Doktor Psikiatri ( M )

5 3 0
                                    

"Sudah sepuluh tahun aku melakukan pekerjaan ini. Aku tidak muak melakukannya. Segala sesi kaunseling bersama para klien,pengubatan para pesakit,semuanya dapat kutangani setakat ini."

"Namun,kali ini situasinya agak susah. Pesakit ini sudah begitu tidak waras. Susah bagiku bahkan sudah ku kerahkan seluruh usahaku."

"Dr. Hashim,mari makan terlebih dahulu."kata seorang jururawat memanggil doktor pakar psikiatri itu. Namun,dia menolak ajakannya kerana sedang bekerja.

Sudah berbulan masa berlalu sehingga suatu masa,pengambilan doktor psikiatri yang lain telah hadir. Meskipun begitu,Dr Hashim masih tidak dapat menyelesaikan kes yang ditanganinya itu.

Dr. Hashim bahkan menolak permintaan klien lain dan pesakit lain untuk memintanya merawat mereka walaupun bayaran yang ditawarkan agak tinggi.

"Puan Zura,bagaimana caranya untuk mengatasi pesakit yang sebegini?"tanya seorang doktor muda yang baru bergraduasi kepada seorang jururawat yang bekerja.

"Ouh,kalau begini isunya. Awak kena kenali Dr. Hashim."kata jururawat tersebut. "Dr. Hashim? Adakah dia doktor yang memegang jawatan tertinggi di hospital ini?"tanya doktor muda tersebut.

Jururawat tersebut menggelengkan kepalanya lalu membawa doktor muda tersebut ke suatu ruangan. "Dialah Dr. Hashim."katanya setelah menjenguk Dr. Hashim dari tingkap.

"Kami tidak dapat merawatnya. Ia sudah terperangkap dalam halusinasi jadi kami biarkan dan bermain sahaja dengan imaginasinya itu."kata jururawat.

Akira's Short StoryWhere stories live. Discover now