,bos. Budak baru jumpa dekat meja yang kosong. Saya baru nak berikan kepada bos sebab sepertinya ia mengandungi maklumat yang rahsia."kata Bahar yang terkejut.

"Ouh,baiklah. Terima kasih."kata bos Bahar yang terus mengambil fail tersebut. Bahar menghela nafas dan terus melakukan pekerjaannya.

Sampai ke akhir,Bahar tidak dapat mengetahui kandungan dokumen tersebut,setelah hari itu,hari hari seterusnya dilalui seperti biasa meskipun terdapat kejanggalan dalam diri Bahar.

Akira's Short StoryWhere stories live. Discover now