“Amir,panjat pokok rambutan itu. Ambil buahnya.”kata Haikal,kawan kepada Amir. Amir tidak menolak dan gembira melakukannya. Memanjat pokok rambutan,duduk di atasnya sambil memakan buah,melakukan tempat itu seperti rumah. Sungguh seronok.
Musim rambutan sering dilalui dan itu adalah musim yang disukai Amir. Pokok rambutan yang ditanam di hadapan rumahnya adalah suatu pemberian yang sungguh dia syukuri.
Masa demi masa,pokok itu masih mengeluarkan hasilnya. Amir bersama temannya sering memanjat dan duduk di atas pokok tersebut.
Pada suatu hari,para tetangga menyarankan untuk memotong sebahagian dahan pokok kerana ia menghalang jalan. Agak sedih kerana hasilnya mungkin tidak akan banyak lagi.
Namun,walaupun begitu,pokok rambutan tersebut tetap menghasilkan banyak buah walau sudah beberapa kali dahan yang menghala ke arah jalan dipotong.
Pada suatu hari,“Selamat petang. Saya harap awak sekeluarga sudah bersedia lah ya."kata tuan tanah rumah tersebut. Rumah Amir itu hendak dimiliki kembali oleh tuan tanah itu walaupun bapa Amir sanggup untuk membayar duit sewa yang lebih.
Empunya tanah tersebut ingin menyewakan rumah tersebut kepada orang yang lain. Kami dihalau keluar dan mencari rumah yang lain.
Beberapa waktu setelah itu,Amir menaiki basikal dan meronda di kawasan rumah lamanya dahulu. Seringkali dia melaluinya,dia tidak melihat sebarang buah rambutan yang terhasil.
Kini,Amir sudah beranjak dewasa. Sekali lagi dia melalui rumah tersebut,pokok rambutan itu sudah ditebang. Amir masih lagi menyimpan memorinya di situ walaupun ia sudah tiada.
YOU ARE READING
Akira's Short Story
Short StoryKoleksi cerita-cerita pendek pelbagai genre buat setiap individu. P/s : Rujuk Tag di setiap tajuk jika tidak berminat / berminat membaca genre yang ditulis. Tag : Seram ( H ) , Komedi ( K ) , Misteri ( M ) , Percintaan / Drama ( D ) , Slice Of Life...