Papan Selaju ( S )

2 0 0
                                    

( Novel Ringkas ini merupakan prolog kepada sebuah novel bergenre sukan yang bakal dikeluarkan oleh pengarang novel ringkas ini. )

“Badrul,kau 'panjat pagar' lagi ke?”tanya Rina yang melihat Badrul di sebuah pusat Cyber Cafe. “Eh... Kau pula? Kenapa tidak pergi?”tanya Badrul kembali.

“Kau main permainan apa?”tanya Rina mengubah topik. “DOTS. Kenapa?”jawab Badrul. “Ayuh bermain Fifa Online 4.”ajak Rina.

“Ah. Tak mahu lah. Kau tahu aku tak minat sukan.”kata Badrul. “Alah. Game je pun.”kata Rina. “Tak mahu.”tegas Badrul sambil mencuba menumpukan perhatian terhadap permainannya.

“Bagaimana dengan permainan tembak-tembak? Whiteshot?”cadang Rina. “Kau buka dulu. Aku ikut lepas habis ni.”kata Badrul.

Masa pagi itu dihabisi remaja belasan tahun itu untuk bermain permainan di pusat cyber cafe. Tanpa disedari,sudah 5 jam mereka di situ.

Mereka berdua bersama-sama berjalan pulang. Rina tinggal di rumah di hadapannya,jadi mereka melalui jalan yang sama pulang.

Sebelum sampai di hadapan rumah mereka,mereka harus menyeberangi jejantas. Saat sedang naik tangga ke atas jejantas tersebut,seorang remaja datang dengan kelajuan yang tinggi sambil menaiki papan selaju.

Sedikit terkejut mereka berdua. “Bahaya lah. Selamat tak terlanggar.”marah Rina. Badrul berdiam diri sahaja sambil terus berjalan ke hadapan.

Mereka sampai di hadapan rumah masing-masing dan berpisah. Badrul terus masuk ke biliknya dan terus membuka telefon.

“Seorang kanak-kanak kehilangan nyawa ketika bermain papan selaju.”berita yang viral pada hari itu. Orang ramai mendebatkan tentang permainan tersebut.

“Entah kenapa mereka begitu menyukainya. Ia berbahaya namun belia masih lagi tidak ingin berhenti melakukannya. Bukan seronok sangat.”monolog Badrul.

Waktu makan malam sudah tiba,makanan disajikan dan Badrul makan bersama keluarganya. “Kamu ponteng kelas hari ini,ya?”kata bapa Badrul.

Badrul tidak melayan malah makan lebih laju. “Kamu ni. Belajar lah betul-betul. Jangan banyak bermain.”kata bapanya lagi. Sehabis makan,Badrul segera masuk ke biliknya.

Tiba-tiba,kaca cermin di biliknya berbunyi seperti diketuk. Dia berjalan ke tingkap dan melihat ke luar. “Mbah... Terkejut kan?”kata Rina. “Kau bodoh ke? Mana mungkin aku terkejut.”kata Badrul dengan muka datar.

“Kamu tiada mood ni. Kena marah dengan bapa kau kah?”tanya Rina. Badrul hanya mnjawab hmmm saja. “Ayuh keluar? Tapak di pusat bandar? Makan angin malam.”ajak Rina.

Badrul mengangguk. Dia keluar dari biliknya melalui tingkap bilik tersebut. Secara senyap-senyap,mereka keluar dari halaman rumah Badrul.

“Kau boleh ke keluar malam ni?”tanya Badrul. “Keluarga aku sedang berada di kampung. Rumah ku sunyi,bosan juga tidak berbuat apa-apa keseorangan.”jawab Rina.

“Faham.”kata Badrul sambil terus berjalan bersama Rina.

Mereka sampai di sebuah tapak. Suasana agak meriah,kanak kanak bermain. Lampu yang gemerlapan turut ada. Mereka duduk sambil berbual setelah membeli air minuman.

Sementara sedang berbual,tiba-tiba sebuah papan selaju sampai di kaki Badrul. Dengan refleks yang pantas,Badrul sempat menahan objek tersebut.

Seorang kanak-kanak datang dan meminta maaf. “Bahaya lah adik main benda ni.”kata Rina. “Maaf, saya masih belajar.”kata budak tersebut. “Rina... Biarlah...”kata Badrul.

“Adik,hati-hati tau.”pesan Badrul. Kanak-kanak tersebut mengangguk lalu pergi berkumpul bersama teman temannya.




Akira's Short StoryWhere stories live. Discover now