“Nasi ayam? Makanan kegemaranku. Tapi aku juga sudah muak memakannya soalnya...”
“Wan,kau tolong masakkan nasi ayam untuk meja nombor 2.”suara ibu didengari.
Sudah lama sekali aku bekerja di kedai makan ibuku sepanjang cuti semester ini.
Suatu hari,ketika aku sedang mengemas meja,seorang mak cik datang ke kedai kami membawa anaknya.
Mereka memesan sepinggan nasi ayam sahaja. Aku menyiapkannya dan perasan bahawa ibunya itu membiarkan anak perempuannya seorang saja yang makan.
Melihat itu,aku menyiapkan satu lagi hidangan lalu berikan kepada mak cik tersebut.
“Tapi,dik. Mak cik tak pesan ini.”panggilnya,ingin memulangkan kembali hidangan tersebut.
“Tidak mengapa,mak cik. Nasi ayam kami disediakan untuk semua orang. Kenimatannya harus dirasai semua orang."kataku.

YOU ARE READING
Akira's Short Story
Short StoryKoleksi cerita-cerita pendek pelbagai genre buat setiap individu. P/s : Rujuk Tag di setiap tajuk jika tidak berminat / berminat membaca genre yang ditulis. Tag : Seram ( H ) , Komedi ( K ) , Misteri ( M ) , Percintaan / Drama ( D ) , Slice Of Life...