“Ah,sudah lama sekali aku tidak pulang ke kampung,rindu aku dengan masakan nenek.”kata Hazwan.
“Eh,Hazwan. Kamu sudah sampai ya. Mari lah naik. Nenek dah sediakan kuih ni. Bolehlah kamu buat makan sambil menonton television.”kata nenek Hazwan.
Walaupun sudah malam,neneknya tetap setia menunggu kepulangan Hazwan. Sudah agak lama sejak kali terakhir dia pulang ke kampung halaman.
“Ibu kamu tidak ikut?”tanya nenek Hazwan. “Tidak,esok baru saya nak ambil ibu di rumah. Hari ini dia masih bekerja.”kata Hazwan.
Tiba-tiba,bunyi sesuatu berdentum di atas bumbung rumah tersebut. Hazwan sedikit terkejut dengan bunyi hentakan tersebut.
“Jangan takut. Itu monyet dari dusun tu. Bunyi ‘tapak kaki dia’ lain.”kata neneknya. Hazwan ingin tahu namun dia tahu neneknya itu bersangkut paut dengan perkara mistik.
Peraturan yang sama semenjak dia kecil adalah jangan keluar dari rumah ketika waktu maghrib dan harus tidur atau tidak keluar bilik selepas jam 12.
Malam itu,suasana di situ sungguh seram. Bunyi tapak kaki dari atas bumbung,pintu diketuk berulang kali,bunyi cakaran dan sebagainya.
Namun itu hanya perkara biasa bagi Hazwan. Dia mampu untuk tidur pada malam tersebut tanpa mengalami sesuatu yang lebih buruk.
Keesokan paginya,Hazwan keluar dari bilik dan mendapati neneknya sedang duduk di ruang tamu menyulam pakaian.
“Kamu sudah balik? Bila kamu balik?”tanya nenek Hazwan. “Eh,semalam kan Wan dah balik. Nenek yang ...”kata Hazwan yang terhenti.
“Ada yang jemput kamu ya semalam?”tanya nenek Hazwan. Hazwan mengangguk. “Tak mengapa. Dia penjaga rumah ini. Kamu masih ingat pantang larangnya kan?”tanya neneknya. “Ya,saya tidak melanggarnya.”kata Hazwan. Hazwan tetap bertanya tentang kaki yang disebut penjaga rumah tersebut namun neneknya tidak mahu bercerita lebih lanjut. Hazwan faham bahawa tidak semua hal mistis harus diceritakan kepadanya.
Hazwan meminta diri untuk pergi mengambil ibunya yang baru habis bekerja. Dia keluar dari halaman rumah tersebut dan terus pergi ke rumahnya.
Bersama ibunya,Hazwan kembali pulang ke rumah neneknya sementara ibunya tidur di sebelah.
Sedikit lagi mahu sampai,ibunya terjaga dari tidur. “Eh,kemana kita mahu pergi ni,Wan?”tanya ibu Hazwan. “Ke rumah nenek lah. Ibu nak kesana kan?"tanya Hazwan kembali.
“Ibu maksudkan rumah opah,Wan. Bukan nenek. Nenek kan dah meninggal waktu Wan sekolah menengah asrama dulu.”kata ibu Hazwan.
Namun,sudah terlambat. Mereka sampai di hadapan rumah nenek Hazwan. Rumah tersebut kelihatan suram,tidak berbentuk seperti sebuah rumah yang umumnya,kayunya sudah tidak kuat.
Rumah itu sudah ditinggalkan kira-kira 10 tahun yang lalu. Hazwan terdiam. “Kamu ke sini semalam?”tanya ibu Hazwan. Hazwan masih terdiam.
Ibu Hazwan mengambil alih membawa kereta tersebut dan membawa Hazwan berjumpa bapa saudara Hazwan bagi berubat setelah Hazwan mungkin makan,minum dan makhluk halus mengikutinya.

YOU ARE READING
Akira's Short Story
Short StoryKoleksi cerita-cerita pendek pelbagai genre buat setiap individu. P/s : Rujuk Tag di setiap tajuk jika tidak berminat / berminat membaca genre yang ditulis. Tag : Seram ( H ) , Komedi ( K ) , Misteri ( M ) , Percintaan / Drama ( D ) , Slice Of Life...